Sunday, August 5, 2012

RG2011... Pentingkan diri sendiri, susahkan orang lain.

 

Pentingkan diri sendiri, susahkan orang lain.

Assalamualaikum WBT,

Pernah berhadapan atau terjumpa dengan situasi seperti diatas. Meletak kenderaan ditempat yang tiada petak untuk meletak kenderaan dan akibatnya telah menyusahkan orang lain.

Kalau ikutkan yang diatas tu kira sopan lagi. Namun saya dah terkena siang tadi begitulah kaedah parkingnya dan akibatnya saya mengalami kesukaran untuk mengundurkan kenderaan saya yang agak besar.

Sebenarnya sudah banyak kali saya berhadapan situasi seperti ini. Dan pernah sekali saya membantu seorang makcik berbangsa cina untuk mengeluarkan kenderaannya dari tempat dia meletak kenderaan kerana ada halangan seperti ini.

Janganlah hanya untuk menyenangkan diri kita sendiri, kita menyusahkan orang lain pula. Sebenarnya, saya memang dah standby kertas A4 bersama marker pen untuk menulis kata-kata yang 'indah' untuk diletakkan dicermin kereta orang yang pentingkan diri ni. Tapi mungkin berkat Ramadhan, tahap kesabaran saya cukup tinggi.

Pada yang gemar meletakkan kenderaan sebegitu rupa, ubah-ubahlah perangai. Jangan esok, bila nak ambil kenderaan, pintu dah kemek dan calar balar sebab dilanggar atau digesel dengan kenderaan lain akibat sifat pentingkan diri sendiri.


azwandengkil.com 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment