Tuesday, August 7, 2012

RG2011... Persamaan dan perbezaan antara Rafizi Ramli & Raja Petra

 

Salam alaik,

Saya tak berapa suka politik, namun saya terpaksa mengikuti perkembangan suasana terkini. Ini membolehkan saya dan rakan-rakan saya berbincang tindakan susulan untuk melindungi diri kami daripada gerombolan-gerombolan politik yang suka memperbodohkan orangramai. Kami perlu dengar kritik daripada semua pihak agar dapat menggunakan akal ketika membuat keputusan.

Apa yang kami cari ialah bukan untuk BERPIHAK atau MEMIHAK, tapi yang kami cari ialah kebenaran. Kami bukan atas pagar, dalam pagar atau luar pagar. Pagar yang didefinasikan oleh orang POLITIK adalah PAGAR KHAYALAN mereka sahaja, iaitu sempit dan tiada manfaat. 

Jadinya, kalau kami mengundipun pada masa akan datang, kami akan mengundi berdasarkan BACKGROUND ORANG yang dicalonkan di kawasan masing-masing. PARTI dan BANGSA bukan lagi kriteria. 

Baru-baru ini saya terbaca artikel yang ditulis Raja Petra. Kita semua tahu bahawa dia ni pelarian politik. Saya kira ia menarik dan boleh dikongsikan. Semua orang dia hentam, tak kiralah dari parti mana. Adakala benar dan adakala tuduhan.


Apa yang RPK memperkatakan ialah RAFIZI RAMLI kini telah menjadi LEGENDA YANG MASIH HIDUP ( Living Legend ). Dia menjadi hero moden Melayu, ibarat macam cerita Robin Hood. 

Kalau Robin Hood itu cuma khayalan omputih, tapi RPK gelar RAFIZI sebagai HERO yang benar wujud dan masih hidup.

Kesimpulannya artikel, lagi banyak RAFIZI dihentam atau dikenakan tindakan undang-undang, lagi harum jadinya namanya. 

Ini excerpt kata-kata RPK:

"In fact, Rafizi almost achieved that hero status with his crusade against NFC and George Kent. But he was not quite there yet until the government arrested him. And then, suddenly, he earned his stripes and became a fully-fledged hero. People just love those who stand up against an evil and corrupt power and stubbornly refuse to back down even when they are whacked. And the more they get whacked and the more stubborn they are, the bigger a hero they become."

Menurut artikel, perbezaan dan persamaan antara RPK dan Rafizi adalah:
RPK : from hero to zero
RAFIZI : from zero to hero

Artikel yang cukup menarik.

-------------------------------------------------------------------------------------

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.pengasih.org

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment