Saturday, August 4, 2012

RG2011... Re: CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI - dugaan

 

Salam

Itulah sebahagian dari ujian Allah SWT..

Sememangnya manusia itu senantiasa diuji..

Kebanyakan orang2 kafir itu diuji dengan pangkat yang tinggi, harta yang melimpah ruah.. lalu mereka hanyut/gagal dalam ujian itu..

Kebanyakan orang yang beriman diuji dengan sedikit permusuhan... kesusahan.. ketakutkan.. kemiskinan.. kelaparan.. InsyaAllah SWT.. ujian ini hanya akan meningkatkan lagi iman mereka..

[29.1] Alif, Laam, Miim.

[29.2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[29.3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

[29.4] Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

Pada zaman Nabi SAW pun, banyak orang yang mengaku beriman.. tetapi Allah SWT telah menyatakan mereka baru Islam.. belum lagi beriman..

[49.14] Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

[49.15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Dan orang2 munafiq sejak zaman Nabi SAW lagi,  juga megaku mereka beriman :

[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


[5.61] Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata: "Kami telah beriman". Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga; dan (hendaklah mereka ingat), Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan. 

Janganlah mudah berputus asa setelah ditimpa ujian Allah SWT.. kerana itulah sikap orang2 yang munafiq... mereka lebih suka mengambil jalan yang mudah..yang menguntungkan sahaja...

[30.36] Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang.. dan Allah SWT sahajalah yang akan membalasnya..

[49.16] Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

WAllahua3lam

From: ujang trg <trg_ujang@yahoo.com>
Subject: Re: CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI

 
lain kali nak ceramah tu baca dulu syarat2 kontrak....
kasihan jugak ek,... bila ceramah jer terus batal kontrak...
tak tau plak pakai tudung kena ada penaja...
.....adakah ini di namakan ikhlas atau petunjuk?.... fikir2 kan

From: Pak Ngah <pak_ngah50an@yahoo.com>
Subject: Re: [jarum_emas] CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI

 
Tak apa Abby... gi buat ceramah kat pentas PAS pun dapat banyak... banyak dapat  "DOSA"  sebab mengkafirkan artis lain yang tak masuk PAS...tahniah Abby sebab dapat hidayah... 


From: Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg>
Subject: Fw: [jarum_emas] CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI

 
kesihan..tapi tak apa..buat ceramah paspon boleh cari makan!!!!

----- Forwarded Message -----
From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Subject: [jarum_emas] CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI

 

TAK HABIS2 MENIPU JE KOJER NYER.. KAHKAHKAHKAH


CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI

::Pewaris Anak Bangsa::


Patutlah semacam je kat tweet. Bunyi ambil hati tetapi dalam masa sama main cover-cover. Nasiblah tak di saman ustazah express oi sebab langgar kontrak.
baca sini lagi: 


Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan seorang pelakon dan penyanyi yang baru menyertai parti politik Pas telah menulis dalam laman sosial Twitter bahawa kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.


Itulah yang diluahkan kepada portal rasmi pembangkang Malaysiakini sehingga seluruh blogger pakatan rakyat menjadi kecoh dan huru-hara kononnya pihak syarikat telah menganiaya Abby sedangkan Abby hendak mendekatkan dirinya dengan Agama dengan memasuki parti politik Pas.

Cerita sebenarnya dari syarikat yang menawarkan Abby menjadi duta tudung lain pulak, menurut mereka pada Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary.

Janji Abby kepada syarikat adalah tidak memasuki mana-mana pertubuhan politik yang boleh menjejaskan nama baik syarikat seperti yang dipersetujui dalam kontrak, jika Abby melanggar kontrak tersebut maka kontrak akan tamat. Tetapi Abby telah melanggarnya.

Menurut pemilik syarikat mereka terkilan dengan perangai Abby dengan penglibatan Abby dalam parti politik tidak kira mana-mana pun parti akan menjejaskan perniagaan saya, jelas Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.



Sebagai pemilik sudah semestinya tidak mahu reputasi yang tidak baik terhadap produknya tambahan pula mulut Abby yang agak celupar mempertikaikan semua orang yang tidak menyertai parti politik Pas.

Tetapi kontrak Abby dengan syarikat Al-Humaira Contemporary kini sudah pun tamat secara rasmi pada 4 Julai 2012 yang lalu kerana pelanggaran perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui bersama.


Tetapi dalam laman twitternya Abby seolah-olah meminta simpati daripada penyokong pakatan rakyat agar menyiarkan penamatan kontraknya itu dengan alasan "tak kan saya nak mendekati Agama pun nak ditamatkan kontrak"

Dengan tersiarnya penamatan kontrak Abby ini maka ramailah ahli perniagaan bersimpati akan mengambil Abby sebagai duta mereka




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment