Saturday, August 18, 2012

RG2011... ~~~Salam Aidulfitri Buat Semua/mp3 Cahaya Aidilfitri~~~

 

Salam untuk semua rakan-rakan walau di mana berada,
Saya iringi dengan doa semoga Allah swt mempermudahkan
jalanan hidup kita semua. Dikesempatan ini saya pohon
maaf sekiranya penulisan saya selama ini ada yang tersalah 
atau pun yang menyinggung perasaan anda semua. Saya kira 
ramai rakan-rakan yang telah sampai ke destinasi, bagi saya 
hari raya kedua baru akan berlepas, kerana saya lebih seronok
bersolat sunat hari raya di Malaysia, bagi saya kemuncak
hari raya adalah solat sunat hari-raya. 

Kini telah tiba di penghujung Ramadhan yang mulia
Syawal menjelang tiba dengan penuh kesyukuran kita
masih dapat menikmatinya, yang mana merupakan 
hari kemenangan dan disunatkan untuk meraikannya
dengan melaungkan takbir Aidulfitri... Yaaa kerana
dengan bertakbir kurnian hari raya dapat dirasai dan 
dihayati sehingga melahirkan rasa kesyukuran dan
kebesaran serta keagungan Allah swt.




Ramadhan kian berlalu
melangkah dengan 1001 rahmat
menghampiri detik akhir
aku ditinggalkan
telahku kutip cerita
dari awal sirnanya

Syawal kini melambai
menjemput ke pintu rahmatNya
bersama ibadah yang dibawa
rindu suara takbir bergema
menyambut hari mulia

Nukilan rasa:
~Sha~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment