Thursday, August 16, 2012

RG2011... Siapa yang kafir harbi tu?

 

Oleh Aspan Alias

Setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak kerajaan terhadap pihak yang memfatwakan DAP sebagai parti untuk 'kafir harbi'. Sikap kerajaan membiarkan perkara ini terus menerus disebut oleh pihak tertentu yang 'desperate' ini, membawa tanggapan yang pihak kerajaan BN hari ini tidak prihatin terhadap sensiviti rakyat berbilang kaum dan agama di dalam negara ini.

Tidak ada sesiapa berhak untuk melabelkan pihak yang menyokong dan bermuafakat dengan DAP demi kebaikan negara menggelarkan mereka sebagai kafir. DAP merupakan sebuah parti politik yang terdaftar secara halal dengan pendaftaran pertubuhan dan parti itu telah menjunjung segala peruntukan yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Hanya pihak UMNO sahaja yang cuba menafikannya.

Ulamak sesat yang memberikan fatwa itu wajar diambil tindakan kerana ia merupakan satu tindakan memecah-belahkan rakyat berbilang agama dan kaum dan ini merupakan tentangan secara 'direct' terhadap agama suci kita. Memecah-belahkan masyarakat merupakan tindakan yang tercemar daripada pandangan agama suci kita, kerana kita dituntut untuk saling menghormati antara semua puak dan bangsa serta agama.

Kita mesti menerima hukum agama kita secara 'total' dan bukannya mengambil setengah yang sesuai dengan mereka (UMNO) dan membuangkan setengah yang lain yang terkena kepada batang hidung mereka sendiri. Jika kita tidak menerima keseluruhan 6666 ayat di dalam Quran itu maka kita boleh persoalkan keimanan kita sendiri kerana mempercayai Quran secara 'total' itu merupakan salah satu daripada rukun iman yang enam itu. Kalau diambil semua nilai dan hukum agama kita, kita boleh melihat dengan jelas yang UMNO sendiri melakukan banyak perkara yang kafir.

Rasuah itu adalah kafir, menyalahgunakan kuasa itu kafir, memfitnah itu kafir dan memecah-belahkan rakyat itu adalah kerja kafir. Malahan tindakan ramai orang meninggalkan BN khususnya UMNO itu ialah kerana tindakan-tindakan yang kafir yang dilakukan oleh mereka. Banyak kroni di dalam UMNO itu sendiri mempunyai sikap dan sifat Qarun pada zaman Firaun dahulu. Mereka tidak berhenti-henti mengumpulkan harta yang banyak tanpa had dengan menggunakan wang rakyat dan negara.

Sebaliknya di pihak Pakatan Rakyat mereka lebih 'sensitive' terhadap kehendak agama-agama di negara ini dengan melakukan banyak perkara yang dituntut oleh agama-agama khususnya agama Islam. Islam membenci rasuah dan sudah jelas kerajaan DAP Pulau Pinang telah memunafaatkan kuasa yang ada pada mereka mentadbir negeri itu dengan tahap rasuah yang paling rendah dan hampir kepada tahap sifar. Sesiapa boleh menafikannya tetapi kenyataan tetap kenyataan.

Bagi seseorang yang bertuhan dan beragama, yang penting ialah nilai Islam dan agama itu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Tidak guna kita menjadi muslim tetapi tindakan kita semuanya menentang agama secara terbuka dan tidak meng'addin'kan agama itu. Kita mesti tuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan fatwa mengikut nafsu dan nafsi amarah mereka kerana Islam yang tulen itu adalah lembut dan sejuk untuk semua orang menerimanya dengan ikhlas dan jujur.

Islam itu sentiasa memberikan kesejukan dan bukannya kepanasan seperti kepanasan api neraka. Saya adalah ahli DAP dan itu tidak mengurangkan kemelayuan saya atau mengurangkan Islam saya.

Saya tahu yang penting ialah saya sentiasa mengingatkan diri saya dan keluarga saya supaya terus menerus bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhannya sentiasa. Apa gunannya menjadi ahli kepada parti yang dianggotai oleh orang-orang Muslim seperti UMNO, sedangkan tindakan pemimpin-pemimpin mereka selalu bertentangan dengan kehendak agama anutan mereka.

Saya tidak berhak untuk memunafikkan sesiapa kerana hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk melakukannya, tetapi jika kita tarbiah syariat dengan betul saya hanya berhak setakat mengingatkan sesiapa yang terlibat supaya jangan melakukan perkara-perkara yang munafik. Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua pihak, yang munafik ini merupakan satu dosa yang tidak terperi besarnya.

Setakat yang kita ingat UMNOlah yang menolak hukum hudud. Jika UMNO menerima hukum Islam secara 'total' Dr Mahathir tidak sepatutnya menolak hudud dahulu. Kita masih ingat dengan jelas penolakan itu.

Semua parti di dalam BN menolak hudud. Seburuk-buruk Pakatan masih ada niat dan usaha untuk melakukannya. Hanya setakat ini Putrajaya itu masih berada di dalam tangan BN sehingga pilihanraya yang akan datang.

Itulah sebabnya saya selalu mengulangi kata-kata 'the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN'. Ramai penyokong UMNO marah dengan kenyataan saya ini tetapi saya tidak peduli kerana apa yang saya katakan itu adalah perkara yang benar.

Pakatan DAP, PAS dan PKR wajar diberikan peluang kali ini setidak-tidak buat lima tahun yang akan datang untuk membuktikan kemampuan mereka merubah segala-gala yang tidak baik kepada keadaan yang dituntut oleh agama kita.

Rakyat boleh mengembalikan kepada BN jika PR jelas lebih buruk dari BN. Tetapi PR akan mampu memberikan bukti itu jika Putrajaya berada di tangan mereka (PR). Selepas itu rakyat boleh menilainya kembali kerana setiap lima tahun rakyat mempunyai kuasa untuk menggunakannya.

Barulah kita akan tahu siapa yang kafir harbi itu.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment