Thursday, August 2, 2012

RG2011... Tazkirah Jumaat : Lipat ganda semangat timba ilmu

 


Tazkirah Jumaat : Lipat ganda semangat timba ilmu

Ramadan masa sesuai didik rohani, susun hidup berdaya maju

Al-Quran menyediakan prinsip arahan supaya manusia memandu kehidupan untuk dirinya dan bermasyarakat. Menepati semangat itu, usaha menimba ilmu dari al-Quran untuk dijadikan panduan dalam semua aspek kehidupan patut dilipatgandakan. Umat Islam perlu berkeyakinan usaha mereka tidak memadai dengan membaca al-Quran pada Ramadan ini. Bahkan umat Islam dituntut meningkat budaya membaca, menyelidik dan menghasilkan formula menyusun kehidupan menepati arahan al-Quran supaya berdaya maju dan progresif. 

Kesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan"

Justeru, usaha ke arah matlamat itu perlu dilipat ganda khususnya pada Ramadan. Pendekatan al-Quran menyusun kehidupan manusia sama ada di peringkat individu dan masyarakat sangat bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan mencapai kemuliaan hidup di dunia seterusnya di akhirat. 

Dalam konteks itu salah satu aspek perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah kemantapan amalan kerohanian semoga dapat mendampingi Penciptanya melalui ibadat puasa.

Manusia dicipta Allah mengandungi roh, jasad dan akal. Kesemua keperluan untuk memaju komponen manusia ini perlu dipenuhi tanpa pengecualian dan dimajukan secara sepadu.

Allah mengingati manusia dalam firman: "Dan jiwa/roh serta penyempurnaannya (ciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa/roh itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Surah asy-Syams, ayat 7-10) 

Roh manusia dicipta Allah untuk membeza perkara benar dengan yang batil. Justeru, kejayaan manusia akan dicapai apabila rohnya sentiasa berada dalam keadaan suci. Untuk mengenali perkara baik, puasa antara ibadat yang mampu mendidik roh manusia ke arah pencapaian itu.

Konsep meningkat kekuatan kerohanian manusia gagal difahami masyarakat sekular. Keruntuhan moral dan hilang pedoman hidup masyarakat sekular dewasa kini disebabkan putusnya hubungan manusia dengan Allah SWT.

Ibadat puasa melatih manusia menguasai dan membimbing nafsu kehaiwanannya semoga tunduk kepada sifat kemalaikatan yang terdapat dalam diri manusia. Islam berkeyakinan bahawa kejayaan membangun diri manusia, masyarakat dan negara bergantung rapat ketinggian akhlak individu. 

Akhlak tinggi manusia dalam semua aspek termasuk aktiviti ekonomi dan sebagainya akan terjamin jika sifat semula jadi pada tiap diri manusia iaitu sifat kemalaikatan dapat membimbing sifat kebinatangan. 

Contohnya, usaha memaju ekonomi masyarakat perlu dicapai melalui kemantapan penghayatan akhlak. Bahkan kemantapan kerohanian manusia akan mengurangkan ketidakadilan ekonomi berlaku. Roh yang suci akan mendokong usaha keadilan dalam aktiviti ekonomi bermasyarakat.

Dalam menyusun sistem ekonomi, Islam menganjur semoga prinsip keadilan dapat diamalkan. Daripada pendekatan itu lahirlah prinsip al'adl wal ihsan. 

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan." (Surah an-Nahl, ayat 90)

Aspek ekonomi disebut dalam istilah positif dalam al-Quran tetapi berbeza dengan pendekatan ideologi sistem 'materialisme' (kebendaan). Bagi Islam, usaha memajukan ekonomi adalah untuk meningkat kualiti kehidupan manusia, dimensi penting memartabatkan ummah.

Budaya rakus kepada harta bukan pendekatan yang mampu membina daya juang berkekalan, bahkan ia menimbul kehancuran kepada diri dan masyarakat. Berasaskan budaya rakus akan lahirlah pegangan hedonisme iaitu memuas nafsu. 

Semangat ibadat puasa turut menganjur kepada penghayatan semangat keadilan dalam kehidupan bermasyarakat, di mana segala bentuk manipulasi dan penindasan dalam kegiatan serta penyusunan ekonomi ditegah.

Semangat ini mengarah kepada penghayatan prinsip al adl wal ihsan dalam penyusunan ekonomi bermasyarakat dan bernegara. Ibadat puasa mampu membina individu melalui sikap adil, muafakat dan persaudaraan, ciri asas kepada kestabilan dan peningkatan prestasi ekonomi masyarakat.
 ·  ·  · Kongsi · Sunting
()"" ' ) Naim Qlate
( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(") " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment