Sunday, August 12, 2012

RG2011... Utusan anggap Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn ancam Islam?

 

Inline image 1


KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Sama ada ia merupakan tindakan terdesak atau eksperimen terhadap perpaduan kaum di Malaysia, polemik "Haram sokong DAP" terus dimainkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, untuk menimbulkan kecelaruan fikiran dalam sebuah negara demokrasi berparlimen.

Dari sudut pandang Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, tindakan terdesak dan berbahaya Utusan Malaysia itu  mungkin akibat hasil kaji selidik badan bebas Merdeka Centre yang menunjukkan peratus kepuasan hati pengundi Melayu terhadap Barisan Nasional menurun dari 65 peratus pada bulan Mei kepada 58 peratus pada bulan Jun.

Malah, katanya, peratusan sokongan terhadap Perdana Menteri Najib Razak sendiri juga menurun dari 79 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh masa yang sama.

Menjelaskan polemik yang ditimbulkan Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu, Kit Siang menegaskan bahawa DAP berjuang atas prinsip bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan di mana agama Islam adalah agama rasmi.

"Perjuangan DAP  tidak ada berbezanya daripada perjuangan dan pendirian tiga bekas Perdana Menteri Malaysia terdahulu, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn.

"Jadi adakah Utusan Malaysia diberikan tugas untuk menggambarkan DAP serta tiga Perdana Menteri yang awal sebagai ancaman kepada agama Islam?" soal beliau.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menggesa Najib dan pemimpin UMNO untuk meneliti dua peristiwa bersejarah yang amat penting kerana ia dapat mendidik Perdana Menteri supaya tidak tersilap langkah dalam memastikan perpaduan kaum terus harmoni.

Pertama, katanya, Tunku Abdul Rahman telah menyampaikan satu mesej yang amat penting kepada pemimpin Barisan Nasional untuk tidak menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam sewaktu ucapannya dalam majlis hari lahirnya yang ke-80 pada 8 Februari 1983 dihadiri Najib dan Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad.

Bahkan, menurut beliau, ia merupakan tajuk utama muka hadapan semua akhbar pada keesokan harinya. Akhbar The Star pada 9 Februari 1983 contohnya telah memaparkan tajuk utama: "The Tunku Turns 80 – Don't Make Malaysia An Islamic State: Tunku".

Keduanya, katanya, Tun Hussein Onn turut menyatakan pandangan yang serupa terhadap ucapan Tunku kepada pemimpin Barisan Nasional empat hari selepas sambutan harijadinya yang ke-61 pada 12 Februari 1983.

Kit Siang berkata, perkembangan yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan pimpinan UMNO  amat terdesak dan rimas berhubung dengan kedudukan mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang.

"Selain memburukkan DAP secara melampau dalam Uusan Malaysia, mereka menggunakan filen tajaan kerajaan "Tanda Putera" sebagai sebahagian daripada kempen untuk memberi gambaran bahawa sayalah yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969.

"Ini termasuk pembohongan dan fitnah bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera dalam rumah Menteri Besar Selangor pada masa itu, walhal saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

"Mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menggunakan taktik-taktik kotor yang berbaur fitnah dan hasutan dan pada masa yang sama menyatakan pada pimpinan UMNO bahawa beliau yakin untuk memenangi dua-pertiga majoriti dalam Parlimen serta merampas semua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang akan datang ini?

"Tidak hairanlah Dr. Mahathir telah menggambarkan kerajaan Najib sebagai kerajaan yang lemah," ujar beliau.

Pendapat dalam beberapa analisis politik menunjukkan isu yang ditimbulkan Utusan Malaysia ini adalah untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat sedangkan gabungan oposisi tersebut telah lama bersepakat untuk memperjuangkan manifesto mereka yang terkandung dalam Buku Jingga.

Sehingga hari ini, tidak ada bukti DAP mengancam Islam sepertimana persepsi yang pernah ditimbulkan media dan pecacai siber upahan UMNO-BN.

Malah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah banyak melaksanakan program dan amalan Islam serta berasaskan nilai-nilai Islam seperti menaikkan peruntukan bagi hal-ehwal Islam negeri, jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri UMNO-BN, termasuk menaikkan gaji guru-guru kafa, elaun imam, bilal dan siak serta mengiktiraf huffaz dan membantu Sekolah Agama Rakyat.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment