17 FEB — Nampaknya demam Oppa Gangnam Style di Malaysia masih belum berakhir.
Hanya lima hari selepas bintang sensasi Korea, Psy menjejakkan kaki ke Pulau Pinang untuk persembahan di rumah terbuka Tahun Baru Cina, nama beliau terus menjadi sebutan.
Kali ini bukan kerana tarian, nyanyian mahupun fenomena yang dibawanya.
Sebaliknya, dakwaan oleh Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bahawa wujud ancaman terhadap keselamatan Perdana Menteri dan Psy yang akhirnya mengakibatkan Psy enggan untuk turut serta dalam acara menggaul yee sang yang mencuri tumpuan. Ada pihak yang menyifatkan keengganan Psy sebagai satu tamparan buat pihak penganjur dan tidak kurang juga, ia disifatkan sebagai satu "public relation disaster". Dalam konteks ini, Psy terperangkap di tengah-tengah dan menjadi mangsa keadaan.
Ternyata, pemimpin-pemimpin politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang tidak pernah gagal untuk menghiburkan kita. Bermacam-macam alasan dan jalan cerita akan dijajakan semata-mata untuk menghalalkan tindakan mereka. Namun dalam keghairahan mereka menjajakan jalan cerita, secara tidak sedar tindakan itu telah memakan diri. Jika ingin menjajakan jalan cerita sekalipun, biarlah ia masuk akal dan logik. Mungkin Chang Yeow sudah lupa bahawa rakyat generasi kini sudah makin celik dan mempunyai sumber internet untuk mengetahui perkara sebenar. Mungkin juga beliau sudah lupa bahawa generasi rakyat sekarang lebih sukar untuk diperdaya dengan penjelasan sebegini.
Apa yang diperkatakan oleh beliau tidak masuk akal. Sebab-musabab yang diberikan oleh Chang Yeow mempunyai lompong yang cukup nyata dan boleh dipertikaikan.
Jika benarlah ada ancaman terhadap keselamatan Psy dan Perdana Menteri, mengapa acara menggaul yee sang diteruskan? Mengapakah Psy terus dibenarkan untuk membuat persembahan?
Lebih menghairankan, mengapakah alasan itu hanya didedahkan kepada umum beberapa hari selepas acara berkenaan? Malah pihak polis juga menegaskan, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai ancaman itu seperti yang didakwa Chang Yeow.
Juga, dimanakah Chang Yeow mendapat maklumat bahawa wujudnya ancaman terhadap PM dan Psy? Psy juga tidak membuat sebarang aduan terhadap perkara itu. Jadi, apa yang sedang berlaku? Apa pula penjelasan pemimpin Gerakan itu dengan kunjungan Psy ke sebuah restoran Korea selama lima jam?
Satu pengajaran boleh dipelajari di sini. Adakalanya adalah lebih baik jika tiada kenyataan dikeluarkan langsung mengenai insiden itu. Sebarang usaha untuk menutup aib dengan memberikan alasan yang tidak logik hanya akan memburukkan keadaan.
Chang Yeow perlu sedar bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu telah mengundang kritikan yang cukup hebat daripada pembaca dan ini terbukti menerusi komen-komen yang dipaparkan dalam beberapa portal internet beberapa hari lalu.
Kritikan yang bertalu-talu dalam portal internet tidak harus ditafsir sebagai penolakan mereka terhadap kerajaan secara total tetapi terhadap kejanggalan kenyataan oleh Chang Yeow.
Tidak salah untuk seseorang pemimpin mengaku kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam penganjuran rumah terbuka itu. Malah, sikap rendah diri merupakan sesuatu yang dituntut dalam sisi agama. Lebih penting lagi, ia juga satu kriteria penting yang disukai oleh rakyat.
Tetapi jika apa yang diperkatakan oleh Chang Yeow itu adalah benar, maka pihak penganjur rumah terbuka perlulah lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka di masa hadapan.
Segala persiapan bagi memastikan kelancaran majlis perlu diperkemaskan dan kesilapan yang mengaibkan seperti yang berlaku tempoh hari, tidak harus dibenarkan...lebih-lebih lagi ia berlaku di hadapan puluhan ribu pengunjung.
Dengan itu, tidak akan berbangkitlah bermacam-macam alasan seperti yang diberikan pemimpin Gerakan berkenaan.
Ambillah iktibar dari sekarang dan jangan biarkan insiden ini terus menjadi bahan gurauan ramai.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment