Monday, February 18, 2013

RG2011... Fw: [MalaysiaNews] PR Tamatkan Isu 50 Tahun Pemilikan Tanah Yang Tidak Dilayan Tiga YB Umno-BN

 

PR Tamatkan Isu 50 Tahun Pemilikan Tanah Yang Tidak Dilayan Tiga YB Umno-BN

by Nazli Ibrahim
borang 5a
SEPANG, 16 FEB: Penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda akhirnya mampu menarik nafas lega apabila penantian selama lebih 50 tahun untuk memiliki tanah yang didiami selama ini tercapai.
Usaha memiliki tanah yang menempatkan kediaman 15 keluarga di kampung tersebut mula diusahakan sejak 50 tahun lalu oleh generasi sebelum ini.
Bagaimanapun menurut penduduk yang ditemui selepas majlis penyerahan Borang 5A hari ini, usaha mereka sebelum ini tidak dilayan Kerajaan Negeri yang diterajui Umno-BN.
"Lama hingga dah tiga YB dari BN bertukar, sekarang lega, memang itu yang saya tunggu-tunggu.
Hussin Ahmad 2"Lebih 50 tahun cuba usahakan, tapi bila kita kemukakan tiada apa-apa jawapan," ujar Hussin Ahmad, 71 tahun dengan nada sebak kepada TV Selangor.
Beliau yang mengaku sebelum ini merupakan ahli Umno turut berkata beliau akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang ada sekarang dalam pilihan raya akan datang.
Latjiman Keman, 48 tahun pula memberitahu usaha untuk mendapatkan hak milik tanah yang didiami keluarganya sudah mula di usahakan oleh Allahyarham bapanya.
"Perjuangan ini melebihi tempoh usia saya dan hampir menemui jalan buntu, tetapi kejayaan hari ini dapat menebus semula titik peluh arwah bapa saya.
Latjiman Keman 2"Kegembiraan ini kami kongsikan bersama dari generasi pertama, generasi kedua dan ketiga.
"Usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan satu usaha murni yang patut diteruskan untuk terus membantu rakyat yang menghadapi masalah yang sama," kata Latjiman.
Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula berkata penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda kini tidak lagi perlu bimbang kemungkinan tanah mereka di ambil oleh Kerajaan Pusat.
"Tanah yang mereka diami ini berhampiran dengan Putrajaya, wilayah Kerajaan Pusat yang pesat membangun, jadi memang terdapat risiko ia akan diambil oleh Kerajaan Pusat.
"Tetapi bila mereka dah dapat borang 5A ini, mereka tak perlu lagi bimbang, penduduk boleh hidup dengan tenang," kata beliau.
Sebelum itu dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Kampung Datuk Abu Bakar Baginda seramai 15 penduduk kampung di sini menerima borang 5A yang disampaikan oleh Dr Yaakob yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Borang 5A adalah surat tawaran memiliki tanah dari Kerajaan Negeri kepada seseorang individu.
Borang tersebut juga diangap sebagai pengesahan pemilikan tanah oleh seseorang individu itu dengan bayaran premium RM1,000 sahaja.
Ketika di era Umno-BN mentadbir, penerima borang 5A dikehendaki membayar premium sekurang-kurangnya 20 peratus dari nilai tanah menyebabkan terdapat penerima tawaran dikalangan berpendapatan rendah terpaksa menolak kerana tidak mampu membayar premium yang tinggi.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment