Sunday, April 7, 2013

Re: RG2011... Fw: Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah

 

Mike boleh dapatkan maklumat dari pejabat YB Dato' Seri Jamil Khir di Jabatan Perdana Menteri.

Sent from Yahoo! Mail on Android



From: Judge <hairulndt@gmail.com>;
To: <respeks_group@yahoogroups.com>;
Cc: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>;
Subject: Re: RG2011... Fw: Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah
Sent: Fri, Apr 5, 2013 7:09:09 AM

 

bagi kenyataan rasmi yang kuota di kurangkan sebab demonstrasi bersih?
jangan tulis ikut sedap jari aje bro.....baru habis solat jumaat dah
buat dosa pulak...

tak dapat iktibar khutbah jumaat ke?

On 05/04/2013, Mato Bosa <matobosa@yahoo.com> wrote:
> Orang2 macam inilah yang akan membuat Arab Saudi akan membuat penilaian
> semula untuk menaikkan kuota haji kepada Malaysia pada tahun 2013. Kejadian
> sama berlaku semasa bersih 2.0 berdemonstrasi di Mekah dan Madinah tahun
> 2012. Penyokong Bersih tolong di luar sana pohon respon sikit mengenai
> perkara ini. Kesian ramai lagi orang2 pas nak pergi haji tahun ini.
>
>
>
> ________________________________
> From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Wednesday, April 3, 2013 11:44 PM
> Subject: RG2011... Fw: Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah
>
>
>
>
>
> Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah
> telokbakong.blogspot.
> kerajaanrakyat.blogspot.
>
> Hatijah Aam, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, dan
> lima anaknya adalah antara 84 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan di
> Makkah pada Rabu lalu.
> Mereka disyaki menyebar ajaran sesat dan melanggar Akta Imigresen Arab
> Saudi.
> Menurut sumber, kumpulan itu kini ditempatkan di pusat tahanan sementara di
> bawah kawalan Jabatan Imigresen Arab Saudi.
> Mereka dilaporkan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat,
> lapor Berita Minggu Malaysia (BMM), semalam.
> Kumpulan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa
> mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan kegiatan nasyid
> berunsur syirik.
> Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi,
> tinggal tanpa permit.
> Media tempatan Arab Saudi, SABQ, melaporkan kumpulan itu dipercayai
> mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia pada
> Disember 2006.
>
>
> Hatijah, 52 tahun, serta anakanaknya tinggal di banglo mewah milik mereka
> yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya
> tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat'am Asaari, juga di kawasan mewah di
> Makkah.
> Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas
> lawatan sosial yang sudah tamat tempoh.
> Bagaimanapun, pasport Hatijah masih sah sehingga Oktober 2014.
> Difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan
> Imigresen Arab Saudi itu adalah hasil maklumat awam berhubung kegiatan
> Hatijah.
> Wanita itu dipercayai mempengaruhi jemaah umrah dan haji dari Malaysia
> supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.
> Hatijah didakwa memiliki aset ratusan juta ringgit.
> Kumpulan Hatijah didakwa memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian
> perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai
> rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London,
> Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.
> Sementara itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
> Baharom, memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
> menyerahkan sepenuhnya kepada Wisma Putra untuk meneliti kes berkenaan.
> Jakim juga akan menjalin kerjasama dengan kedutaan Arab Saudi di Malaysia
> serta kerajaan negeri itu dalam usaha memastikan kes berkenaan diselesaikan
> sebaik mungkin.
>

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment