Hehe..
Tak sia sia usaha ostad selama ni hentam pas..
Last2 dapek jugak habuan..
Tahniah.
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -:eSpAcE9808:-
Sent: Saturday, November 30, 2013 12:06 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Ustaz Kazim Elias dilantik sebagai Ahli MT Umno
Ustaz Kazim Elias dilantik sebagai Ahli MT Umno
telokbakong.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
HARAKAHDAILY
PUTRAJAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.
Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.
"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman mereka yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas," katanya.
Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka hari ini dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Dis ini.
"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan.
"Mereka akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi selepas Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam 4 Disember ini," katanya.
Pada mesyuarat pertama MT minggu lepas, Najib mengumumkan pelantikan empat pemimpin sayap parti sebagai ahli tambahan kepada 25 MT yang menang dalam pemilihan iaitu Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.
Selain itu, tujuh Menteri Besar yang tidak bertanding jawatan MT pada pemilihan Umno akan dijemput menghadiri mesyuarat MT tetapi tidak dilantik untuk jawatan berkenaan. - Bernama
Ust Kazim Elias Al-Hafiz bakal jadi macam Ust Firdaus Ismail Al-Hafiz?
telokbakong.blogspot
cenangau.blogspot.
Kalau sebelum ni Ust Kazim ni kata konon dia tak minat dengan politik, dia belah kiri bukan kanan pun bukan, sokong PAS pun dak sokong Umno pon dak, kalau ada bendera parti dia takmau ceramah, sekarang ni bila Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, terbukti kata-kata dia tu kata-kata orang MUNAFIQ.
UmnoOnlione melaporkan:
Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.
Berikut adalah senarai MT tambahan:
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias - UmnoOnline.Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit BuntarIklan teks di sini Cuma RM10 sebulan (PROMOSI)Saja aku quote berita dari UmnoOnline sendiri, biar jelas dan terang. Tahniah Ust Kazim kerana akhirnya berjaya dapat 'habuan' yang cukup hebat dari Umno.
Aku sebenarnya cukup sakit hati sebelum ni bila tengok ada lagi orang PAS yang kemaruk sangat ilmu sampai sanggup jemput ustaz Umno ni bagi kuliah atau tazkirah. Macam dah takdak ustaz lain yang boleh depa jemput.Dengan perlantikan Ust Kazim ni sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno aku harap semua orang PAS yang sebelum ni terkilaf akan bukak mata.
Kalau sebelum ni Ust Kazim ni kata konon dia tak minat dengan politik, dia belah kiri bukan kanan pun bukan, sokong PAS pun dak sokong Umno pon dak, kalau ada bendera parti dia takmau ceramah, sekarang ni bila Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, terbukti kata-kata dia tu kata-kata orang MUNAFIQ.
Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada Najib pasai lantik mamat ni sebagai MT Umno. Dengan perlantikan dia ni riwayat 'selebriti' dia akan tamat tak lama lagi.
Kalau dia ada sikit keberanian macam Ustaz Fathul Bari yang masih berani jugak belasah Umno BN termasuk Najib walaupun nampak takut-takut mungkin riwayat 'selebriti' dia akan sikit panjang.
Kalau tanya budak-budak muda yang baru nak kenal politik siapa Ustaz Firdaus Ismail Al-Hafiz aku yakin kebanyakannya tak kenal, padahal masa dia jadi Imam Besar Masjid Negara dulu dia cukup terkenal dan dihormati oleh semua pencinta ilmu Islam.
Bila dia masuk Umno dia bertukar jadi teruk macam kebanyakkan pemimpin Umno sampai tahap dia sanggup sepak tong undi bila dia tau yang dia kalah dalam pilihanraya lawan Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh.
Macam tu jugak Brid Jen (B) Hamid Zainal Abidin, Dr. Abdullah bin Md. Zin dan beberapa orang lagi tokoh agama yang cukup terkenal sebelum ni tapi lepas depa masuk Umno nama depa cuma mampu bertahan takat sepenggal saja.
Lepas tu bila depa dah jadi teruk macam kebanyakkan pemimpin Umno orang Umno pun rejek depa dan depa jadi kupang tembaga.Nota kaki
makan cekam:Tanpamemang prejudis
comment:
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/11/ust-kazim-lantik-majlis-tertinggi-mt-umno.html#ixzz2m2kFAFGm
Regards,
Mohd Fazila Ahmad
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (3) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment