Friday, December 27, 2013

RG2011... Fw: Anak Rosmah Beli Kondo RM110J Di NY

 



Anak Rosmah Beli Kondo RM110J Di New York

 

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York. Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas. Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000. Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. (MK)
 
 

Anak Rosmah Beli Kondo Mewah Lapor Sarawak Report.

malaysiaberih.blogspot.
amenoworld.blogspot.
 
Tolong la siasat.

Jika betul dakwaan ini tolong la siasat. Dari mana anak sulung Rosmah Mansur dapat duit juta2 beli kondo mewah. USD 33.5juta. Dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM110juta. Apa kerja dia sampai mampu beli kondo bernilai jutaan ringgit. Kondo tue. Kondo.

Gila mewah!!!!

Rujuk ;


Laporan oleh Mkini.

1. Anak tiri Najib = anak sulung Rosmah Mansur 

2. Umur dah 36. Mama Rosmah lawa je. Betul ke dia dah 60 an? Apa rahsia dia hah. Err lari topic plak.

Haha

3. Riza Shahrir Abdul Aziz. Nama anak Rosmah.

4. Dilaporkan telah membeli kondo bernilai 33.5 juta USD. Convert ke matawang negara lebih kurang RM 110 juta.

Aku ada google2. Memang kalau kondo juta2 dikategorikan mewah beb. Lebih2 lokasi dia di New York. Lagi dasat kau.

Apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dakwaan ini. Tolong sahkan jika pendedahan oleh Sarawak Report adalah benar ataupun sebaliknya. Dan lepas tue minta tolong sekali dedahkan hasil siasatan. Rakyat berhak tahu.

Terima kasih.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment