Monday, December 9, 2013

RG2011... FW: Black Jesus Mati Dicekik Dan Dibunuh Pengikut Sendiri Untuk Mendapatkan Darah | Ajaran Sesat

 

 

 

Black Jesus Mati Dicekik Dan Dibunuh Pengikut Sendiri Untuk Mendapatkan Darah | Ajaran Sesat

Black Jesus Mati Dicekik Dan Dibunuh Pengikut Sendiri Untuk Mendapatkan Darah | Ajaran Sesat |- Port Moresby : Seorang pemimpin kumpulan agama yang menggelar dirinya Black Jesus dan diketahui membunuh pengikut sendiri untuk mendapatkan darah mereka, dibunuh dalam kawasan hutan di Papua New Guinea, semalam.

 

Bekas penuntut Bible yang gagal dalam pembelajarannya, Stephen Tari dilaporkan pernah mengetuai 6,000 pengikutnya di kawasan pergunungan di negara itu. 

Enam tahun lalu Tari, 40, didakwa membunuh sekurang-kurangnya tiga remaja perempuan digelar sebagai Gadis Bunga dan ibu mereka dipaksa menyaksikan dia meminum darah mangsa. 

Menganggap dirinya sebagai "Jesus sebenar" Tari cuma disabitkan kesalahan atas tuduhan merogol tiga tahun lalu sebelum kerajaan memperkenalkan hukuman mati terhadap kesalahan bunuh atau rogol. 

Dia juga menjadi seorang daripada 48 banduan yang memboloskan diri dari penjara enam bulan lalu. Sejak itu, Tari menjadi pelarian dengan sejumlah pengikut sebelum hidupnya ditamatkan di tangan orang awam apabila membunuh seorang wanita dan cuba membunuh seorang yang lain. Dikelilingi penduduk kampung, Tari dipercayai dibelasah dan dicekik hingga mati bersama seorang daripada pengikut setianya di kawasan terpencil Gal di utara wilayah Madang semalam. Disebabkan lokasi kejadian jauh di pedalaman polis tidak dapat mengesahkan sama ada Tari benar-benar membunuh seorang wanita kerana mahu menghidupkan semula ajaran kepercayaannya. 

Ketua Polis Madang, Sylvester Kalaut berkata, tempat Tari dibunuh terletak beberapa kilometer dari bandar dan memerlukan masa kira-kira empat jam berjalan sebelum sampai ke situ. 

"Kami menghantar polis dan doktor ke situ untuk mengetahui punca kematian Tari," katanya. – Agensi

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment