# PAUTAN FB
Teringat pesanan ustazah semasa mengambil kursus kahwin 2 tahun yang lepas,
“Kalau kamu inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga; jangan kamu kumpul kemurkaan Allah sebelum pernikahan!.”
Mudah, tegas dan padat pesanannya. Katanya, walaupun ibu bapa selesa dengan tunang masing-masing, pastikan kamu tak berdua ke sana ke mari. Syaitan itu licik. Dia sudah berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar maka di bisikkan perlahan-lahan supaya kamu lakukan maksiat yang dianggap kecil.
Ustazah Fatimah Syarhah dalam ceramahnya ada mengingatkan, “Jauhi perkara-perkara maksiat dalam pergaulan tanpa ikatan yang sah kerana perkara maksiat itu akan menghantui kamu selepas pernikahan dan sepanjang usia kamu.”
“Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula.” (An Nur: 26)
Semoga kita tergolong dalam kalangan hambanya yang sabar dan dilindungi. Semoga pasangan halal yang Allah kurniakan kepada kita adalah nikmat dunia dan akhirat buat kita…wallahu alam.
Love, Elle Zada
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment