Ibu rayu majistret penjarakan anak
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
|
KOTA BHARU - Kecewa dirinya diugut bunuh oleh anak kandung sendiri, seorang ibu nekad memohon kepada Mahkamah Majistret di sini semalam supaya memenjarakan anak lelakinya itu selama setahun.
"Buatlah macam mana pun kepada anak saya. Penjarakan setahun pun tidak mengapa," kata Jarah Mohamed, 54, semasa memberi keterangan terhadap anaknya di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Terdahulu, Mohd. Fairul Rahimi, (gambar), 28, yang bekerja sebagai pemandu sebuah syarikat katering mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut sebelum Nik Habri kemudian menjatuhkan hukuman penjara itu mulai semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Tarif elektrik naik 4.99 sen sekilowat sejam tahun depan
Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
afiq.zulkifli@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan 14.89 peratus atau sebanyak 4.99 sen sekilowat sejam (kWj) menjadikan kadar baharu sebanyak 38.53 sen/kWj daripada kadar lama 33.54 sen/kWj berkuat kuasa 1 Januari 2014.
Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen kWj kepada 34.52 sen (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kenaikan tarif itu didorong empat faktor iaitu kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kWj), kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41 sen/kWj), kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kWj) dan semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.9 sen/kWj).
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Aziz Sattar kembali bersemangat selepas dikunjungi Rais
RAIS (tengah) menyampaikan sumbangan Karyawan kepada Aziz (kanan) sambil diperhatikan Freddie di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.
KUALA LUMPUR - Masyarakat digesa terus menghargai dan mengiktiraf golongan penggiat seni veteran kerana mereka sudah banyak memberi sumbangan ke arah pembangunan negara.
Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, jasa penggiat seni veteran tidak patut dilupakan malah masyarakat seharusnya lebih prihatin terhadap golongan itu, lebih-lebih lagi kepada penggiat seni yang uzur.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Yazid Search koma selepas sakit dada
KUALA LUMPUR - Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmat, 52, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas mengadu sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri malam kelmarin.
Salah seorang anaknya, Shamir ketika dihubungi Kosmo! berkata, ayahnya masih berada dalam keadaan koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.
"Beberapa hari lalu, ayah bersama ibu pulang ke Johor Bahru untuk melawat saudara kami di sana. Bagaimanapun, malam tadi ayah tiba-tiba mengadu sesak nafas menyebabkan kami terus membawa ayah ke hospital," kata Shamir ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Kerajaan rugi RM10.2 juta
KUALA LUMPUR - Kegagalan kontraktor asal menyiapkan projek pakej B pembangunan semula kompleks bangunan Kolej Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak menyebabkan kerajaan kerugian RM10.2 juta.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 yang dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, projek pakej B itu diberikan kepada syarikat Ijhraa Sdn. Bhd. pada 16 Disember 2009 dengan nilai RM41.46 juta.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Dr. Mahathir lepas jawatan Penasihat Petronas
DR. MAHATHIR (kiri) bersalaman dengan para delegasi pada majlis jamuan tengah hari forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Petronas, berkuat kuasa kelmarin.
Dr. Mahathir berkata, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menurutnya, sudah tiba masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroliam negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Dua lelaki ditahan kes pecah rumah
Oleh TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my
MOHD. KAMAL (tengah) menunjukkan barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah pada sidang akhbar di Pasir Puteh semalam.
PASIR PUTEH - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan curi selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Farhana, Cherang Tuli dekat sini malam kelmarin.
Serbuan pada pukul 12.45 malam itu diketuai Inspektor Siti Nuraishah Zainuddin selepas menerima maklumat daripada orang ramai berhubung sebuah rumah yang disyaki tempat mengumpul barangan curi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
'Ustaz Munir' dipenjara tiga tahun, lima sebatan
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
MUHAMMAD MUNIR dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan.
KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap lima tuduhan memperdaya lima individu dengan menyamar sebagai ustaz.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Munir Abdullah, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan terbabit yang didakwa berlaku antara 14 hingga 19 Oktober lalu.
Menurut pertuduhan pertama, dia didakwa memperdaya Md. Mizan Md. Khahiruddin untuk mempercayai semua kos sewa 20 bilik untuk satu majlis akan ditanggung seorang kenamaan berstatus Tan Sri pada pukul 1.15 petang, 14 Oktober lalu di K DE Impiana Villa Hotel Sdn. Bhd., Jalan Pengkalan Chepa di sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Remaja ditahan bantu kes bunuh tiga beradik
ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis tidak sampai 48 jam selepas penemuan mayat tiga adik-beradik perempuan di dua lokasi di daerah ini pada Sabtu lalu dan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, remaja tersebut yang merupakan kenalan mangsa berusia 14 tahun ditahan pukul 11.30 malam kelmarin di rumahnya di Perlis.
"Lelaki itu direman selama empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Apa salah anak-anak saya?
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my
Siti Aishah |
ALOR SETAR – "Apa salah anak saya sehingga diperlaku sebegini?. Anak saya tidak berdosa."
Demikian rintihan Siti Aishah Ariffin, 40, ibu kepada tiga beradik yang disyaki menjadi mangsa pembunuhan kejam sebelum mayat mereka ditemui di dua lokasi di sini pada Sabtu lalu dan kelmarin.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia sentiasa berdoa supaya pembunuh ketiga-tiga anaknya dapat diberkas dan menerima hukuman yang setimpal.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Dua maut rempuh bas rombongan
ORANG ramai melihat kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan bas yang mengorbankan nyawa dua remaja di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU - Dua remaja menemui ajal selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di Kampung Sungai Ikan di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, Muhamad Azri Naterah, 16, dan pembonceng, Muhamad Farihin Taib, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa itu dalam perjalanan dari Felda Belara menghala ke Kampung Gemuruh dekat sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Siasat semula kes remaja dirogol sebelum kahwin
PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara semalam mengarahkan supaya polis mengumpul semula bukti berkaitan kes seorang remaja berumur 14 tahun yang dikatakan berkahwin selepas diperkosa dalam tempoh seminggu.
"Bagaimanapun jika bukti yang dikumpulkan tidak mencukupi, kes ini tidak akan dibuka," kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Tiga negeri mula banjir
KUANTAN - Hujan berterusan di kawasan pantai timur dan Johor menyebabkan sebanyak 1,518 mangsa banjir mula dipindahkan berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air semalam.
Di Pahang, hujan lebat di negeri itu sejak empat hari lalu menyebabkan daerah Kuantan dan Rompin dilanda banjir selepas paras air naik mendadak bermula pagi semalam.
Jurucakap Bilik Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin berkata, lebih 296 penduduk mula dipindahkan sejak pukul 10 pagi melibatkan penduduk di tujuh buah kampung.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Zahnita membasuh luka
|
ULU hatinya bagai dirodok sembilu tajam, menghiris dan berdarah tak terhenti. Siapa yang gembira andai percerai- an menjadi pilihan akhir menamatkan hubungan rumah tangga yang sudah dibina lebih lapan tahun bersama-sama?
Tapi itu ketetapan yang Zahnita Dorothy Hussein Wilson pilih. Bercerai bukan bermakna berakhir sebuah impian, bagaimanapun itulah permulaan sebuah harapan baharu.
"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!
"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama.
"Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami," jelas Zahnita secara eksklusif kepada Kosmo! ketika sesi fotografi baru-baru ini.
Terkejut apabila kisah berantakan rumah tangganya boleh sampai ke pengetahuan umum, Zahnita, 28, bagaimanapun akur dan nekad dengan keputusannya.
Setelah memfailkan saman terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, sebutan pertama kes penceraian pasangan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.
Lewat tahun 2011, Zahnita mengakui gosip rumah tangganya sedang bergolak, namun pasangan itu mengambil langkah awal untuk membetulkan keadaan daripada menjadi semakin parah.
PENGUBAT DUKA... Zahnita bersama dua permata hatinya, Zahrafeena dan Zasharayna. |
Peluang terkubur
Tambah Zahnita, selepas seminggu membuat permohonan cerai akhirnya baru hari Jumaat lalu dia masih belum berpeluang untuk menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Abdul Zac- kery Ghouse memandangkan suaminya berada di luar daerah.
"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.
"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini," ulasnya lanjut.
Menyifatkan tidak harus 'membogelkan' kisah rumah tangga kepada khalayak umum, jelas Zahnita, dia harus akur sama ada sekarang atau kelak kisah perceraiannya akan sampai ke pengetahuan ramai.
"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," kata Zahnita menyeka empangan air matanya.
Sesi fotografi diserikan dengan kehadiran kedua- dua permata hatinya, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1, yang sering mengusik ibunya ketika sedang bersiap.
Ibarat mewarisi bakat semula jadi ibunya beraksi di hadapan lensa kamera, Zarafeena dan Zasharayna barangkali sudah memahami perihal kehidupan seni dan ranjau yang ditempuh terdahulu oleh Zahnita.
"Merekalah kebahagiaan saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah suatu kegembiraan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Mereka melengkapi hidup saya," tambahnya.
ZAHNITA mengaku yang dia nekad bercerai dengan suaminya, Zackery selepas gagal berusaha memulihkan kebahagiaan rumah tangga mereka. |
Comeback
Disebabkan keputusan yang telah diambil untuk menjalani kehidupan tanpa individu bergelar suami, Zahnita tekad mahu kembali ke bidang lakonan selain beraksi di pentas peragaan.
"Saya tidak akan menjadi model sampai umur 35 tahun, jadi inilah waktu paling sesuai untuk saya kembali ke layar perak.
"Lagipun, sepanjang tempoh 10 tahun tidak berlakon saya sangat merindui bidang itu. Saya kini lebih matang dan bersedia, malah pengalaman telah banyak mengajar saya.
"Kalau dulu saya tidak selesa, terkejut dan gagal mengawal situasi. Malah, keluar makan pun segan sebab orang kenal saya," kata pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu.
Zahnita dalam pada itu mengakui yang kisah kontroversi dan peribadinya lebih mempopularkan namanya berbanding bakat atau kerjaya.
"Peribadi telah mencipta karier saya dan kisah kontroversi terlebih dahulu menolak saya ke depan berbanding hasil kerja saya dalam bidang seni.
"Saya tidak gusar dengan pelakon muda dan mungkin ada yang akan menganggap saya terlewat untuk kembali ke bidang lakonan.
"Sebelum ini saya banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Sebenarnya, menjadi seorang ibu telah banyak mendidik saya menjadi seorang yang bertanggungjawab," jelasnya yang teringin menjayakan watak psiko dan seram.
Tasha akui rapat dengan Hans
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
TASHA SHILA menyatakan, menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab gosip tentang cinta yang sering menerpa dirinya. |
BUKAN satu berita yang mengejutkan apabila pelakon Tasha Shila kini kembali lagi dengan gosip cinta. Reda seketika daripada gosip mengenai kisah cintanya dengan pemain bola sepak Malaysia iaitu Mahali Jasuli, pelakon tersebut dikaitkan pula dengan seorang peninju Muay Thai.
Cerita mengenai Tasha dan peninju tersebut mula diperkatakan apabila beberapa keping gambar mereka berdua yang kelihatan cukup mesra mula bertebaran di internet.
Berkesempatan bertemu dengan pelakon popular berkenaan semasa acara Anugerah Skrin 2013 minggu lalu, Tasha lantas tertawa dan sudah dapat menjangkakan soalan yang ingin dituju kepadanya.
Secara terbuka, Tasha menjelaskan dengan lebih lanjut tentang hubungan rapat yang sedang terjalin antaranya dengan jejaka tersebut.
Kosmo!: Baru-baru ini tersebar gambar Tasha dengan seorang jejaka. Boleh jelaskan siapakah jejaka itu?
TASHA: Jejaka yang dimaksudkan itu ialah Hans dan dia seorang lelaki keturunan Cina. Perkenalan kami bermula setelah dipertemukan oleh rakan-rakan kami dalam sebuah majlis.
Kami sudah berkenalan sejak tiga bulan lalu dan tidak dinafikan kami sekarang agak rapat. Dia merupakan seorang atlet yang agak aktif dalam sukan Muay Thai dan setakat itu sahaja yang saya boleh beritahu.
Sejauh manakah perhubungan kalian setakat ini?
Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan.
Sekarang ini saya tidak berani bercakap tentang hubungan yang lebih serius kerana soal jodoh semuanya terserah kepada Allah SWT.
Jadi, biarlah kami berkawan sahaja buat masa ini. Saya sangat senang dan selesa berkawan serta tertarik dengan karakternya yang pemalu.
Anda tidak kisah sekiranya ditakdirkan jatuh cinta dengan jejaka yang berlainan kaum atau agama?
Bagi saya, soal kaum atau agama itu bukanlah suatu penghalang untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang. Semasa saya bekerja sebagai jurujual di sebuah butik terkenal dahulu pun saya sudah berkawan dengan ramai orang yang berbeza agama dan kaum.
MESRA... Tasha tidak kisah akrab dengan Hans yang bukan beragama Islam.
Sepanjang menjalinkan hubungan, adakah anda dan Hans pernah keluar berdua-duaan?
Biasanya kalau hendak keluar ke mana-mana kami akan keluar dengan rakan-rakan yang lain secara beramai-ramai. Lagipun, ada di antara rakan Hans merupakan rakan saya juga, malah kini saya sudah mula belajar Muay Thai dengan salah seorang rakan Hans.
Cuma, saya tidak mahu peminat salah sangka yang saya belajar Muay Thai semata-mata kerana Hans, sebaliknya saya melihat sebagai seorang wanita perlu adanya asas dalam seni mempertahankan diri.
Bagaimanakah pula hubungan anda dengan Mahali?
Sehingga kini saya dan Mahali masih lagi berkawan seperti biasa dan tetap berhubung menerusi telefon, namun kami berdua sekarang sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Adakah anda berasa rimas apabila sering dikaitkan dengan gosip cinta sepanjang bergelar artis?
Saya melihat perkara sedemikian sebagai asam garam dalam dunia hiburan dan saya tidak dapat mengelak berhadapan dengan gosip sebegini.
Biarlah apa orang lain hendak kata kerana yang lebih penting saya sudah membuat penjelasan apabila sesuatu gosip itu timbul dan terpulang kepada penilaian masing-masing.
Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang?
Pada minggu hadapan saya akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Dingin Sahara bersama Afiq Muiz.
Penggambaran akan dilakukan di Bandung, Indonesia dan kami akan berada di sana selama tiga minggu.
Selepas selesai menjalani penggambaran drama tersebut, saya akan terbang pula ke Korea Selatan selama sebulan kerana menjalani penggambaran drama berisi, Gerimis Salju bersama Nazim Othman.
Kemelut royalti MACP
Oleh IZWAN MOHD. ISA
DATUK M. Nasir menerima Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak pada Malam Mesra Anugerah MACP 2013.
PEMBAYARAN royalti secara pukal oleh kerajaan kepada badan-badan pengutip royalti seperti Hak Cipta Karyawan (M) Berhad (MACP), Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM) dan Persembahan Artis (Malaysia) Sdn. Bhd. (Prism) dilihat sebagai membebankan dan kurang efektif.
Pengerusi MACP, Habsah Hassan berkata, melalui sistem tersebut, pihak kerajaan membayar RM1 juta setahun kepada ketiga-tiga badan berkenaan walaupun jumlah kutipan royalti adalah lebih daripada itu.
"Mengikut perkiraan yang sebelumnya, kami mampu mengutip lebih RM1 juta setiap tahun daripada kerajaan. Ia tidak termasuk kutipan royalti yang dituntut oleh PPM dan Prism.
"Jika keadaan ini berterusan, industri muzik kita akan terganggu dan lama-kelamaan boleh menjadi lumpuh. Komposer dan penulis lirik juga bakal berhadapan dengan situasi getir kerana mendapat pulangan yang sedikit hasil daripada kerja mencipta lagu dan lirik," ujarnya.
Habsah yang ditemui pada Malam Mesra Anugerah MACP 2013 di Mutiara Damansara baru-baru ini berkata, beliau berharap agar pembaharuan pengagihan royalti dapat dilakukan selepas kontrak bayaran royalti secara pukal tamat akhir tahun lalu.
"Saya berharap agar pihak kerajaan dapat menimbang permintaan kami untuk mengembalikan semula proses pembayaran royalti sama seperti sebelum ini.
"Melalui pembaharuan itu nanti, penggiat seni dapat berkarya tanpa perlu meragui jumlah royalti yang bakal diterima oleh mereka setiap tahun," ujarnya lagi.
Lagu perlu malar segar
Menyentuh mengenai kualiti lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik tempatan, Habsah berkata, mereka perlu bijak dalam mencipta lagu yang akan digemari oleh semua lapisan masyarat.
"Lagu-lagu yang dihasilkan perlulah malar segar. Jika lagu yang dihasilkan diterima baik dan sering dimainkan, maka peluang untuk mendapat pulangan royalti secara berterusan semakin cerah.
ADNAN ABU HASSAN menerima Anugerah Nadi Cipta yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) sambil diperhatikan oleh Habsah.
"Jika lagu-lagu yang dihasilkan hanya 'hangat' untuk jangka masa yang singkat, justeru pungutan royalti oleh pengkarya juga adalah sedikit," katanya yang turut dianugerahkan seba- gai Penulis Lirik Dengan Penda- patan terbanyak pada majlis tersebut.
Kurangkan lagu luar
Dalam pada itu, Habsah turut menggalakkan rakyat Malaysia agar terus mendengar karya- karya ciptaan anak tempatan.
"Royalti yang dibayar kepada penggiat seni luar lebih kurang RM200,000 setahun. Jumlah royalti yang kita terima pula hanyalah RM20,000.
"Situasi ini sungguh menyedihkan kerana ia membuktikan lagu-lagu dari luar negara banyak diputarkan di negara ini berbanding lagu-lagu sendiri," katanya.
Kemuncak Malam Mesra Anugerah MACP 2013 diteruskan dengan penganugerahan Anugerah Nadi Cipta kepada komposer terkemuka tanah air, Adnan Abu Hassan.
Malam itu juga menyaksikan penyanyi dan komposer terkemuka, M. Nasir menerima Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak.
Penyanyi yang sedang meningkat naik Aizat Amdan pula menerima Anugerah Kom poser Muda Berpontensi.
Bagaimanapun, dia tidak hadir untuk menerima anugerah yang diterimanya itu.
Deepika belum sedia bercinta
DEEPIKA PADUKONE
AKTRES Deepika Padukone menjelaskan, cerita yang tersebar mengenai dirinya yang akan mendirikan rumah tangga dengan Ranveer Singh sekadar gosip semata-mata dan kini dia tidak menjalinkan hubungan dengan mana- mana lelaki.
Menurutnya, buat masa ini dia masih lagi enggan mempunyai komitmen untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang dan lebih selesa menjalani kehidu- pan solo yang dilaluinya sekarang.
"Saya merasakan belum tiba masanya lagi membuka hati ini untuk jatuh cinta. Ia bukanlah disebabkan kerjaya saya dalam bidang hiburan tetapi saya memang tiada keinginan bercinta," ujarnya seperti yang dipetik menerusi portal One India Entertainment.
Sebelum ini, terdapat juga khabar angin yang me- ngatakan, hubungan Deepika dan Ranveer putus di tengah jalan. Namun begitu, Ranveer pernah menyatakan yang dia sendiri tidak pernah jatuh cinta dengan Deepika.
Menariknya, terdapat spekulasi lain yang ditimbul- kan apabila kisah mereka berdua sengaja dibangkit- kan semata-mata mahu menarik perhatian ramai me- mandangkan filem Ram Leela lakonan kedua-duanya akan ditayangkan tidak lama lagi.
'Saya tidak pernah rasa menyesal'
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
HAMIDIN (kanan) berjabat tangan dengan Rajagobal pada sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
DATUK K. Rajagobal sah akan meninggalkan skuad Harimau Malaya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menyambung kontraknya yang akan tamat pada 31 Disember ini.
Mengakui menerima keputusan itu dengan cukup profesional, Rajagobal berharap pengganti beliau nanti mampu melakar pencapaian lebih baik ketika membimbing Harimau Malaya.
"Bukan mudah untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan... tetapi saya tidak pernah menyesal walau sesaat.
"Jurulatih baharu juga harus lebih bagus dan mampu menetapkan penanda aras yang lebih tinggi serta meneruskan legasi kejayaan skuad negara," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Turut hadir, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Sebagai rekod, Rajagobal yang dilantik mengendali Harimau Malaya pada 20 April 2009, berjaya membantu menamatkan penantian selama 20 tahun bagi memburu 'ibu emas' Sukan SEA dalam tahun yang sama.
Setahun kemudian, beliau membantu Harimau Malaya muncul juara Piala Suzuki AFF selepas membenam Indonesia di pentas final.
Kontrak Rajagobal tidak lagi disambung selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 November lalu memutuskan bahawa sudah sampai masanya Harimau Malaya mendapat sentuhan jurulatih luar atau sesiapa yang boleh membawa sumbangan yang lebih besar.
Rajagobal sempat juga meninggalkan pesan kepada pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen pada 5 Mac tahun depan.
"Terserah kepada beliau (Kim Swee), saya tidak akan campur tangan dan mengucapkan selamat maju jaya.
"Biarpun tampak tipis, saya percaya skuad negara masih berpeluang layak ke Piala Asia," kata beliau.
Ketika ditanya mengenai destinasinya selepas ini, Rajagobal menjelaskan, beliau hanya mahu berehat seketika daripada bola sepak.
"Sebelum ini, saya hanya memikirkan tentang bola sepak.
"Jadi, saya mahu menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga terutamanya isteri yang banyak berkorban selama ini.
"Buat masa ini, saya belum menerima mana-mana tawaran, selepas ini saya tidak tahu," katanya.
Rajagobal juga enggan 'memulangkan paku buah keras' kepada mana-mana pihak terutama beberapa bekas pemain kebangsaan yang selama ini lantang mengecam corak taktikal dan pemilihan pemain yang dilakukan beliau.
"Saya tidak mahu cakap apa-apa... budak tujuh tahun juga boleh kritik.
"Harus diingat, kejayaan tidak hadir dalam satu malam, sebaliknya memakan masa bertahun lamanya.
"Jadi, mereka (pengkritik) wajar tampil ke depan dan membantu memajukan bola sepak negara," jelas Rajagobal.
FAM belum sedia umum
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
KIM SWEE (tengah) dilantik sementara bagi membimbing skuad Harimau Malaya.
"JIKA sudah menemui calon sesuai, kami akan segera umumkan jurulatih baharu Harimau Malaya."
Demikian jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika mengulas mengenai spekulasi calon pengganti Datuk K. Rajagobal.
Hamidin berkata, FAM masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu termasuk kemungkinan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee kekal menerajui Harimau Malaya selepas ini.
Menurut beliau, pihaknya juga tidak akan menunggu sehingga kempen kelayakan Piala Asia 2015 tamat sebelum membuat keputusan mengenal pasti pengganti tetap Rajagobal.
"Seperti yang saya katakan tadi, tidak perlu tunggu aksi berdepan Yemen (aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015) jika kami sudah menemui calon yang sesuai.
"Jadi buat masa ini, Harimau Malaya kekal dikendalikan buat sementara oleh Kim Swee," katanya kepada Kosmo! semalam.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 November lalu, badan induk itu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang tamat pada 31 Disember ini.
Antara calon-calon yang disebut-sebut menduduki 'kerusi panas' itu termasuklah bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier; bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller selain legenda Jerman, Rudi Voller.
Nama-nama lain seperti bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan juga bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan juga antara yang dilihat berpotensi menggalas tanggungjawab itu.
Hamidin juga enggan mendedahkan senarai pendek calon-calon jurulatih yang berada dalam radar FAM setakat ini.
"Masih ada banyak masa lagi... tunggulah hari lain. Sampai masa FAM akan umumkan," jelas beliau.
Annuar serah kepada menteri
Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
"SAYA serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) untuk membuat keputusan, sama ada saya boleh berada dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBSN) ataupun tidak.
Demikian jelas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang tidak membenarkan beliau berada dalam jawatankuasa berkenaan kerana statusnya yang masih dalam penggantungan.
Menurut Annuar, kemelut yang berlaku ketika ini sebenarnya berpunca daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak melibatkan AFC atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Dalam senario begini, saya kena pertimbangkan yang terbaik demi bola sepak negara dan saya akan mengambil sikap terbuka dengan berjumpa menteri mendengar pandangan beliau kerana beliau yang telah melantik saya.
"Saya akan dengar pandangan menteri sebab beliau tahu pendirian saya... menteri ada pilihan.
"Ini kerana program pembangunan yang Kementerian (Belia dan Sukan) hendak laksanakan itu ditujukan kepada yang berumur tujuh hingga 17 tahun, melibatkan budak sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu semalam.
Annuar berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam.
"Selain bertemu menteri, saya juga akan bertemu Hamidin bagi bertukar-tukar pandangan dan bertanya apa sebenarnya yang beliau inginkan.
"Kalau FAM sebenarnya hendak menyertainya (JPBSN) cuma tidak boleh disebabkan saya ada, barangkali kita boleh berunding.
"Kita bukan hendak rebut jawatan, cuma hendak cari penyelesaian demi kepentingan bola sepak negara," jelasnya.
Terdahulu, FAM telah memutuskan bahawa pelantikan Annuar sebagai anggota jawatankuasa program itu sebagai tidak sah kerana beliau masih dalam tempoh penggantungan sehingga 4 Oktober 2014.
Beliau digantung pada April tahun lepas selama dua tahun setengah kerana didapati melanggar Artikel 88 Statut FAM.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut dilapor telah menetapkan bahawa individu yang digantung tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana aktiviti berkaitan bola sepak.
KBS sebelum ini mempertahankan pelantikan Annuar dalam jawatankuasa tersebut.
Dua halangan utama Malaysia
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my
MIRNAWAN (kanan) memberi kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya baru-baru ini.
MALAYSIA harus melepasi dua halangan utama di peringkat kumpulan jika berhajat layak ke saingan suku akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di New Delhi, India bermula 6 hingga 15 Disember ini.
Pengurus Malaysia, Mirnawan Nawawi mendedahkan, dua pasukan - New Zealand dan England yang turut berada dalam Kumpulan D perlu diatasi jika anak-anak buahnya mahu merealisasikan sasaran muncul enam pasukan terbaik pada kejohanan kali ini.
Mirnawan juga optimis skuad Projek itu yang dibentuk sejak lima tahun lalu, berpotensi menewaskan mana-mana pasukan dunia seandainya mampu mengekalkan konsistensi dan prestasi terbaik mereka sepanjang kempen itu nanti.
"Bagi saya, semua pasukan dalam kejohanan ini mempunyai peluang untuk muncul sebagai juara, jadi kami tidak boleh mengambil mudah dalam setiap pertemuan.
"Halangan utama kita di peringkat kumpulan saya lihat datangnya daripada New Zealand dan England.
"Namun, saya percaya jika semua pemain berjaya mengekalkan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan, maka tiada pasukan yang tidak dapat kami kalahkan," jelas Mirnawan kepada Kosmo! semalam.
Selain New Zealand dan England, satu lagi pencabar peringkat kumpulan bagi skuad kendalian Muhd. Dharma Raj Abdullah itu ialah Afrika Selatan.
Meskipun bakal berdepan cabaran getir dalam kempen di New Delhi, Mirnawan tetap optimis Malaysia mampu merealisasikan sasaran muncul enam pasukan terbaik seperti yang ditetapkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan para pemain, saya yakin kami memiliki kelebihan untuk mara ke suku akhir.
"Kami akan memberi tumpuan terhadap satu perlawanan demi satu perlawanan. Objektif utamanya ialah memenangi setiap perlawanan yang akan kami hadapi nanti.
"Selepas itu kita lihat saja apa yang berlaku walaupun potensi lawan kita di suku akhir nanti mungkin pasukan tuan rumah, India atau Belanda," jelas Mirnawan lagi.
Skuad negara ketika ini sedang menjalani sesi latihan di New Delhi selain turut membuat analisis tentang kekuatan pasukan lain.
Malaysia akan berdepan Jerman dalam satu aksi persahabatan petang ini bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk dan permukaan padang di Stadium Hoki Mejar Dhyan Chand yang juga gelanggang utama pertandingan.
Asia, Eropah berentap
THONGCHAI (kanan) dan Jimenez menjadi sandaran pasukan masing-masing pada Piala EurAsia tahun depan.
PEMAIN sensasi Thailand, Thongchai Jaidee telah dipilih menjadi kapten pasukan Asia manakala Eropah akan diketuai bintang Sepanyol, Miguel Angel Jimenez pada kejohanan golf Piala EurAsia anjuran DRB-HICOM tahun depan.
Duo terkenal itu akan memimpin barisan pemain masing-masing dalam pertemuan antara benua mengikut format Piala Ryder selama tiga hari di Kelab Golf Glenmarie, Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 Mac tahun depan.
Thongchai merupakan pemenang tiga kali gelaran Merit Jelajah Asia dengan 16 termasuk lima kali menjuarai Jelajah Eropah dan dua gelaran Terbuka Malaysia.
"Saya amat berbangga terpilih sebagai kapten buat pasukan Asia. Piala (EurAsia) membuka peluang kepada semua pemain terbaik Asia dan Eropah untuk bersaing bersama-sama.
"Saya sudah tidak sabar untuk mengetuai pasukan ini (Asia). Sudah tentu ia akan menjadi satu pertandingan hebat," kata pemain berusia 44 tahun itu.
Sementara itu, Jimenez, 49, dianggap antara pemain terbaik di benua Eropah, malah telah mengumpul sebanyak 19 kejuaraan dalam Jelajah Eropah.
Jimenez telah menjuarai Piala Ryder sebanyak dua kali pada edisi 2004 dan 2010 dan dia merupakan penolong kapten pasukan Eropah pada kejohanan berprestij itu di Medinah tahun lalu.
Ia sudah pasti memberi gambaran terbaik kepada pasukan Eropah untuk mengungguli Piala EurAsia.
"Kejohanan ini sangat menarik dan saya tidak sabar lagi untuk ke Malaysia. Kami mempunyai pemain Eropah yang sedang bersaing dalam Piala Ryder di Amerika Syarikat.
"Piala EurAsia merupakan pertandingan rasmi bagi pemain Eropah untuk bersaing dengan pemain terbaik dari Asia," katanya.
Karakter sebenar Chelsea
LONDON - Jose Mourinho percaya Chelsea sudah mula mempamerkan karakter sebenar bagi mencabar mana-mana pasukan dalam usaha memburu trofi Liga Perdana England musim ini.
Skuad kendalian Mourinho kini menduduki tangga kedua liga apabila ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Arsenal selepas membenam Southampton 3-1 di Stamford Bridge awal pagi semalam.
Mourinho berkata, kesungguhan anak-anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan jelas menunjukkan kematangan barisan pemain The Blues.
"Ia satu persembahan sepasukan yang bagus, aksi individu sebahagian pemain juga wajar dipuji.
"Ia jelas menunjukkan kami kini mengalami proses yang lebih baik dari semasa ke semasa dan mula memahami idea saya.
"Pemain juga semakin sedar peluang kami memburu trofi liga pastinya terjejas sekiranya gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang bulan ini.
"Pemain perlu kekal bertanggungjawab setiap kali beraksi bersama Chelsea. Ketinggalan tidak mengapa asalkan memenangi perlawanan," kata Mourinho.
Selepas ketinggalan dengan gol awal Southampton menerusi jaringan Jay Rodriguez ketika perlawanan baru memasuki saat ke-12, Chelsea bangkit pada babak kedua.
Garry Cahill menyamakan kedudukan pada minit ke-56 sebelum John Terry menambah gol kedua Chelsea berselang enam minit kemudian.
Demba Ba melengkapkan kemenangan bergaya Chelsea dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan.
Justeru, Mourinho mencabar barisan pemainnya supaya mengekalkan momentum kemenangan ketika berdepan Sunderland dan Stoke City selepas ini.
"Pemain muda harus sedar perjalanan liga masih panjang.
"Namun, jika kami mahu muncul juara, kami tidak boleh ketinggalan jauh daripada mana-mana pasukan teratas liga," jelas Mourinho. - AFP
Belum tiba masa lagi
LONDON - Pengurus Manchester United, David Moyes tidak mahu terburu-buru menawarkan kontrak baharu kepada Wayne Rooney ekoran prestasi cemerlangnya ketika ini.
Rooney mencetak dua gol ketika United mengikat Tottenham Hotspur 2-2 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin, sekali gus merekodkan 10 gol musim ini.
Kontrak penyerang berusia 28 tahun itu yang dikhabarkan mahu meninggalkan Old Trafford musim lalu bakal tamat pada penghujung musim depan.
Namun, Moyes enggan tergesa-gesa menawarkan kontrak lanjutan kepada Rooney.
"Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu. Saya fikir situasi masih terkawal dan hanya akan menawarkan kontrak baharu kepada mana-mana pemain apabila masanya telah tiba," kata Moyes.
Kecederaan pangkal paha yang dialami Robin van Persie memaksa Moyes merombak jentera serangannya apabila menggandingkan Rooney dengan Javier Hernandez ketika Unted seri 2-2 dengan Cardiff City minggu lalu.
Bagaimanapun, Moyes terpaksa bergantung kepada Rooney pada pertemuan menentang Bayer Leverkusen dalam saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu dan berdepan Spurs di White Hart Lane kelmarin.
Dalam pada itu, Moyes tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai situasi semasa van Persie, sekali gus membayangkan Rooney mungkin sekali lagi tampil selaku penyerang tunggal ketika United melayan kunjungan bekas kelabnya, Everton di Old Trafford awal pagi Khamis ini.
Beliau juga mempertahankan kredibiliti jentera tengah United yang diterajui Tom Cleverley dan Phil Jones biarpun kedua-dua pemain itu dilihat gagal menguasai perlawanan ketika berdepan Spurs.
"Cleverley dan Jones masih muda namun saya percaya mereka pemain yang baik.
"Sudah tentu ketiadaan Ryan Giggs dan Michael Carrick jelas dirasai, namun saya percaya Cleverley dan Jones mampu melaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna," kata Moyes. - AFP
Rekod Barcelona tercalar
MUNIAIN muncul wira selepas meledak gol kemenangan Bilbao ketika menentang Barcelona di Stadium San Mames awal pagi semalam.
MADRID - Gerardo Martino nyata kecewa selepas Barcelona mengalami kekalahan kedua berturut-turut, kali ini tewas 0-1 kepada Athletic Bilbao pada saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.
Sebelum ini, pengendali skuad The Catalan itu kurang gembira dengan kekalahan pertama mereka kepada Ajax Amsterdam dalam kempen Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu lalu.
Kini, rekod bersih Martino dalam saingan liga domestik juga musnah tatkala Iker Muniain muncul wira Bilbao selepas meledak gol tunggal ketika perlawanan berbaki 20 minit pada aksi di Stadium San Mames.
Kekalahan itu bermakna Barcelona memimpin takhta Liga Sepanyol dengan hanya kelebihan perbezaan gol ke atas Atletico Madrid selepas kedua-dua pasukan berkongsi 40 mata.
Musuh tradisi Barcelona, Real Madrid pula menghuni tangga ketiga apabila mengutip 37 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.
Biarpun tewas, Martino masih berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang ditunjukkan anak-anak buahnya awal pagi semalam berbanding ketika aksi di Amsterdam Arena minggu lalu.
"Sepanjang 70 minit pertama perlawanan berlangsung, saya lihat pasukan (Barcelona) bermain dengan baik, berbeza dengan aksi sebelumnya di Amsterdam.
"Bagi saya persembahan pada babak pertama adalah antara yang terbaik bagi musim ini.
"Jelas sekali jika kami berjaya mendapat gol terlebih dulu, pertemuan ini mungkin berbeza.
"Penjaga gol Athletic tidak perlu banyak bekerja keras tetapi kami masih tetap ada peluang yang baik untuk menjaringkan gol," ujar Martino.
Pada aksi semalam, Barcelona sekali lagi terpaksa mengharapkan Neymar bagi mengisi ketiadaan bintang Argentina, Lionel Messi yang masih mengalami masalah hamstring.
"Sebaik sahaja Athletic mendapat gol, permainan terus berubah sepenuhnya, namun masih ada beberapa situasi di mana kami mengawal perlawanan.
"Kami kurang memberi tekanan menerusi hantaran terakhir yang mana kebiasaannya ia bukan satu masalah kepada pasukan ini," tambahnya lagi. - AFP
Vettel di ambang kemasyhuran
LONDON - Buat tahun keempat berturut-turut, juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel dianugerahkan sebagai Pemandu Terbaik Antarabangsa 2013.
Vettel berhak meraih anugerah tersebut selepas dia muncul juara dunia F1 buat kali keempat berturut-turut musim ini.
Pemandu sensasi Red Bull itu mengesahkan kejuaraan dunia sekali lagi menjadi miliknya musim ini selepas merekodkan sembilan kemenangan.
Lebih manis, Vettel turut mencipta rekod kemenangan paling banyak bagi satu musim, sekali gus menyamai pencapaian legenda F1, Michael Schumacher.
"Ini kali keempat saya berada di dewan ini yang dipenuhi dengan individu-individu yang penting dalam sukan permotoran. Jadi, saya tidak kisah untuk berada empat kali lagi di sini.
"Saya sedar hanya dengan kerja keras untuk berada pada tahap ini dan saya berjaya menjulang trofi ini setiap kali musim berakhir," kata Vettel.
Vettel juga berjanji tidak akan membiarkan kejayaan tersebut mudah terlepas daripada genggamannya.
"Saya akui ancaman terdapat di mana-mana dan kami telah biasa dengan keadaan tersebut terutama apabila anda tidak menepati jangkaan pihak-pihak tertentu.
"Sebab itulah anda perlu menghargai apa yang diperoleh kerena tiada siapa yang tahu bila ia akan berakhir," jelasnya. - Agensi
Kelantan nafi spekulasi bawa masuk Afiq
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan khabar angin bahawa penyerang Selangor, Muhammad Afiq Azmi bakal menyertai The Red Warriors musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn. Bhd., Kelvin Ramalinggam berkata, KAFA tidak pernah membuat rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Menurut Kelvin, pihaknya menyerahkan kepada ketua jurulatih Kelantan, Stave Darby untuk membuat keputusan siapakah yang akan menjadi pemain ke-25, sekali gus melengkapkan senarai penuh The Red Warriors.
"Saya nafikan sekeras-kerasnya perkara ini. Untuk melengkapkan senarai pemain ke-25 ini, KAFA lebih memberikan peluang kepada pemain skuad Piala Presiden.
"Lagipun tarikh akhir pendaftaran pemain akan tamat pada 17 Disember ini dan kita memberikan peluang sepenuhnya kepada jurulatih untuk membuat keputusan.
"Darby akan buat keputusan untuk pilih pemain di posisi manakah yang diperlukan oleh Kelantan dalam usaha memperkuatkan lagi pasukan," katanya semalam.
Khabar angin mengenai kehadiran Afiq ke Kelantan bertiup kencang melalui laman sosial Facebook milik penyokong setia The Red Warriors.
Namun, difahamkan Afiq masih mempunyai kontrak bersama Selangor.
Sebagai rekod, Afiq pernah beraksi bersama Kelantan sebagai pemain pinjaman untuk saingan Piala Malaysia musim 2012.
Dalam perkembangan lain, Kelvin memberitahu, Kelantan akan menjalani persiapan pramusim di utara tanah air memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu di Pantai Timur.
"Antara lokasi persiapan The Red Warriors ialah Pulau Pinang, Perak dan Kedah," jelasnya.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment