Thursday, January 27, 2011

Re: RG09... Apa Jadi Seandainya Azahar Itu Cikgu Mala

 

manusia ni sebenarnya hamba..hamba kepada tuannya...hi hi hi

tpkan ada orang memilih untuk menjadi hamba kepada penciptanya...amin

2011/1/28 Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Apa Jadi Seandainya Azahar Itu Cikgu Mala
Posted on Thursday, January 27 @ 10:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Pendapat Oleh: tun_telanai

"Hari ini seorang sahabat baik Mansor Mohamad membuat laporan polis terhadap calon UMNO Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah milik Mansor ketika Azahar menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.

Katanya, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Tambahnya, pegawai bertanggungjawab mengendalikan kes itu bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Segamat adalah Mohd Azahar Ibrahim, iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat yang sekarang menjadi calon UMNO bagi pilihan raya kecil Dun Tenang."Beliau telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada Encik Mansor. Ini menyebabkan Mansor tidak berpeluang menebus tanahnya kembali secara rasmi.Menurutnya lagi, apabila saat-saat akhir Mansor mengetahui secara tidak rasmi berkenaan lelongan tanah tersebut, maka bayaran sebanyak RM10,000 telah dibuat kepada CIMB Bank bagi tujuan menebus tanahnya kembali.

Mansor juga, katanya memiliki wang tunai sebanyak RM12,000 bagi tujuan tersebut dan telah merayu kepada Mohd Azahar supaya membatalkan lelongan, malangnya rayuan itu tidak dilayan.Beliau berkata, sebagai pegawai bertanggungjawab yang bertindak di atas kapasiti sebagai 'majistret', Mohd Azahar berhak membatalkan proses lelongan tersebut memandangkan Mansor telah bersedia menebusnya tetapi beliau gagal bertindak secara bijaksana."Saya mengesyaki terdapat perundingan sulit di antara Mohd Azahar dengan pihak-pihak terbabit. Saya bimbang rakan saya, Mansor telah menjadi mangsa salah guna kuasa seorang penjawat awam," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat adakah terdapat salah laku Mohd Azahar di samping untuk membersihkan nama calon BN itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya menyokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi. Sumber : HarakahdailyKOMEN :Cuba anda semua bayangkan  : Laporan polis itu datangnya dari UMNO. Cik gu Mala mengambil tempat Azahar dan Azahar mengambil tempat Cik gu Mala. Jadi, Cik gu Mala pernah satu ketika dulu  menjadi ADO menjawat Penolong Pentadbir Tanah di Daerah Segamat.Ketiga Cik gu Mala bertugas sebagai ADO itulah, beliau terlibat secara langsung melelong tanah Mansor tanpa mengikut prosedur tertentu. Tambah lagi Cik gu Mala pada 7 Februari ini bersama-sama dengan 3 yang lain akan dibicarakan di  Mahkamah Tinggi Muar  atas  tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah itu.

Pada  7 Februari akan datang, katakan Cik gu Mala menang di DUN Tenang, beliau akan hadir di mahkamah seperti yang dijadualkan. Apa gambaran yang ada dikepala tuan-tuan yang akan ditulis oleh manusia berjiwa iblis yang ada dalam UM, RTM, TV3 dan sebagainya. Yang pastinya kata-kata nista, cacian, hinaan dan lain bentuk menghina terhadap Cik gu Mala akan dikeluarkan.Kita berbalik laporan yang dbuat oleh UMNO kepada Cik gu Mala hari ini (analogi sahaja). Apa respon para pemimpin UMNO. Seluruh media yang menjadi saluran suara iblis ini akan mengaum seluruh pelusuk tanah air mendendangkan keburukan Cik gu Mala. Macam-macamlah akan diperkatakan. Tunggu dan lihat nanti.Bagaimana pula respon pasukan polis dan SPRM?Ah…, lagi dashatlah golongan ini. Golongan ini akan bertindak mengikut rentak tari UMNO laknatullah itu.

Di sini saya hendak ceritakan kembali satu kisah yang melucukan yang terjadi kepada Tok Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika beliau menjadi MB Terangganu pada tahun 2003. Perang rasuah di Malaysia ketika itu bagaikan perang dua darjat. Rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang dilaporkan kepada polis dan BPR (ketika itu dan kini dikenali sebagai SPRM, samalah juga), walaupun laporan dibuat dan mempunyai asas untuk menjalankan siasatan lanjut, tetapi ia tidak dijalankan kerana UMNO tidak mahu ia disiasat.Kita ambil contoh klasik, kes rasuah  Khir Toyo (kini barulah dihadap ke mahkamah atas tuduhan memalsukan dua lot tanah dan ada kepentingan sebuah banglo besar di Shah Alam) yang lain-lainnya hilang lenyap entah ke mana. Pada persepsi sebahagian besar rakyat, mereka kira perbicaraan terhadap Khir Toyo merupakan satu lakonan, begitu juga dakwaan terhadap Ling Leong Sik juga merupakan sebuah drama yang sebelum ini sudah dipentaskan, cuma yang berbeza hanya para pelakon dan pengarahnya yang bertukar, tetapi masih menggunakan skrip yang sama. Mereka berdua akhirnya akan dibebaskan dengan alasan-alasan yang biasa digunakan oleh mahkamah atau AG sendiri yang akan mengumumkannya. Berapa banyak pemimpin UMNO dan BN diselamatkan dan dibersihkan melalui kaedah penggunaan mahkamah (perundangan) yang boleh ditentukan apa kehendak UMNO.

Kedua-dua agensi terbabit (BPR dan polis) mendiamkan diri seribu bahasa tanpa mengambil sebarang tindakan. Tetapi apabila timbul dakwaan mengenai rasuah atau menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan PAS sama ada Kelantan dan Terengganu (1999-2004), kedua-dua agensi terbabit dengan pantas bertindak tanpa menunggu laporan rasmi dibuat sebagaimana laporan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Format yang serupa digunakan di Perak (sebelum ia digulingkan secara haram oleh Najib) dan kini di Selanggor.

Contoh lagi, kita lihat apa yang berlaku di Terengganu di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-11 lalu. Pada 2 – 5 Disember 2003 Dewan Undangan Negeri Terengganu mula bersidang untuk membahaskan Bajet 2004. Dalam tempoh tersebut sehingga ke tarikh 12.12.2003, isu rasuah dan peranan BPR menjadi tajuk utama di media-media di Malaysia dan menjadi perbualan hangat rakyat daripada pelbagai golongan. Begitu juga apa yang terjadi ke atas Kerajaan Kelantan, ketika di ambang PRU ke-12, media massa yang sama menjadi dajal dan iblis laknatullah bagi pihak UMNO memainkan isu AKSB sepanjang minggu dari 20 hingga 24 Ogos 2007 bagi menghuduhkan Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sama seperti mana yang mereka lakukan terhadap Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Haji Hadi. Motifnya sama. Motif politik. Bukan untuk mencari keadilan.

Isu rasuah ini mula-mula dibangkitkan oleh wakil BN ADUN Ajil, Rosol Wahid di DUN Terengganu dalam perbahasan Bajet 2004 mendakwa Yayasan Terengganu (YT)telah tidak mengikut procedure memberi tender kontrak balak bernilai RM1.5 juta di Merang, Setiu seluas 2,600 hektar kepada seorang gadis Cina berusia 26 tahun yang bekerja sebagai kerani proksi kepada seorang tauke Cina bekas pemimpin DAP peringkat negeri.  

Hari Rabu 3.12.2003 dibangkitkan di DUN, besoknya hari Khamis, 4.12.2003 disiarkan di semua akhbar-akhbar dan BPR terus membuat siasatan di Pejabat Yayasan Terengganu dan Pengarahnya menyerahkan fail-fail yang terlibat untuk siasatan. Sekali lagi BPR menjalankan siasatan susulan pada 5.12.2003 di waktu malam. Dan pada hari Isnin, 8.12.2003, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Din Adim atas arahan dan strategi Idris Jusuh membuat laporan kepada BPR. Semasa Pengarahnya bercakap (selepas laporan dibuat) kepada wartawan-wartawan akhbar yang beliau akan membuat siasatan segera di bawah Akta Anti Rasuah 1997. 
Lihat begitu cepat BPR bertindak terhadap kerajaan pimpinan PAS di Terengganu (begitu juga apa yang BPR buat di Kelantan). Tanpa berlengah-lengah berlari dengan pantas menyiasat, tetapi kalau laporan yang dibuat oleh PAS dan Pakatan yang melibatkan kepentingan UMNO dan Pemimpin UMNO, BPR dajal ini akan sunyi sepi menikus. 

Mengikut Menteri Besar, Haji Abdul ketika itu (bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco pada hari Rabu 10.12.2003) BPR bertindak tanpa menerima laporan rasmi (sebab tidak sabar-sabar untuk menunjukkan taring yang mereka bekerja kepada kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi (PM Malaysia ketika itu) yang bersih dan menentang segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Oleh itu, mereka perlu bertindak segera kerana bagi mereka kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah dan tidak akan melakukan pelbagai bentuk rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Mereka adalah wali-wali Allah di muka bumi Malaysia ini untuk memimpin rakyat Malaysia. Selagi ada matahari dan bulan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan melakukan kesalahan yang bersalah ialah pemimpin-pemimpin bukan daripada kalangan pemimpin-pemimpin UMNO tanpa perlu maklumat lanjut seperti kata Haji Hadi dalam sindiran yang tajam, berkata " BPR terjun tanpa tangga " setelah menerima arahan daripada Kuala Lumpur. Begitu bangsatnya perangai para pemimpin UMNO. 

Jadi, kalaulah Cik gu Mala duduk di tempat Azahar sekarang, Cik gu Mala akan berada dilokap polis atau dibilik siasatan SPRM. Strategi ini amat penting bagi UMNO bagi member tahu seluruh pengundi DUN Tenang bahawa Cik gu Mala tidak ada intregriti, lalai dan tidak bertanggungjawab. Kalau macam itu, Cik gu Mala tidak layak diangkat sebagai pemimpin.
(Kunjungi blog saya sebagai sokongan untuk melakukan 'perubahan' dari yang zalim kepada yang adil)"NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

 

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment