Tak hilang. Mungkin digunakan untuk membuat bio-disel. Maklumlah, teknologi hijau.
--- On Fri, 1/7/11, junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com> wrote: From: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com> Subject: Re: RG09... Bekalan Minyak Masak Mencukupi Kata Timbalan Menteri To: respeks_group@yahoogroups.com Date: Friday, January 7, 2011, 4:10 AM
Minyak masak negara ini hilang , sapa penyamunnya ? | | Isu ke mana hilangnya bekalan minyak masak di negara ini semakin meruncing dan menyusahkan rakyat . Hairan betul negara pengeluar minyak kepala sawit pun tak ada bekalan minyak masak . Selepas Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan ibu negara, krisis bekalan minyak masak kini turut dialami oleh pengguna di Melaka, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang. Bukan punca sangat pun daripada pembelian panik berikutan khabar angin harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat ini. Setakat pembelian panik ini berapa sangat . Tetapi sebenarnya punca dan dalangnya adalah dari pemborong dan sesetengah peruncit menyorokkan bekalan minyak masak ini . Tak payah lah RTM dan TV3 suruh rakyat masak makanan tak pakai minyak seperti rebus atau bakar . Itu semua ayat lapuk dah . KPDNK dan rakyat kena tahu ini semua kerja pemborong a.k.a penyamun dan tukar pi la kerajaan sekalipun , selagi ada penyamun ini sorok barang , ia akan tetap berlaku juga . Pegawai2 KPDNK pergi la ke spot check ke gudang2 pemborong ini cari balik minyak2 masak ini semua. Jangan hanya dok cari alasan saja ... Bila rakyat marah kerajaan pasal minyak masak tak ada ini , sapa yang untung ?? Anwar dan konco2 nya kini dah canang dah di ceramah2 mereka harga barang naik dan rakyat akan susah . Bila harga naik ,rakyat tentu susah dan marah kepada kerajaan ....inilah yang pembangkang nak Kita juga harus ingat siapa yang kawal harga dan siapa yang jadi pemborong ? Kalau puak2 penyokong DAP adalah orangnya ... sapa yang dapat milleage isu ini ?? Fikir-fikirkanlah ...........
Source: PEJUANG BANGSA | Pada 2011 Januari 4 16:19, royhann aiye <royhann_aiye@yahoo.com> menulis: wah klu nak beli minyak masak g kilang terus...bestlah...mmg untung byk....tp camne plak yg jadi pemborong / pembekal....ni kan selalu kroni2 diorg....
From: anis adly <anisadly@yahoo.com> To: MalaysiaNews@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk Sent: Tue, January 4, 2011 3:38:51 PM Subject: RG09... Bekalan Minyak Masak Mencukupi Kata Timbalan Menteri kalau nak lihat banyak ke tidak minyak masak, meh datang Pkg.. ada 2 kilang yg besar. felda satu, cargill satu. sime darby punya sedang di bina. kat pulau indah pown ada.. boleh beli direct dari kilang.. kalau ada kawan kat co tu lar.. From: Mohd Fazila <mfazila@gmail.com> To: MalaysiaNews@yahoogroups.com Sent: Tue, January 4, 2011 3:30:27 PM Subject: Re: [MalaysiaNews] Bekalan Minyak Masak Mencukupi Kata Timbalan Menteri Yang aku betul2 terkilan ialah statement menteri yang menyalahkan pengguna yg membeli terlalu banyak minyak masak, iskh...iskh...x wajar....aku pernah tanya satu towkey supermarket, dalam bulan disember lepas, detik2 awal isu ini mau muncul, sebab aku tiap2 minggu pergi c2, dan aku terperasan yang stok minyak masak kurang, and then aku tanya towkey 2.."apa pasal nampak stok mcm kurang", jawapan dia ' kami sudah order mcm biasa" tp yg sampai cuma 50 kilo ajew.....samaada ini taktik pembekal atau towkey tersebut....hanya allah yg mengetahui....tapi yang pasti rangkaian pengedaran sudah "menghidu" kenaikan harga ini..... 2011/1/4 anis adly <anisadly@yahoo.com> apa dah jadi?? kita pengeksport minyak masak kelapa sawit!! kita eksport ke middle east include israel / india / rusia dll. kita ada kilang terbesar felda / sime darby / ngo chew hong / dll... tetapi dalam negara boleh kekurangan. must be something wrong?
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com> To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com> Sent: Tue, January 4, 2011 2:36:46 PM Subject: [MalaysiaNews] Bekalan Minyak Masak Mencukupi Kata Timbalan Menteri PETALING JAYA, 3 Jan [4.30 pm] - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini. Timbalan Menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe (foto) berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai. Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan. "Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini. "Kabinet belum mencadangkan untuk naikkan harga, jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya. Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu. Lien Hoe berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.
[Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri KPDNKK ini bolehlah dianggap sebagai "penyedap halwa telinga" semata-mata. Kenapa Menteri yang berkenaan iaitu Si Ismail Sabri (foto), tidak mahu keluarkan kenyataan seperti ini lagi. Mungkin dek kerana beliau malu dengan janji kerajaan untuk tidak naikkan harga minyak petrol RON97 hingga hujung tahun lalu. Namun, hakikatnya selepas sebulan kenyataan tersebut ia dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Semua ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN tidak mampu "mendahulukan rakyat" dalam hal ehwal kebajikan seperti ini. Menariknya, bukan sahaja rakyat yang membangkang marah dengan senario ini malah ia turut melibatkan penyokong UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Mereka kecewa dengan masalah bekalan minyak masak yang kini "nazak" di mana-mana. Apakah fenomena ini akan menyamai masalah kekurangan gula yang dihadapi oleh rakyat hingga menyebabkan harga barangan itu dinaikkan akhirnya. Kini, satu lagi insiden yang sama pasti akan berlaku menjelangnya pilihanraya kecil DUN Tenang dan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Apa yang pasti, puak UMNO kena terima hakikat bahawa BN itu ialah "barang naik". Maka usahlah mengeluh dan salahkan diri sendiri kerana silap membuat pilihan sebelum ini. Semoga isu ini akan menyebabkan mereka juga sedar dengan kesilapan lalu dan menolak UMNO BN dalam pilihan raya umum akan datang].
-- Regards, Mohd Fazila Ahmad miny
|
No comments:
Post a Comment