Monday, January 17, 2011

Re: RG09... INFO - Harga minyak diramal cecah AS$100 setong

 

Haaaaaaa ada harapan la kita rakyat Malaysia nak merasa minyak naik
lagi ......... semoga murah rezeki pemimpin yang ada ..... boleh bini-bini
menteri melingkop pi luar negara pulak ..... tapi orang Malaysia tak kisah
sebab minyak berlambak di Malaysia ...dari darat sampai dalam laut , atas
pokok pun ada minyak ............ minyak naik Malaysia pun kaya
juga ....tapi Rakyattttt jugaaaa yang papa kedana ..!


\\\\////
/ \
I \\ // I
( (.) (.) )
- -o00o- - (_)- -o00o- - - - -^^^^
Thank and best regards
Othman Mat ALi
Manufacturing Department
- - - -ooo0- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
( ) 0ooo
\ ( ( )
\_ ) ) /
(_ /



From: "junior.rizz junior.r" <junior.rizz@gmail.com>

To: Idaman_Group <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>, respeks_group
<respeks_group@yahoogroups.com>

Date: 01/18/2011 10:44 AM

Subject: RG09... INFO - Harga minyak diramal cecah AS$100 setong

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com









Harga minyak diramal cecah AS$100 setong


SINGAPURA 17 Jan. - Harga minyak yang diramal melonjak sehingga AS$100
(RM305) setong menyaksikan komoditi emas hitam itu didagangkan
bercampur-campur di Asia, kata para penganalisis.


Bagi penghantaran minyak berkualiti tinggi, untuk hantaran Februari naik 36
sen (RM1.06) kepada AS$91.18 (RM278.099) setong manakala Brent North Sea
untuk Mac dua sen lebih tinggi kepada AS$98.40 (RM300.12).


Kenaikan harga komoditi itu dalam tempoh dua minggu disebabkan oleh
keyakinan terhadap pemulihan ekonomi dan minat yang tinggi para pelabur,
kata penganalisis itu.


''Minyak mentah hadapan semakin menghampiri AS$100 dan pedagang spekulatif
telah meningkatkan pasaran,'' kata penganalisis tenaga Purvin dan Gertz,
Victor Shum.


Menurut beliau, banyak pelabur sedang bertaruh tentang pemulihan ekonomi
global, disebabkan itu harga minyak semakin meningkat.


Bagaimanapun, kenaikan harga minyak global didakwa disebabkan salji tebal
yang melanda Eropah dan sebahagian Amerika Selatan, termasuk pertumbuhan di
China dan negara-negara membangun lain.


Harga minyak mentah buat pertama kali mencecah AS$100 pada Januari 2008 dan
Iran yang merupakan pengeluar minyak utama menyifatkan kenaikan itu akan
berlaku lagi.


''Harga AS$100 bukan realistik dalam situasi semasa,'' kata Menteri
Minyaknya, Masoud Mirkazemi, yang kini menerajui kartel Pertubuhan Negara
Pengeluar Minyak (OPEC).


Malah, katanya, sekiranya harga minyak melepasi AS$100 setong, OPEC masih
tidak perlu mengadakan mesyuarat kecemasan.


''Beberapa ahli OPEC percaya tidak perlu mengadakan mesyuarat berkenaan
meskipun harga minyak mencecah AS$110 (RM335) atau AS$120 (RM366) setong.


Iran adalah adalah pengeksport minyak mentah kedua terbesar dan memiliki
rizab gas terbesar di dunia.


OPEC mengeluarkan 40 peratus minyak mentah. - AFP.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment