Thursday, January 27, 2011

Re: RG09... INFO - Lawatan kak mah ditaja kerajaan Oman

 

emmmm ......macam mana nak cakap agar bahasa yang keluar tidak menguris hati semua insan....walau terkadang rasa macam nak cakap satu perkataan yang bukan saja mengaibkan orang lain malahan akan aib diri sendiri.....Just that janganlah diwar warkan agar beliau bertanding kerana amat tercalar rasanya kehadiran beliau masa kini........penat ma nak layan ini pompuan kesianlah orang orang  bawahan dia...

--- On Thu, 1/27/11, Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com> wrote:

From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... INFO - Lawatan kak mah ditaja kerajaan Oman
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, January 27, 2011, 10:17 AM

 

tak tau lah nok wat camno...lo ni  isteri Pm lebih aktif dari menteri2 di Msia ni...dan lagi pon kito ni kan ketandusan menteri wanita..so isteri Pm lah keno ambik alih...rasa nya elok kalo isteri PM tu masuk calon bertanding...pasti dio tak kalah yo deh...
buleh dio jadi Timb. PM ...amace...


From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, January 26, 2011 16:21:48
Subject: Re: RG09... INFO - Lawatan kak mah ditaja kerajaan Oman

 

kalau ye pun merasmikan PLKN tu, jgnla citer pasal hal2 politik. heran aku dgn org2 politik ni. bila merasmikan masjid ke, dewan ke, sekolah ke, ucapan mesti diselitkan dgn hal2 politik. takkan la rasmi sekolah rendah citer hal politik. kalo nk citer pasal politik atau mcm pasal belanja hotel ni contohnya, buat la satu sidang media. white house pun buat sidang media kalo nk terangkan apa2 hal(ni yg aku tgk dlm tv aje, sbb aku x penah keluar dari bumi malaysia ni. kalo salah betulkan). ini kat perasmian PLKN lak..camne la agaknya perasaan peserta di perasmian PLKN ni agaknya....
 
JO 9 D



From: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>
To: Idaman_Group <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wed, January 26, 2011 10:43:37 AM
Subject: RG09... INFO - Lawatan kak mah ditaja kerajaan Oman

 

Lawatan Rosmah ditaja kerajaan Oman

PUTRAJAYA 25 Jan. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan, lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit.

Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana.

''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya.

''Semuanya (kos perbelanjaan dan penginapan) ditanggung oleh Oman, jadi pihak di sebelah sana (pembangkang) yang tuduh macam-macam... berdosalah dia, berdosa," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran 'Program Latihan Khidmat Negara Pemangkin Generasi 1Malaysia' di sini hari ini.

Rosmah mengulas kritikan yang dilemparkan ke atasnya kerana mengetuai lawatan rasmi ke seberang laut dengan menuduhnya menyalahgunakan wang kerajaan.

Dalam lawatannya itu, Timbalan Perdana Menteri Oman turut menyatakan bahawa negara Islam di Timur Tengah memandang tinggi terhadap Malaysia.

''Kalau negara lain memandang tinggi, kenapa orang dalam negara tidak merasa bersyukur bahawa kita ini merupakan penduduk di dalamnya.

''Negara ini merupakan negara yang majmuk dan negara Islam yang betul-betul mempraktikkan ajaran Islam, moderate dan menerima semua yang duduk di negara ini," katanya.

Menurut beliau, pembangkang suatu ketika pernah menyelar pihak kerajaan kerana membangunkan Putrajaya tetapi sekarang mahu merampas lokasi yang menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

''Dulu dia (pembangkang) tidak suka Putrajaya, kata macam-macam... sekarang dia pula yang nak (rampas Putrajaya)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai lawatannya itu, Rosmah berkata, beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.


 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment