Wednesday, January 26, 2011

Re: RG09... Wajah hitam kacang soya

 

Salam,


Saje nak kongsi pengalaman...

Pengalaman Pertama:
anak abang saya dr dalam perut mak dia selalu minum air soya..bila baby lahir pn bg susu tepung yang berasaskan soya..anak dia jd lambat berjalan & lambat bercakap..skang umur nak masuk 4 tahun pn bercakap pelat mcm budak 2 tahun..x berapa nak paham butir dia...dulu ms mula2 lahir lg saya dah pesan, minum soya byk sgt pn x bagus..tp akak ipar ckap mak dia yg suruh..so saya diam jer..so bl anak dia dah setahun lebih msh xleh berjalan, pas doktor ckp anak dia tulang x kuat sbb kurang kalsium br dia nak tukar kepada susu lembu..pas tukar susu baru tulang jd kuat ckit & boleh berjalan...

Pengalaman Kedua:
Biras saya, isteri kepada abg husband saya. Dr awal mengandung dia start minum jus kurma. Sampai baby dah lahir pun dia campurkan jus kurma dalam susu anak dia. Alhamdulillah, ms nak bersalin dia kata mudah sgt bersalin & baby dia pn mmg bijak sgt..umur 6 bulan lbh dah pandai berjalan...pastu dah pandai cakap ALLAHUAKHBAR & YA ALLAH dengan jelas..xpelat langsung..sekarang umur br 2 tahun lebih bercakap macam budak dah 5 tahun..langsung xpelat..sampaikan abg ipar saya nak hantar dia ke sekolah tahun nie, sbb lupa dia br nak msk 3 tahun...dia punya cerdik sampai kita xperasan budak tu lum 3 tahun pn lg..bercakap dah mcm orang dewasa..dia pulak pandai mengajar abang dia..kalau blk kg siap pesan kt abg " Nnt balik kg jumpa nenek ngan atuk jangan lupa salam tau..!!" hehehe..pandai bebenor...klu org pmpn xpakai tudung pn dia marah..dia siap cakap dosa tau xpakai tudung..mama dia dalam umh pn dia suh pakai tudung..tp dia mmg suka pakai tudung..sampai kena ajar, org lelaki  kena pakai songkok, pompuan pakai tudung..klu lelaki pakai tudung berdosa, sbb mcm pmpn..tp klu pmpn xpki tudung dosa sbb x tutup aurat...alhamdulillah..sampai sekarang dia ingat...tu yg dia suka tegur klu org x pki tudung..kadang2 smpai malu mama dia bl budak tue sound org yg pakai tudung...hehehe...

So dari 2 pengalaman yg saya perhatikan, baik kita ikut sunnah yang nabi dah suruh..bukti dah nampak dengan jelas. Insyaallah, klu ada rezeki sy mengandung, sy pun nak amalkan minum jus kurma gak..mudah2an anak2 saya pun bijak macam tu jugak..AMIN...


From: Jana R <jreich_e1@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 24 January 2011 13:16:48
Subject: Re: RG09... Wajah hitam kacang soya

 

tipu....semua kejadian Tuhan ada kebaikan.cuma jangan berlebihan sudahh....
kalo minum air kacang soya berlebihan,terlebih protein dalam badan,terlebih asid urik...bleh sebabkan gout.so,berpada2 la kalo nak makan/minum....sekiannnnn....:)




--- On Mon, 24/1/11, sitisifir10@gmail.com <sitisifir10@gmail.com> wrote:

From: sitisifir10@gmail.com <sitisifir10@gmail.com>
Subject: Re: RG09... Wajah hitam kacang soya
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, 24 January, 2011, 11:51 AM

 


Setau saya soya boleh dimakan jika melalui proses penapaian..maksudnya dah jadi tempe mcm org jawa sll makan tu xapa..

Saya pernah ambil soya setiap hari 1 liter dalam pantang anak ke 5 haritu, semua sendi jari tangan saya sakit2 sampai susah lena. Saya perasan ia berpunca dr soya sbb terbaca jurnal ttg soya juga lbh kurang artikel di bawah.

Slps tu, saya cuba berhenti amik soya dan alhamdulillah memang dah tak sakit lg.. Masa tu saya amik soya kononnya nak tambahkan susu badan..slps tu semua ahli keluarga kami b'henti minum air soya..kecuali tempe tak mengapa

http://sitisifir10.blogspot.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: irwandi ibrahim <rahultina@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 23 Jan 2011 17:36:37 -0800 (PST)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Wajah hitam kacang soya

 

KAJIAN TU SAPA YG BUAT? DARI MANA?
ORG JAWA DAH LAMA AMALKAN KACANG SOYA...DAH JADI MAKANAN RUJI @ HARIAN


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 21 January 2011 22:33:11
Subject: RG09... Pandainya Barat : Wajah hitam kacnag soya



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

 

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. 

 

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

 

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

 

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

 

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

 

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

 

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

 

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

 

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

 

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

 

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

 

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

 

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

 

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

 

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

 

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

 

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

 

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

 

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

 

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

 

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

 

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

 

 

Oleh itu jom bersama susu kambing. susu kegemaran para rasul dan ingat hampir kesemua para rasul adalah pengembala kambing... renung2kan... ada apa pada kambing.!!! Huhuhu...

 

Jemput ke : Halawah shop :

Klik : http://www.facebook.com/abi.umar#!/home.php?sk=group_163972536972541&ap=1

 

Wallahu a’lam

 

Ustaz Hashim Al-Maranji

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




http://mail.yimg.com/a/a/stationery/static/liam_party_bottomright.jpg




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment