Akidah yang bebas dari penjajahan pemikiran
Sesungguhnya penyelesaian asing yang mengongkong umat Islam untuk menyelesaikan masalah politik, ekonomi, pendidikan, tarbiyah dan juga perhubungan melalui fahaman atau ideologi yang berbeza dan pendapat yang berlainan adalah hasil daripada pemikiran sekular yang dianjurkan oleh penjajah. Ia telah meracuni pemikiran umat Islam melalui serangan pemikiran. Ini adalah sebahagian dari perangcangan musuh-musuh Islam dalam usaha menguasai bumi dan umat kita. Kemerdekaan yang dikecapi serta dinikmati oleh Negara umat Islam pada hari ini sebenarnya tidak mencukupi. Keluarnya mereka dari Negara kita tidak memberikan kebebasan sebenar. Kebebasan yang sebenar ialah bebas dari segi serangan pemikiran yang menyentuh akidah, syariat dan juga undang-undang.
Kita wajib membebaskan diri kita dari pemikiran sekular agar kita dapat kembali kepada agama yang sempurna, begitu juga akidah yang bebas dari syirik sama ada dalam perkara ibadah, syariat dan juga akhlak. Ini menjadikan agama itu hanya untuk Allah subhanahu wataala sahaja dan segala bentuk amalan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam yang lengkap lagi syumul. Firman Allah subhanahu wataala yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam ini secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu". (al-Baqarah : 208)
Sesungguhnya pertukaran dari syariat Islam yang dinaskan dalam al-quran dan sunnah Rasulullah kepada fahaman-fahaman, peraturan serta undang-undang yang asing adalah merupakan syirik yang boleh merosakkan akhidah. Oleh itu, awal-awal lagi kita keluar daripadanya dan kembali kepada Islam. Firman Allah subhanahu wataal yang bermaksud :
"Adakah bagi mereka ada sekutu-sekutu lain yang boleh membuat syariat dalam perkara agama yang tidak diizinkan oleh Allah Taala". ( asy-Syura : 21)
Sesungguhnya perkara ini telah menyentuh kuasa kehakiman Allah subhanahu wataala yang merupakan perkara tauhid yang diseru oleh seluruh para nabi dan rasul alaihissalam. Nabi sallallahu alaihi wasallam telah berjuang untuk membebaskan akidah penduduk Mekah daripada syirik yang dipertahankan oleh penduduk Mekah sendiri. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menghadapi mereka sebelum menghadapi dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom.
Syirik pula tidak terhad kepada menyembah patung-patung dan juga berhala-berhala sahaja, sebagaimana yang difahami oleh segelintir masyarakat sekarang, tetapi ianya termasuk dalam tatacara dan peraturan kehidupan sebagaimana yang dijelaskan kepada kita oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Cukuplah sekadar kerajaan sekular yang mengelirukan umat Islam dengan istilah perlembagaan yang penuh kekeliruan dan tipu daya. Mereka meletakkan Islam itu adalah agama rasmi dalam perlembagaan sedangkan kata-kata mereka itu hanyalah kata-kata yang benar tetapi berniatkan kebatilan.
Pihak penjajah telah menjadikan Islam itu sebagai agama yang diperintahkan mengikut kehendak, selera dan kemahuan mereka. Mereka mendirikan Kementerian Wakaf dan pejabat yang mengendalikan urusan agama pada masa itu, hanya untuk mengurung Islam di dalam satu kandang sahaja. Mereka menjadikan institusi agama ini berperanan untuk menyiasat masjid-masjid, para khatib-khatib, sekolah-sekolah agama serta ulamanya agar dapat menghalang kewujudan Islam dalam sistem kerajaan dan pentadbirannya. Bahkan ini merupakan satu jenayah kepada Islam dan umatnya. Jenayah yang lebih besar adalah kepada Allah sebhanahu wataala jika kita masih kekal berada di atas prinsip yang menyesatkan itu.
Oleh itu, kita mestilah membebaskan umat Islam ini daripada penjajahan yang masih wujud dalam dunia Islam, dan menyalahi politik globalisasi Amerika yang mahu meneruskan dasar yang menyeleweng ini mengikut acuan sesat dan slogan pembaharuan demokrasi.
http://seutastasbih.blogspot.com/2010/12/akidah-yang-bebas-dari-penjajahan.html
--
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
No comments:
Post a Comment