Tuesday, January 11, 2011

RG09... AYUH NAJIB, SAHUT CABARAN ANWAR!

AYUH NAJIB, SAHUT CABARAN ANWAR!


Written by Admin   
Wednesday, 12 January 2011 00:07

Oleh: IBN ABDULLAH

JANJI 100 hari Pakatan Rakyat jika diberi mandat menguasai Putrajaya terus dipersenda oleh pemimpin UMNO/BN, termasuk Najib yang mengepalai senarai pemimpin UMNO/BN yang memperkecilkan kesungguhan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membawa pelbagai perubahan dalam tempoh 100 hari selepas memenangi PRU ke 13 nanti.

Sebenarnya apa yang dijanjikan oleh PR semuanya berpijak di bumi nyata. Lengkap dengan angka dan fakta. Sementara penolakan Najib dan Zahid Hamidi secara semberono lebih kepada kegusaran dan sikap gelabah mereka yang dibayangi penolakan rakyat menjelang PRU ke 13 nanti.

Justeru, Najib secara tidak professional hanya mampu berhujjah bahawa Malaysia akan jadi satu lagi 'Greece' dengan apa yang beliau sifatkan sebagai pendekatan ala populis janji 100 hari Pakatan Rakyat ini.

Nah! Anwar sudah pun menjelaskan segala-galanya melalui sidang media yang dibuat beliau yang turut disiarkan oleh YouTube, boleh diakses oleh ratusan juta manusia di planet ini, melontarkan cabaran kepada Najib supaya diadakan debat terbuka dengan rakyat menjadi hakimnya.

"Ayuh Najib, ayuh pencacai-pencacai UMNO/BN, kalau kamu anak jantan, sahut cabaran Anwar ini!! Buktikan hujjah kamu bahawa apa yang dijanjikan oleh PR ini akan menjurus kepada sebuah lagi Greece!"

Ayuh, bersikap gentlemanlah dan tunjukkan kebijaksanaan kamu dengan memberi fakta-fakta yang boleh meyakin dan mempengaruhi rakyat negara ini bahawa kamu sebenarnya adalah pemegang amanah rakyat dan negara.

Jangan hanya berani berkokok di belakang media, tapi takut berhadapan secara bersemuka dengan Anwar. Sekurang-kurangnya Datuk Ahmad Shaberi Chik sudah membuktikan sikap 'anak jantan'nya dengan berhadapan dengan Anwar yang akhirnya kecundang dan tenggelam dengan hujjah dan fakta yang diluahkan Anwar.

--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment