Mahmood berang penyamar guna namanya
PUTRAJAYA 12 Jan. - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam hari ini membuat laporan polis berhubung kegiatan penipuan berkaitan penganjuran majlis makan malam yang menggunakan nama beliau.
Menurutnya, seorang individu yang menyamar sebagai dirinya telah meminta agensi-agensi pekerja asing menaja meja bagi satu jamuan makan malam pada harga antara RM15,000 hingga RM30,000.
Sehubungan itu, kata Mahmood, satu laporan polis telah dibuat pada pukul 7 pagi ini melalui seorang pegawai kanannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
"Saya difahamkan sudah ada tangkapan dibuat oleh pihak polis di Johor dan saya ingin menasihatkan mereka yang telah menjadi mangsa kepada kegiatan penipuan ini agar melaporkan kepada polis serta-merta.
"Saya ingin menegaskan bahawa kementerian ini tidak pernah menganjurkan sebarang majlis makan malam seperti yang dinyatakan," katanya ketika dihubungi.
November lalu, enam individu termasuk tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang sebanyak RM660,000.
Wang tersebut dikutip daripada individu dan syarikat bagi menganjurkan satu program yang dinamakan 'Majlis Mesra JPJ Negeri Sembilan' pada 2 Oktober lalu. Namun majlis tersebut didapati tidak diadakan langsung.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment