Wednesday, January 12, 2011

RG09... INFO - Tahniah!!! khir toyo memulangkan darjah kebesaran

 

    DARJAH kebesaran S.P.M.S.
 
 
 

Khir Toyo pulangkan sementara pingat Datuk Seri

SHAH ALAM 12 Jan. - Bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo telah memulangkan pingat darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri buat sementara waktu.

Menurut beliau, langkah itu bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan mahkamah yang dihadapinya sekarang.

Katanya, Dewan Diraja Selangor hari ini telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

"Pada pertengahan Disember lalu saya telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran SPMS yang membawa gelaran Datuk Seri.

"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa.

"Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," kata beliau dalam laman blognya, drkhir.com hari ini.

Justeru, Dr. Mohamad Khir meminta semua pihak dan penganjur program menggugurkan nama Datuk Seri pada pangkal namanya.

Laporan akhbar pada 7 Januari lalu menyebut, kes Dr. Mohamad Khir, 45, yang didakwa memperoleh hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat Ditamas Sdn. Bhd. akan dibicara di Mahkamah Tinggi di sini selama tiga minggu mulai 6 Jun ini.

Pada 6 Disember tahun lalu, beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Datuk Shamsuddin Hayroni, 52.

Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Shamsuddin pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada tarikh dan tempat sama mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment