Wednesday, January 5, 2011

답장: RG09... 'Masalah SUK berpunca daripada Khir Toyo'

 

heran aku. kenapa akbar perdana tempatan tak de pula tulis tajuk tentang perlucutan kuasa sultan. kalau tak nak letak muka depan. letak sekali dengan nombor ekor pun dah kira ok laa


보낸 사람: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
참조: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>; Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
보낸 시간: 2011년 1월 5일 (수), 3:28:20 AM
제목: Re: RG09... 'Masalah SUK berpunca daripada Khir Toyo'

 

korek punya korek...last last terkena batang hidung sindri!!
baca bold-tahun 1993, siapa yg punya angkara melucutkan Kuasa RAJA!

kini-pakatan akan berusaha mengembalikan Kuasa RAJA, mari kita bersatu di bawah panji pakatan!!


DUN Tergempar Bagi Kembalikan Kuasa Sultan

Dari Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari "jalan penyelesaian yang terbaik".
"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.



On 1/4/2011 2:54 PM, junior.rizz junior.r wrote:
 

jwapan yg selalu kita dengar- tunding jari kat org lain!! tak mengaku silap sendiri.

Sultan ada kuasa eksekutif

SHAH ALAM 3 Jan. – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

''Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

''Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

''Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Utusan Malaysia difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

''Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa," katanya.
 

Tindakan Khalid langgar peruntukan undang-undang negeri

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melarang Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi daripada menghadiri mesyuarat serta Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat sebagai melanggar peruntukan undang-undang negeri.

Pengamal undang-undang, Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, tindakan Abdul Khalid itu boleh dianggap sebagai ultra vires iaitu melampaui batasan undang-undang kerajaan negeri.

Katanya, Mohammed Khusrin boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau masih dihalang daripada menghadiri sebarang mesyuarat serta Sidang DUN walaupun telah mengangkat sumpah di hadapan sultan.

''Mengikut Fasal 53 perlembagaan, SUK boleh menghadiri sebarang mesyuarat dan Sidang DUN selepas mengangkat sumpah di hadapan sultan.

''Tetapi sekiranya Mohammed Khusrin telah mengangkat sumpah di hadapan sultan dan masih dilarang daripada menyertai sebarang Sidang DUN, maka beliau boleh membawa perkara ini ke mahkamah,'' katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas kemelut pelantikan Mohammed Khusrin dan kenyataan Abdul Khalid yang melarang Mohammed Khusrin daripada mengambil bahagian dalam sebarang Sidang DUN selepas ini.

Berhubung tindakan Abdul Khalid untuk mengadakan Sidang DUN tergempar bagi meminda perlembagaan negeri dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif baru, Mohd. Hafarizam berkata, Menteri Besar Selangor itu sememangnya berkuasa untuk melakukannya.

Bagaimanapun, tegasnya, keputusan untuk mengadakannya perlu mendapat perkenan daripada sultan terlebih dahulu.

''Sekiranya sultan membenarkannya, maka sidang tergempar itu boleh dilaksanakan begitu juga sebaliknya,'' jelas beliau.



Pada 2011 Januari 3 17:14, roslan mohd <mohroslan@gmail.com> menulis:
 

'Masalah SUK berpunca daripada Khir Toyo'
Jan 3, 11 11:11am
Tindakan menteri besar Selangor yang terdahulu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa sebagai 'punca' masalah dalam pelantikan jawatan setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim berkata, tindakan "melanggar perlembagaan" itu berlaku apabila Dr Mohd Khir membiarkan dirinya dibelakangi dalam urusan pelantikan SUK terdahulu.

faekah husin"Beliau telah mengizinkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai SUK tanpa berunding dengan menteri besar seperti yang disyaratkan perlembagaan.

"Beliau telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila

"KSN melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan menteri besar," kata Faekah Husin (kiri).

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah juga menyelar KSN yang didakwa mengabaikan kebijaksaan dengan melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan dan kredibiliti, serta tanpa berunding dengan menteri besar.

"Umno/BN telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda perlembagaan negara pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik istana untuk meneruskan agenda politik jahat," kata Faekah.

faekah husin
                          selangor khir toyo 020810Beliau menegaskan sekali lagi, menteri besar membentuk jawatankuasa pemilihannya sendiri sebelum ini bagi memilih pegawai kerajaan yang berkelayakan supaya mereka dapat "bertindak secara tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana, kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi".

"Hanya kerana kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan sekarang perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan," katanya.


--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.


 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment