Saturday, January 29, 2011

RG09... Mustahil PAS boleh menang di Dun Tenang

Mustahil PAS boleh menang di Dun Tenang
Posted on Friday, January 28 @ 02:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: mirputra

"Kurang 24jam dari sekarang proses pengundian PRK Tenang akan bermula..Selepas penamaan calon hinggalah kepada hari2 terakhir agak susah untuk calon PAS menang dan merampas kerusi Dun Tenang..Kawasan bandar yang mana jumlah pengundi dari kaum cina PAS boleh menang..manakala untuk kawasan kampung/felda yang mana majoriti dari kaum melayu PAS agak susah untuk menang..ini kerana Johor adalah kubu kuat UMNO.

Kalau kita masuk kekawasan melayu boleh dikatakan setiap rumah ada satu bendera UMNO..Walaupun dari awal lagi PAS sendiri mengaku untuk menang memang susah.Ini kerana PAS bertanding setiap kali pilihanraya bukan semata mata untuk menang..yang penting dakwah..kalau kita mengambil kira diawal 70an dan 80an setiap kali PAS bertanding diJohor,semua calon PAS akan hilang wang pertaruhan..Dengan semangat dan dakwah yang tinggi PAS tidak pernah serik atau mengalah..Hanya dengan kuasa Allah dihari terakhir kempen kemungkinan sebaliknya boleh berlaku..

Untuk menang agak susah..kalau calon PAS kalah dengan majoriti bawah 2 ribu undi..boleh dikatakan  PAS menang iaitu dapat mengurangkan majoriti calon UMNO..kalau PAS kalah dengan majoriti bawah 1 ribu undi sudah pasti pada PRU13 nanti kerusi Dun Tenang pasti akan bertukar tangan..Lagi banyak PRK pada tahun ini yang memihak pada UMNO/BN lagi cepatlah Najib akan bubar parlimen.


.Apa pun kita tunggu PRU13 nanti samada untuk kekalkan kerajaan yang ada atau kita tukar kerajaan baru..mana tau kerajaan baru lebih baik dari kerajaan yang sedia ada..Kuasa ditangan kita..tepuk dada tanya selera..Buat pengundi2 diDun Tenang selamat mengundi dan gunakan hak anda sebaik2nya tanpa ada perasaan takut ingat satu undi anda boleh merubah segala2nya..

"
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment