Wednesday, June 22, 2011

RG2011... Ambil Tindakan Undang-Undang Serta 'Perintah Injunksi'

 


Pakatan Rakyat Ambil Tindakan Undang-Undang Serta 'Perintah Injunksi'
 
selatanonline
 
 
GOMBAK 5 Jun - Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13.

Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini. Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu. Usul itu menekankan bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutama kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi. Malah usul itu juga berkata, pengeluaran kad-kad pengenalan bukan satu rahsia bagi dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui "projek IC" pada 1980 dan 1990 bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah ketika itu.

"Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil 'unholly alliance' antara Umno-BN dengan JPN, yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa," kata usul itu.Usul itu juga mendakwa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Usul itu juga mendakwa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara tersebut. Sehubungan itu, usul tersebut mendesak supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan bagi menyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada ramai warga asing.

[Usul itu juga mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga JPN khususnya mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak 10 tahun kebelakangan ini mengikut negeri. "Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku," katanya lagi. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS pusat menuntut agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini dilihat berleluasa. Sebenarnya di Pahang, isu yang sama juga dilihat semakin rancak dijalankan. Ramai warga Kemboja dan Mynamar mendapat kad pengenalan dan dihantar ke kawasan parlimen kritikal sebagai pengundi. Malah, isu ini sememangnya sudah diketahui banyak terlibat di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM Najib itu sendiri]. tvsnew/Pahangdaily

Posted by ahmadi
 
 
 

PKR desak timbalan presiden SPR undur jika gagal bukti daftar pemilih bersih

themalaysianinsider

SHAH ALAM, 19 Jun — PKR menggesa timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu.

Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu.

Sambil menjadikan contoh di bahagian Parlimen Gombak diwakilinya, timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata SPR perlu membuktikan dakwaan dibuat beliau hari ini adalah tidak benar.

Dalam kenyataannya hari ini, Azmin (gambar) berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate dekat sini mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

"Emak saya tinggal seorang diri sejak ayah saya meninggal dunia pada 1999. Sekarang saya ada (lima) adik-beradik Cina (pengundi kalangan kaum Cina) di rumah emak saya," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 di sini hari ini.

Azmin berkata beliau membangkitkan perkara tersebut ekoran kenyataan Wan Ahmad semalam yang mendakwanya tidak bercakap benar dalam isu daftar pemilih.

Minggu lalu, Azmin mendakwa banyak nama pemilih berdaftar tidak disertakan dengan alamat lengkap oleh SPR.

"Ketua Umno di SPR, Wan Ahmad... pada petang ini, saya ingin mengajak warga media untuk melihat daftar pemilih induk 2010 yang diwartakan 13 Mei 2011... daftar pemilih ini ialah paling kotor dalam sejarah.

"(Kepada) Wan Ahmad, saya bagi dia 48 jam jawab atau letak jawatan sebagai timbalan pengerusi SPR... turun ke Kampung Klang Gate... mana pemilih Cina dan India menetap di situ," kata beliau sambil berkata, ia merupakan penempatan orang Melayu.

"Ketiga, Kampung Klang Gate merupakan kampung tradisional Melayu... 100 peratus Melayu dan rumah Melayu dan tiada bangunan tinggi tetap dalam daftar pemilih," kata pengarah pilihan raya PKR ini.

"Kita akan turun jalan raya 9 Julai. Keadilan juga akan memantau secara dekat aduan kewujudan operasi keluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk kepentingan Umno dan BN.

"Konvensyen ini menuntut pilihan raya adil dan bersih daripada kerajaan persekutuan...  konvensyen ini angkat agenda keterbukaan, apakah pendirian, gerak kerja, pendekatan, jenama, kekuatan supaya kita dapat kemuka kepada rakyat untuk menilai prestasi dan keupayaan PKR sebagai gerakan rakyat bernama keadilan," katanya.

Azmin juga berkata pihaknya akan melancarkan jentera pilihan nasional PKR minggu depan.

Malah Azmin memberitahu kawasan penempatan Kampung Klang Gate tiada bangunan tinggi tetapi pemilih didaftarkan menggunakan "alamat pangsapuri atau kondominium."

Beliau turut mengedarkan salinan daftar pemilih bertarikh 19 Mei 2011 kepada media ketika sidang media kemudian.

Antara nama yang didaftarkan menggunakan alamat rumah 1E iaitu rumah ibu Azmin ialah ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.

"Ada nama yang didaftarkan menggunakan pangsapuri, sebagai contoh di rumah beralamat Blok 22-5-14," katanya.

Ketika ditanya sama ada aduan ini dibuat kepada SPR baru-baru ini, Azmin berkata, perkara tersebut sudah dibangkitkan lima tahun lalu, tetapi masih kekal sehingga kini.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment