Wednesday, June 22, 2011

RG2011... Games Yang Menghina Islam

Games Yang Menghina Islam 2 .....
Posted on Tuesday, June 21 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Info         Semasa Oleh: miramny68

"
Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud "The Illuminated!"

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Zoom pada pintu tersebut.

Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas?

Kalau nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madinah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Di harap semua umat islam menjauhkan dari permainan video ini dan permainan video-video yang lainnya kerana ini boleh melekakan umat Islam. Ternyata musuh islam cuba memerangi Umat islam dari segenap sudut."
===================================================

Games Yang Menghina Islam 1 .. apa komen anda?
Posted on Tuesday, June 21 @ 07:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Info         Semasa Oleh: miramny68

"Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Hassan Mahmud Al-Hafiz

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.



Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment