Tuesday, June 14, 2011

RG2011... artikel: ASTORA JABAT PENDUSTA AGAMA (Pt 3 - last)

 

3)      Mengatakan Nabi s.a.w. menyebat Khawlah dan pasangannya sehingga terjelir lidah.

 

Ini adalah satu lagi pendustaan Astora ke atas Nabi s.a.w. Ingatlah hadis sahih mutawatir yang masyhur itu wahai Astora, yang membawa maksud, "Sesiapa yang berdusta atas nama aku secara sengaja maka tersedialah tempat duduknya di dalam neraka"(muttafaqun 'alayhi).

 

Tuduhan Nabi s.a.w. menghukum sebat 80 kali ke atas Khawlah dan pasangannya telah disebutkan oleh Astora dalam Bicara Agama 22 Ogos 1999. Riwayat sahih yang sebenarnya berlaku telah disentuh dalam bukti pendustaan Astora yang pertama di atas, maka tidak
perlulah diulangi lagi di sini.

 

4)      Membuat kesimpulan pendapat bahawa seorang saksi boleh mensabitkan hukuman hudud zina.

 

"Kaedah persaksian seorang saksi ini juga dapat dilaksanakan dalam semua kes seperti persaksian seorang saksi dengan angkat sumpah", kata Astora Jabat dalam Bicara Agama 29 Ogos 1999, berdasarkan fahaman serongnya daripada kitab I‟laam al-Muwaqqi‟in oleh Ibnul Qayyim (bukan „Alam al-Muwaqqi‟in, seperti yang Astora selalu sebut secara salah di setiap tempat– akan dibahaskan dalam artikel bertajuk Astora Dangkal Dalam B. Arab nanti).

 

Sebelum membuat fatwa, seseorang yang berkeahlian hendaklah memastikan dahulu, adakah
wujud atau tidak nas (al-Quran atau hadis sahih) dalam perkara yang akan difatwakan. Jika
sudah ada nas yang terang lagi jelas, maka haram memberi fatwa yang lain daripada
kehendak nas tadi, kerana ia bermakna melanggar titah perintah Allah. Tapi Astora tidak
pastikan dahulu, sebab itu dia silap dan salah besar. Bila bertemu satu kitab yang pada
sangkaannya menjadi hujah untuknya, maka dia naiksyok dan seronok habis kerana dengan
kitab itu disangkanya dia dapat menjunamkan para ulama (politik pada anggapannya)
seperti Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dato‟ Nik Aziz, Dato‟ Fadzil Noor, Ustaz Hadi Awang dan Dato' Dr. Harun Din yang tetap mengatakan pertuduhan zina hanya sabit dengan empat saksi yang adil.

 

Astora silap, salah dan bohong besar bila mengatakan tuduhan zina boleh disabitkan walaudengan satu saksi jika saksi itu bersumpah. Kerana Astora telah mengetepikan ayatqazaf(Surah al-Nur: 4) yang bermaksud, "Dan orang-orang yang melemparkan (tuduhan zina) terhadap orang-orang yang baik-baik, kemudian gagal membawa empat saksi (adil), maka sebatlah mereka (yang menuduh) sebanyak 80 sebatan, dan janganlah kamu terima lagi persaksiannya untuk selama-lamanya, dan mereka itu adalah orang-orang yang fasiq" Apakah maksud ayat ini tidak jelas lagi bagi Astora? Atau dia seorang ilmuan picisan yang cuai? Atau memang perangainya suka menyembunyikan fakta dan kebenaran dari Allah?

 

Kenapa dicampur adukkan makna ayat qazaf (tuduhan zina seseorang ke atas orang lain) dengan maksud ayatli‟a n (tuduhan zina dari suami ke atas isteri) iaitu ayat 6 hingga 9 Surah al-Nur? Persaksian seorang saksi dalam kes zina hanya boleh diterima pakai apabila saksi itu adalah suami kepada isteri yang dituduh sahaja. Itu pun bukan untuk mensabitkan hukum hudud zina ke atas isteri, dan bukan bermakna saksi itu sudah dikira benar, tetapi hanyalah untuk membebaskan si suami yang menuduh daripada hukum qazaf (80 sebatan) dengan syarat sanggup bersumpah empat kali mengesahkan tuduhannya dan disertakan dengan sumpah kelima menyatakan kesediaan menerima laknat Allah jika dia berbohong. Si isteri juga, untuk membebaskannya daripada hukuman rejam, dia hendaklah sanggup bersumpah empat kali mengatakan suaminya bohong dan disertakan yang kelima menyatakan kesediaan
menerima kemurkaan Allah jika suaminya benar. Kes itu pun selesai, dan mereka berdua dipisahkan untuk selama-lamanya, tiada hukuman lagi selepas itu.

 

Tapi Astora faham cara lain berdasarkan rujukan kepada kitab Ibnul Qayyim itu. Sebenarnya Ibnul Qayyim pun tidak berkata seperti yang Astora kata. Astora seorang yang tidak faham. Memang persaksian seorang saksi diterima dalam kes bunuh, melihat anak bulan dan yang seumpamanya selagi tidak ditetapkan bilangannya oleh nas. Tetapi bila nas telah menetapkannya, seperti kes tuduhan zina ini yang mewajibkan empat saksi dan kes hutang yang memerlukan paling kurang dua saksi lelaki (al-Baqarah: 282), maka tidak bolehlah dicampur adukkan sekali dengan kes yang hanya perlu satu saksi. Kalau betul Ibnul Qayyim mengatakan persaksian zina sah dengan seorang saksi (bukan suami) beserta sumpah, sila
Astora tunjukkan di muka surat berapa daripada kitab itu. Yang pasti Ibnul Qayyim tidak kata dan tidak sekali-kali menyalahi kehendak ayat qazaf itu, hanya Astora yang pakai serkap
jarang! Insaflah Astora sebelum terlambat…


 rujukan: http://www.scribd.com/doc/12912854/Astora-Jabat-Pendusta-Agama
 

Rock sokmo.. (jom join wa kat mahligai@yahoogroups.com)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment