Thursday, July 21, 2011

Re: RG2011... Judi: Umno biarkan MCA calar imej Islam

 



Asalamualaikum.
 
kamu nie beremosi betol la...Jangan main tuduh..tuduh...
Tuduhan tanpa bukti FITNAH....
----- Original Message -----
Sent: Thursday, July 21, 2011 4:11 PM
Subject: Re: RG2011... Judi: Umno biarkan MCA calar imej Islam

 

UMNO bergerak di sebalik tabir MCA supaya tidak kelihataan yang UMNO merestui kes saman yang dikemukakan oleh tiga individu itu.

UMNO tidak mahu dituduh sebagai dalang yang memberi restu, maka mereka mewakilkan AJK Pusat MCA semasa kes saman itu difailkan di mahkamah.

Sekirannya kes itu menang dan memihak kepada ketiga-tiga individu itu, maka UMNO telah sedia dengan pelan tindakan untuk melaksanakan operasi perjudian itu di Negeri Kelantan pula. Kerajaan Pusat yang diterajui oleh rejim UMNO telah sedia maklum yang perniagaan judi akan mendatangkan keutungan kepada kerajaan melalui cukai yang hasilnya adalah lumayan bakal dipungut.

UMNO tidak kisah samada hasil yang diperolehi itu haram atau halal, samada individu itu rugi atau untung, berdosa atau tidak. Yang penting kantong kerajaan akan bertambah. Bagi UMNO, dosa pahala itu adalah milik individu dan mereka diberikan kebebasan samada mahu mengamalkan ibadah, menurut perentah Allah swt atau tidak. Kerajaan UMNO telah membeni masjid dan surau untuk kemudahan umat Islam mengerjakan ibadah, memberi kemudahan kepada mereka yang mahu menunaikan zakat dan menunaikan ibadah haji dengan menyediakan kemudahn melalui Tabung Haji, mengadakan tilawah Al-Quran setiap tahun dan lain-lain kemudahan. Itu tanggapan UMNO dalam mengekalkan syiar Islam.dan menurut mereka, tanggunjawab kerajaan telah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Jika rakyat mahu terus berjudi, menceburkan diri dalam pelacuran atau melakukan maksiat yang lain, itu adalah hak dan UMNO memberikan kebebasan kepada rakyat dan UMNO sentiasa menghormatinya.

Demikianlah tanggapan dan pendirian kerajaan UMNO dan sering kali mendabik dada bahawa Malaysia yang diterajuinya adalah negara Islam. Negara Islam kepala bapak mereka. Pimpinan UMNO berjaya meyakinkan ahli-ahli dan penyokong tegar mereka yang bangang, yang negara ini ditadbir mengikut dasar-dasar mazhab mereka. Malangnya pimpinan dan ahli UMNO yang berpendidikan tinggi mengenai Islam terus membisu atau jika perlu akan dibisukan oleh pimpinan UMNO.

para_jump101

 
--- On Wed, 7/20/11, halawah shop <mrespeks@gmail.com> wrote:

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
Subject: RG2011... Judi: Umno biarkan MCA calar imej Islam
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, July 20, 2011, 11:41 PM

 

Judi: Umno biarkan MCA calar imej Islam

Aslani   

KOTA BHARU, 21 Julai: Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini.

Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.

Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri.

"Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu.

"Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut," katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi.

Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan.

Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.

Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian.

Fadhli berkata, sekiranya rakyat Kelantan memberi sekali peluang kepada Umno menjadi kerajaan, pastinya kegiatan judi dan maksiat akan subur semula.

Oleh itu beliau berharap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan negeri menjaga kesucian syariat Islam di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Beliau juga mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu terbabit menyaman kerajaan negeri dalam isu pengharaman judi dan loteri.

"Pemuda PAS mempersoalkan di manakah ketegasan Umno dan juga NGO-NGO mereka yang selama ini nyaring mendakwa mempertahankan kesucian Islam.

"Atau adakah Umno sudah hilang kejantanan sehingga membisu seribu bahasa dengan tindakan MCA yang jelas mencabar kedaulatan Islam," ujarnya.

Katanya berdasar kepada perkembangan tersebut Umno sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam.



--


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment