Friday, July 22, 2011

Re: RG2011... Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage

 

Basmala 4 by Said Bak.
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS & THE MOST MERCIFUL
Assalamualaikum (May peace be upon you)

PAS pasti akan menang dgn menjaga/mempertahankan ISLAM DAN KEMULIAANNYA
PAS PASTI AKAN HILANG KEMULIAAN nya apabila mgutamakan undi drp REDA
ALLAH, slama ni kami tidak pernah berganjak, bkorban apa shj utk PAS kerana ISLAM
bukan kerana EMPUKNYA KERUSI MB atau MP..

Sincerely
ZIKRI BIN HASBULLAH
Reminder  ; "Allah is sufficient for me, there is no god but He; on Him do I rely, and He is the Lord of mighty power"  (At Taubah 129)


--- On Fri, 22/7/11, Mohammad M <aryman2005@yahoo.com> wrote:

From: Mohammad M <aryman2005@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Friday, 22 July, 2011, 15:04

 

teman rasa PAS elok jgn bergabung ngan mana2 parti, insyallah PAS akan menang jika benar2 ikhlas ingin memperjuangkan umat islam
dmalaysia ini.

From: azman <azmans67@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, July 22, 2011 9:42 AM
Subject: Re: RG2011... Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage

 
Tahniah kepada PAS.... tetap akan menyuarakan tentangannya tentang kebatilan walaupun
dalam kalangan PAKATAN.  Ini yang penting. Berjaya atau tidak, itu bukan urusan kita. Paling penting
PAS tetap menentang sebarang majlis MAKSIAT yang bakal dianjurkan.

Di Selangor, 'kuasa' PAS terlalu kecil. Pada saya, PKR dan UMNO samaje. Kalau bercakap pasal Islam,
mereka lah hero tapi bila dibantah oleh `RAKAN' bukan Islam, mereka senyap sunyi.  Atas alasan apa
(mereka senyap), saya pun tak tahu. Kalau DAP menentang usaha PAS, itu bukan perkara pelik kerana
DAP dikuasai bukan Islam yang pastinya tak faham Islam.

Tetapi apabila di kalangan PAKATAN (parti dikuasai orang Islam) dan di kalangan Pembangkang
(
parti dikuasai orang Islam) senyap atau bisu tentang  Konsert MTV World Stage di I-City atau
apa jua bentuk program maksiat,  
bermakna mereka setuju. Apatah lagi kalau ada dikalangan umat Islam yang turut menyaksikan konsert tersebut.       

Ini hanya pandangan saya.



From: zikri hasbullah <zikri_hasbullah@yahoo.co.uk>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, July 21, 2011 8:56:41 AM
Subject: Re: RG2011... Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage

 
Basmala 4 by Said Bak.
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS & THE MOST MERCIFUL
Assalamualaikum (May peace be upon you)

Selepas/Sebelum menang pun gerenti PKR tak akan peduli rintihan Ketua Pemuda PAS,
TAK CAYA tgk, slps anwar pnggil jer, SEMUANYA AKAN JADI. .  "MAQASID FIRSYARI'AH" . dulu Dr Hasan Ali bertegas TERCABUT PESURUHJAYA PAS NEGERI..
Dr Rani  eeemmmm pngikut setia Tan Sri Khalid.. masakan akan berani against ketua
dia.. minta maaf krn mengkritik



Sincerely
ZIKRI BIN HASBULLAH

Reminder  ; "Allah is sufficient for me, there is no god but He; on Him do I rely, and He is the Lord of mighty power"  (At Taubah 129)

--- On Thu, 21/7/11, halawah shop <mrespeks@gmail.com> wrote:

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
Subject: RG2011... Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 21 July, 2011, 14:32

 
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.
"Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.
Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor. 
Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS  Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.
Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.
Beliau menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Baginya, selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya.
Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.
Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, sementara negara sedang kritikal berdepan dengan penyakit sosial yang kian tenat dan parah dalam negara kita hari ini khasnya negeri  Selangor.
Menurutnya lagi, menjelang Ramadhan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda dan syakhsiah anak muda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat, sementelah pula I-City adalah pusat ilmu bukan pusat hiburan.
"Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan," ujarnya.
Justeru, beliau menyeru agar umat Islam khasnya anak-anak muda muslim agar tidak menghadirkan diri ke konsert tersebut sebaliknya fokus kepada persiapan diri menghadapi Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti penyucian jiwa dan minda serta mendalami ilmu agar ibadah puasa di bulan Ramadhan kelak akan dilangsungkan dengan faham dan penuh penghayatan.
"Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia khasnya melibatkan anggota pemuda PAS Negeri Selangor dan Wilayah akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah SWT dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada maksiat dan mungkar," katanya.
Tambahnya, sementara untuk hiburan, insya Allah apabila tiba masa yang sesuai, akan ada penganjuran hiburan yang baik, terkawal, tidak melalaikan dan pada masa yang sama akan mendidik jiwa ke arah kebaikan.
Sebelum ini pun, katanya telah banyak kali Pemuda PAS menganjurkannya dan kita juga menyokong mana-mana penganjuran majlis hiburan yang tidak menjejaskan peribadi atau akhlak anak muda.


--



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment