Thursday, July 21, 2011

Re: RG2011... Shahrizat nak ubah hukum Allah ke?

 

haram kalu lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya..kalu bantuan itu tidak berunsurkan agama, maka ia mengalakkan lg org nk tukar jantina coz ade yg support tindakan diaorg..kalu bg nasihat agama ok la suruh dia berubah jd lelaki asli, pelan-pelan kayuh pn xpe.. jgn bg bantuan lain sudah ler..menteri nie pn patut dibantu jg coz cara bertudung xbetol lg..bantu diri sendiri dulu..malu je ngaku org islam tp x menutup aurat..


From: bone <bonelesssquid@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, July 22, 2011 10:05 AM
Subject: RG2011... Shahrizat nak ubah hukum Allah ke?

 
apakah precedent telah dibentuk untuk umat Islam menukar jantina selepas ini dengan alasan krisis identiti? Subhanallah.

Kes tukar jantina diteliti
Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my
JELI 21 Julai - Masyarakat diminta tidak mencemuh individu yang berdepan dengan krisis identiti,
sebaliknya sama-sama mencari jalan bagi membantu golongan berkenaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
berkata, pihaknya akan meneliti kes Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal dalam
permohonannya untuk menukar jantina bagi membolehkan bantuan disalurkan.
Beliau berkata, walaupun tindakan lelaki itu jelas bertentangan dengan agama, tidak bermakna
dia tidak boleh dibantu.
"Kami di kementerian melihat dari sudut kebajikan, kemanusiaan. Tidak ada sebab kita tak membantu individu yang memerlukan bantuan untuk menegakkan maruah mereka.
"Kita tak payah cemuh atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada insan seperti ini, yang seeloknya kita bimbing dia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 1AZAM
Kembara Nur peringkat negeri di padang Sekolah Kebangsaan Gemang dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) kementerian, Mohamad Foad Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hadzir Mohd. Zain dan Pengarah JKM negeri, Mohd. Nor Chik.
Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd. Ashraf Hafiz untuk menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.
Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, tidak timbul soal salah faham di atas kesediaan kementerian untuk membantu Mohd. Ashraf Hafiz kerana bantuan yang akan diberikan adalah dari aspek kebajikan dan kemanusiaan.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment