Saturday, July 2, 2011

Re: RG2011... telah menyahut kempen boikot Astro..

 


Kalau boleh langgan 'Unifi' kita boleh dapat 'broadband' + 'IPTV' + 'Talipon fixed line'. IPTV Unifi ada bagi free TV (TV1, TV2, TV3, TV7, TV8 & TV9) + Video on demand (VOD). VOD dia boleh langgan latest movie (B.Melayu, B.Inggeris dsb). Berbeza dgn Astro First, you boleh 'pause' movie kalau nak ke bilik air atau sebagainyer ...


From: kiut girl <kasut_merah@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, June 30, 2011 3:44 PM
Subject: Re: RG2011... telah menyahut kempen boikot Astro..

 
Saya juga teringin nak disconnect Astro tapi mgkin akan berdepan dgn lebih byk masalah nnti. Channel pakej movie byk membantu saya berjimat daripada spend duit dan masa tgk wayang termasuk waktu perjalanan, minyak, parking, pop corn. Tambahan pula kbykan cinema terletak dlm shopping complex, karang nak shopping pulak. Nak bawak anak2 apatah lagi? Waktu menonton juga flexible, saya boleh tgk 1 movie lepas balik kerja sambil berehat dgn keluarga.
Jadi memandangkan convenience yg diberi oleh siaran Astro, sy rasa masih berbaloi membayar lebih sedikit.
 
Itu cara saya, anda bagaimana?


From: han nes <mrzyla@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 30 June 2011 10:32:23
Subject: Re: RG2011... telah menyahut kempen boikot Astro..

 
saya pun sama... sudah potong..
thanks.. nanti pergi cari booster  tu semua giant ada ke?
 
--- On Tue, 6/28/11, Muhammad Rais <metadevoche_1@yahoo.com.my> wrote:

From: Muhammad Rais <metadevoche_1@yahoo.com.my>
Subject: RG2011... telah menyahut kempen boikot Astro..
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, June 28, 2011, 2:01 AM

 
Untuk pengesahan mengkome2 semua..

Teman dah berjaye MENYAHUT seruan dema2 2 semua..

Teman da berjaya meng DISCONNECT ASTRO yop..

MENGKOME2 semua camane...haaaaahhhh semputtt lagiiiiiiii....(sepah)hehe..

tentang siaran usah kome2 risaukan sebenarnya,dizaman canggih mangih sekarang nie,

banyak peralatan2 terkini dpt mengatasi masalah siaran,
Contoh terdekat Umah teman,teman hanya beli power booster di pasaraya Giant,jenama giant lagi 
Rm 12.99,dan hasilnya amat diluar jangkaan....siaran clear pun,aduyaiiiiiiii...





From: azzy azizah <azzy_azizah2004@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 28 June 2011 12:41:23
Subject: Re: RG2011... Berjayakah kempen boikot Astro?

 
mcm mana nak boikot....mcm kat area taman yang saya tinggal tu...klu x pakai astro langsung x leh tgk tv....sb...klu rumah sebelah pakai astro....rumah yg x de astro confirm x leh tgk tv...sb astro decoder tu dah tarik power...jadi nasib ler....

--- On Mon, 6/27/11, Isa Munir <madisa56@yahoo.com> wrote:

From: Isa Munir <madisa56@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Berjayakah kempen boikot Astro?
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "Respeks" <respeks_group@yahoogroups.com>, "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>, "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>
Date: Monday, June 27, 2011, 4:42 PM

 
Berjaya atau tidak untuk BOIKOT atrro bergantung kepada pengguna keseluruhan, kalau hanya sebahagian sahaja yang boikot, ramai yang buat tak tau je, tak da makna...

SAC Dato Isa Munir
Royal Malaysia Police
Bukit Aman
Kuala Lumpur


On 27 Jun 2011, at 23:13, Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com> wrote:

 

Berjayakah kempen boikot Astro?

Assalamualaikum WBT,

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah melancarkan kempen boikot Astro dengan satu kenyataan media yang telah dikeluarkan disini.

Persoalannya.. Mampukah kita berbuat demikian?

Faktor utama pemboikotan itu dilakukan adalah kerana tidak berpuashati dengan Astro menaikkan harga bil walaupun mendapat bantahan dari penggunanya sendiri. Bagi saya secara peribadi, Astro bukanlah sebuah syarikat kebajikan dan penubuhannya adalah kerana ingin mencari keuntungan pada asasnya. Sebagai sebuah syarikat keuntungan adalah perkara utama dan itulah tujuannya pun.

Walaupun kadar yang dikenakan boleh dikatakan tidak munasabah kerana siaran yang ada akan diulang-ulang, tetapi sebagai pengguna yang membayar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka, kita berhak untuk membatalkan langganan kita. Maknanya tiada paksaan disini. Di sini kita gunakan pula hak kita sebagai pengguna.

Jika tiada Astro pun, kita tidak akan ketinggalan untuk menerima maklumat-maklumat terkini dan sedikit pun tidak rugi. Langkah PPIM menggesa untuk memboikot Astro adalah satu langkah 'menggertak' pada kaca mata saya supaya Astro dapat berfikir kembali tentang kenaikan harga yang telah diumumkan. Namun, saya kurang yakin dengan keberkesanannya kerana Astro bijak memancing rakyat Malaysia dengan hiburan yang tak sudah-sudah dan telah berjaya menarik minat semua peringkat usia.

Cadangan untuk tidak membayar bil Astro selama 3 bulan berturut adalah satu perkara mengarut kerana akan membebankan kembali pemilik akaun tersebut. Boleh ke PPIM tampil membantu jika surat lawyer datang untuk menuntut hutang?

Apa yang perlu dilakukan oleh PPIM sebenarnya ialah kempen mengumpul ahli dan pengguna Astro untuk menamatkan terus langganan mereka. Kumpul seberapa banyak pengguna Astro yang ingin turut serta dan berarak beramai-ramai ke pejabat Astro untuk menamatkan dan menyerahkan kembali kad Astro. Insya Allah saya akan turut serta.
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment