Sunday, July 3, 2011

RE: RG2011... TNB rugi RM9j sindiket produk jimat elektrik???

 

Salam..
penggunaan penstabil voltan adalah tidak salah, yg salah memintas wayar belakang meter, (seperti kes Johor) penggunaan penstabil voltan yang betul(bukan tiruan@tipu) hanya menjimatkan 1 - 2 persen sahaja. namanya pun penstabil voltan, bukan penjimat voltan.
 
ianya dipasang dalam rumah, pada wayar submain pengguna sebelum masuk ke suis utama, kalau diorang bukak papan meter tu, sah la penipu.
 
walaubagaimana pun memasang penstabil voltan akan memanjangkan hayat peralatan di rumah anda. bukan kerana bekalan tnb tidak stabil tetapi alat tersebut boleh mengawal voltan lampau bila petir berlaku dan apabila berlaku litar pintas sistem pendawaian rumah anda.
 
tak pasang pun takpe, ELCB dah ada...
 
tq.


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of rbk_2020
Sent: 04 Julai 2011 7:40
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... TNB rugi RM9j sindiket produk jimat elektrik???

 

 
Elektrik TNB dikatakan tidak stabil & menjadi punca bacaan
meter laju & bil tinggi.
 
1) Jika benar, maka rakyat curi elektik ke atau TNB curi wang rakyat?
2) Adakah menggunakan voltage stabilizer menjadi kesalahan?
 
Harap daptlah pakar2 berikan penjelasan.. Poning den...
 
 
 
 

TNB rugi RM9j sindiket produk jimat elektrik


2011/07/04

JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.

Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.
Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.

“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, " katanya.

Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.

“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.

Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.

Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.
 
 

NOTIFICATION
Privileged/confidential information may be contained in this
e-mail and any attachment(s). If you are not the intended
recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure
of, alteration to or copying of the information for any purpose
is prohibited. Any information not related to TNB's official
business is solely the author's and does not necessarily
represent TNB's view and is not necessarily endorsed by TNB.
TNB shall not be liable for any loss or damage caused by any
illegal activities under the law and/or improper use of e-mail
including but not limited to liability related to the content
of the e-mail(including viruses and other malicious codes,
harassment and defamation ) or related to its dissemination.
TNB is not responsible for any unauthorised changes made to
the information or for the effect of such changes.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment