Thursday, July 21, 2011

RG2011... Aishah bangga buat persembahan di Kelantan

 

Aishah bangga buat persembahan di Kelantan

Salmah Mat Husain   



KOTA BHARU, 21 Julai: Penyanyi terkenal, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 45, melahirkan rasa syukur berikutan imejnya yang bertudung, beliau diundang kali kedua oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu.

Menurutnya, mungkin kerana memenuhi syarat yang telah ditetapkan beliau sekali lagi diundang untuk membuat persembahan tertutup  di negeri itu.

"Andainya saya masih belum bertudung, tentu kerajaan Kelantan tidak menjemput saya kan?" soalnya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kerajaan Kelantan, di Kelantan Trade Cantre (KTC), di sini tengahari tadi yang dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya hanya beliau dan artis Nora sering dijemput, ini bererti masih belum ramai lagi artis (penyanyi) yang bertudung.

"Ini merugikan masyarakat, sebab setiap lagu-lagu yang didendangkan bukan hanya sekadar lagu, sebaliknya membawa mesej yang bermakna pada masyarakat,"ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut berharap artis wanita khususnya penyanyi supaya turut menampilkan imej bertudung kerana rezki ada di mana-mana.

Aishah kini dalam persiapan untuk melahirkan album baru irama pop, namun yang bermesej sesuai untuk kehidupan masyarakat sama ada sebagai seorang anak atau ibu.

Sempena program itu Aishah menyampaikan lapan buah lagu, iaitu lagu untuk Wanita, Janji Manismu, empat lagu medlay yang bertemakan ibu, Syurga Di Telapak Kaki Ibu termasuk zikir dan Anak.

Ustazah Asni Mansur personality tv  turut diundang untuk menyampaikanmotivasinya pada program yang bertemakan Tangan Menghayunkan Buaian Menggegarkan Dunia.



--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment