Tuesday, July 5, 2011

RG2011... Fw: Vios Baru Lebih Mengancam, G Limited dan TRD Sportivo

 

 

Toyota Vios Baru Lebih Mengancam, G Limited dan TRD Sportivo

KLpos

KUALA LUMPUR 29 Jun - Toyota telah melancarkan dua variasi baru model Vios iaitu 1.5G Limited dan TRD Sportivo. Apa yang membezakan kedua-dua model adalah TRD Sportivo tampak lebih anggun dengan logo tersendiri.
 
Kedua-dua variasi ini turut mendapat suntikan 'aerokit' bagi perbandingan jelas cuma model G Limited mendapat sentuhan rekabentuk 'aerokit' terbaru.
 
1.5G Limited dan TRD Sportivo ini didatangkan dengan rim aloi 15 inci (12 spoke) dengan model 1.5G Limited rim aloi berwarna 'dark silver' manakala rim aloi TRD Sportivo berwarna gangsa yang lebih menunjukkan kegarangan dibawah jenama TRD.
 
Pembaharuan yang jelas adalah kedua-dua model ini bersalutkan kulit bagi tempat duduk pemandu dan penumpang, satu pakej yang baik.
 
Ruangan dalaman tampak berbeza dengan 1.5G Limited lebih berunsurkan 'ciri mewah' manakala model TRD Sportivo lebih menunjukkan gaya sportif bagi yang gemarkan ciri-ciri sports.
 
Model TRD Sportivo diberikan sentuhan terbaik dari segi kawalan (handling) kereta dengan pemasangan TRD Sprotivo Suspension Kit yang ditala khas oleh TRD Asia bagi pemanduan yang lebih selesa juga ciri bentuk mukabumi di Asia.
 
Harga jualan bagi model 1.5G Limited adalah RM 89,600 (termasuk insuran) dan model TRD Sportivo masih lagi mengekalkan harga lama RM 92,000 sekalipun diberi pelbagai penambahan pada model kereta tersebut.
 
 












__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment