Tuesday, July 5, 2011

RG2011... The making of WHI Kek Lapis

 

Salam semua..Alhamdulillah dengan apa yang diberikan Allah pada saya sekeluarga sehingga ke hari ini.  Semoga usaha saya diberkatiNya. Amin.  

Okay, semalam saya menempuh satu pengalaman baru...iaitu secara LIVE dari Sri Pentas, TV3 untuk Rancangan Wanita Hari Ini.  Jam 11 pagi saya dikehendaki standby di sana.  Terima kasih dan sayang saya kepada Encik Suami - Mohd Anas b. Baharum yang terpaksa mengambil cuti bekerja untuk menemani saya bagi tujuan di atas. Okay2..ada duit lebih..Nomie depositkan untuk motor besar tu ye bang...hahaha (rasuah suami isteri bolehkan..Tongue out)..tapi tunggu ai kurus dulu la ye bang..hahaha..(tak tahula tahun berapa motor tu dapat keluar jalan atas jalan raya..hehehe).  

Terima kasih juga untuk parents saya - Haji Abdul Aziz Rashid - ayahanda saya, bonda saya Hajah Zainon Abdullah dan juga Bonda Mertua saya Hajah Tumuiah bt Mukri.  Bonda Mertua saya yang banyak membantu saya dari segi penjagaan anak-anak saya semasa saya agak sibuk berbaking sejak 10 tahun lepas..Bonda Zainon yang mula agak risau dengan perubahan karier saya, tapi akhirnya menyokong sepenuh hati dengan apa yang saya buat sekarang.  Alhamdulillah..apa pun restu ibu bapa amat pentingkan:). Wah! terpanjang sudah..baru masuk TV ni..kalau dapat award..lagi panjang..hahaha..

Okay, hari ni hari mengemas rumah dan bengkel..dan sebelum itu saya ingin menulis mengenai pembuatan WHI Kek Lapis..lebih kurang the making of la...walaupun tak detail..tapi at least yang pernah belajar dengan saya akan faham apa yang saya sudah buat untuk membuat kek lapis ini.

DSC_0873-1

Setelah mendapat panggilan telefon dari Lina (penerbit WHI) bersama tarikh yang telah diconfirmkan.  Saya membuat sedikit kerja rumah dengan menyenaraikan kek-kek apa yang saya perlu buat pada hari tersebut.  Teringat kawan fesbuk Kak Ida Bakery yang selalu membuat demo di WHI, lalu saya menghantar pesanan di facebook untuk mendapatkan tips2.  Alhamdulillah...respon kak Ida amat baik dan memberi pelbagai tips. Terima kasih kak Ida Bakery.

Saya juga cuba mendapatkan pendapat apa yang perlu saya buat pada hari tersebut dan Kak Ida mencadangkan saya membuat kek lapis WHI. Wah! I like the idea..lalu cuba mencari buku kotak matematik untuk saya membuat draf corak bagi kek lapis saya ini.DSC_0875-1

okay, dah set berapa adunan nak kena buat, warna apa yang nak dbuat..so, kerja membaking terus dilakukan.  Alhamdulillah, draf yang dibuat tidak ada masalah, jadinya, kek yang dibuat pun tak ada masalah.

.DSC_0817-1

Kek kemudian disimpan semalaman di dalam peti sejuk...

Esoknya, pembakaran untuk bahagian atas dan bawah pulak dibuat..hmm..kat sini ada masalah!..dah bakar bahagian bawah kek lapis sebanyak 4 lapis..saya pun masukkan kek WHI ini kedalam loyang..dan rupanya..kek ini terlalu tinggi melebih loyang yang saya pakai..SealedCry..cool nomie, cool nomie..istighfar banyak2..fikirkan solutions, fikirkan solutions..

DSC_0820-1

Alhamdulillah, last sekali dapat juga idea hasil dari pengalaman mengajar peserta-peserta kek lapis sarawak yang lepas..maka gerakan hati mahu mencuba method ni..baking kek lapis..kemudian tampal..first time membuat ni:D

DSC_0821-1

DSC_0822-1

saya sejukkan sekejap kek lapis bahagian atas, kemudian sapukan jem pada kek lapis bercorak tu..kemudian tampal, bagi sejuk dalam 1/2 jam lagi..kemudian wrapkan dengan plastic wrap..masukkan dalam peti sejuk..biarkan semalaman..

Hari Isnin pagi saya mengeluarkan kek ini dari loyang..alhamdulillah..dapat keluar dengan sempurna..leganya hati saya..Alhamdulillah!

Kek ini menggunakan 38 biji telur dan 1kg pure butter:D..berat hampir 3.5kg.

DSC_0873-1

What a great experience! Alhamdulillah:D


--
Juraiza aka Nomie

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment