Friday, July 15, 2011

RG2011... Mengapa tiada satu pun kerajaan di dunia berjaya amalkan System islam?

Mengapa tiada satu pun kerajaan di dunia berjaya amalkan System islam?
Semenjak tahun 1882 sehingga tahun 1918 (akhir perang dunia pertama) British mempunyai pengaruh yg besar di Mesir dgn kesilapan yg dilakukan oleh pemerintah Mesir sendiri, wakil British ialah sir lord Cromer yg sangat berkuasa dlm pentadbiran diMesir dan dia seorang pentadbir yg licik dan terkenal dgn reputasi yg memusuhi islam.Dia pernah mengungkap dlam bukunya: 'Modern Egypt'- :

" England bersedia memberi kemerdekaan sepenuhnya pd seluruh tanah jajahanya,sebaik shj wujud generasi intelek dan ahli politik yg telah dibentuk melalui pendidikan inggeris dan mendukung nilai inggeris untuk mengambil alih kuasa,dalam keadaan bagaimana sekalipun,Inggeris tidak akan bertolak ansur walau sesaatpun untuk penbuhan sebuah negara Islam merdeka".

Cromer juga memperlekahkan Islam sbg 'deen wa daulah' dalam tulisannya: 'Mesir-Khidyu Abbas'- :

"Islam berjaya selaku akidah dan agama, tetapi ia gagal sbg sistem masyarakat kerana apa yg disarankanya hanya sesuai kpd tanah Arab pd kurun ke-7 Masihi,ia tidak dapat menerima perubahan kerana dasarnya yg keras.Islam mengharamkan wanita dari menerima hak2nya sebagai manusia,kedudukan lebih rendah dari lelaki dan Islam mengharuskan perhambaan.Ia agama yang menaksubkan dan melampau yg mengharuskan umatnya menawan golongan berlainan sbg tawanan dan hamba sahaya".(ungkapan yg senada ini pernah diucapkan semula oleh pemimpin umno dan Lee kuan yew dlm buku terbarunya).

Penjajah barat dgn sedar telah menanam fahaman sekularisme yg bermula di barat pd kurun ke-14,Di Nusantara,Islam berjaya diasingkan dari pemerintahan,Perjanjian Pangkor 1874 adalah menifestasi pd fahaman ini apb British menyerahkan soal agama kpd Raja2 Melayu utk diuruskan.

Sekolompok anak2 di tanah jajahan Brit telah diberi peluang utk menjawat di sektor kerjaan apb mereka pulang belajar dari Britain atau Perancis,Ulama2 mula dipinggirkan utk menentukan dasar bernegara dan peranan mereka hanya kpd mengajar kitab di mesjid atau surau,urusan politik tidak kena mengena dengan agama,fahaman ini semakin kukuh di Nusantara dan di Malaya terutamanya selepas merdeka apb kerajaan yg berkuasa selepas itu dipimpin oleh pemimpin yg direstui oleh British (Tunku-lulusan universiti London-jurusan Undang2.) Apakah mereka fikir Barat dengan rela menyerah kemerdekaan dengan tiada satu pun pertumpahan darah di Malaya oleh pemimpin umno? Apakah terlalu bijak pemimpin ketika itu(Razak/Tunku) dalam rundingan dgn British? (Yang mabuk dalam kebanyakan rundingan), Jika demikian,maka fikirlah semula,fikirlah berulang kali.

Fahaman ini (sekular) terus berkembang mekar,dan disuburkan oleh pemimpin tempatan sendiri,dan menjadi virus membarah yg membaham akidah seperti mana disebut oleh mufti terakhir krjn Othmaniyyah,Sheikh Mustafa Sobri sebaggai 'jalan pintas ke Neraka'.

Menyemai benih sekular adalah strategi pembaratan yg sangat berkesan,sepertima disebut oleh sarjana Barat,Gibb:-

"Usaha2 pembaratan ini membolehkan Islam turun dari singgahsanya sehingga menyebabkan sistem pendidikan,pengadilan,kemasyarakatan,ekonomi,dll tidak boleh dipakai lagi".

Sesungguhnya,apabila sejarah diteliti secara adil, jawapannya akan bisa ditemui,mengapa tiada Satu pun kerajaan Islam di dunia kini yang berjaya mengamalkan sistem islam sepenuhnya,bukan kerana kelemahan sistem itu sendiri,bahkan kata2 yg memperlekeh sitem islam itu, adalah benih dulu yg ditanam oleh barat dan kini sudah subur,sememangya usaha penubuhan negara islam yg sejati telah dihalang dgn kuat selepas kejatuhan Krjn Othmaniyyah,dan ramai dikalangan umat Islam tidak sedar akan perkara ini,malah dengan cabul dan berani bertanya pada mereka yg mahu tegakkan sistem islam semula dgn soalan seperti "tunjukkan mana negara islam yg berjaya dengan sistem Islam/hudud di dunia?".

Untuk menyedarkan mereka bukan perkara mudah,perancangan jahat barat selama beratus tahun masakan dapat ditangkis dalam sedekad dua ini? Mahu disuruh mereka yang bertanya itu utk mengaji tambah ilmu didada juga terkadang terasa berat,kerana dasar ilmu itu sendiri telah dicemari oleh d'ayah mereka,barat lebih suka jika manusia berbondong datang dan belajar segala ilmu yang mereka ada kini,kerana di dalam ilmu itu tersembunyi jarum2 halus yang akan digunakan pada masa tertentu,hanya Allah saja yg bisa memberi petunjuk kpd manusia dalam kegelapan kini…Berdoalah utk petunjuk,walau sudah penuh ilmu di dada mu.

-Akupun.
source: Link
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment