Tuesday, July 12, 2011

RG2011... MENUNTUT HAK MELALUI DEMONSTRASI - DIMANA KEDUDUKAN ANDA

 

Seluruh umat Islam kini begitu mudah terpanggil menyertai demonstrasi jalanan dalam menuntut hak? Di mana kita lihat rata rata cara mereka bertindak terkeluar dari nilai nilai agama Islam.Jika kita melihat kepada gelagat mereka dari segi i'tikad, kelakuan dan tindakkan, kita boleh bahagikan mereka kepada 3 jenis atau kelompok manusia.

Golongan Pertama:

Mereka adalah orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan bertindak. Mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh akal fikiran mereka. Cara mereka bertindak ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Kebebasan berfikir dan bertindak seperti ini juga merbahaya bagi sesuatu negara/ masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap individu yang berada didalam sesuatu masyarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia, dan mengorbankan sedikit daripada kebebasan demi keuntungan yang lebih banyak untuk negara/masyarakat.

Golongan Kedua:

Terdiri dari mereka yang zahirnya berpegang pada agama, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak merujuk kepada agama sebagai pegangan dalam tindakkan. Mereka jenis yang ikut agama suku suku, yang mana sesuai mengikut kehendak hawa nafsu dan yang selari dengan fikiran mereka sahaja.Pada hakikatnya mereka bukan ikut agama tetapi menjadikan agama pengikut hawa nafsu mereka.

Golongan ini adalah lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik. Mereka jenis yang mempunyai prinsip dan tindakkan yang terang-terang menyalahi ajaran agama, namun mereka tetap menganggap bahawa fikiran mereka yang betul sedang ajaran agama itu salah, kemudian mereka cuba pula mengolah ajaran agama (menghalalkan cara) supaya sesuai dengan fikiran dan tindakkan mereka; maka mereka yang serupa ini adalah pendusta dan pembohong.

Golongan Ketiga:

Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta.Mereka adalah jenis apa yang kita panggil taklid buta.


Wallahu'alam.


(Dari blog Fitrah Islami Online)



Amri el Wahab

 

(Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com; http://fitrahislami.wordpress.com)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment