Friday, July 1, 2011

RG2011... Profile Panglima Tentera Darat

 

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Profile Panglima Tentera Darat

TPTD

JENERAL DATUK HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
PJN SIMP PSAT DGMK DPTS PAT JSM KMN AMK BSK rcds mpat lmt MM (AIM)
Manila ADBM (Wales)

Dilahirkan di Perak pada 30 November 1958, Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin mula berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia pada 5 Januari 1978. Beliau merupakan pemegang Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales pada 1995. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Asian Institute of Management dan berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pengurusan pada 1998. Selain itu, beliau juga lepasan Diploma, Royal College of Defense Studies dari Imperial Defense College, London yang merupakan program bersama dengan King's College, London pada 2005.

Selain akademik beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang ketenteraan. Antaranya, Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1992, Diploma Maktab Pertahanan Malaysia pada 1999 dan beliau juga turut menghadir pelbagai kursus ketenteraan dan awam di Malaysia, Australia, United States, United Kingdom dan New Zealand.

Pengalaman beliau dalam melatih dan mengajar antaranya ialah menjadi Jurulatih di Army Training Group and Senior Instructor di New Zealand Army Infantry School pada 1986 hingga 1988. Beliau dipertanggungjawabkan bagi mengajar pegawai- pegawai dari New Zealand dan negara kommonwel yang lain tentang persenjataan, taktik dan Counter Insurgency Warfare (CIW). Pada tahun 1992 hinga 1993, beliau telah menjadi jurulatih di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA). Beliau juga pernah menjadi Komandan PUSASDA di Port Dickson pada tahun 2002 hingga 2004. Seterusnya beliau telah menyandang jawatan sebagai Naib Canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pada 21 Mei 2010 beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat. Pada 14 Jun 2011, atas keyakinan dan kepercayaan yang penuh serta dedikasi yang tinggi, beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-24.

Antara pencapaian beliau disepanjang perkhidmatan adalah menjadi penuntut terbaik dalam pelbagai kursus ketenteraan yang beliau hadiri. Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin semasa memegang jawatan sebagai Panglima 7 briged telah berjaya memenangi Army award excellence in management pada tahun 2006 dan Armed Forces award of excellence pada tahun 2007.

Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah berkahwin dengan Datin Hjh Rusnah bt A. Rahman dan dikurniakan empat orang anak. Hobi beliau adalah memburu, bercucuk tanam dan bermain golf.


()"" ' ) Nakhai'e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment