Sunday, July 3, 2011

RG2011... TNB rugi RM9j sindiket produk jimat elektrik???

 

 
Elektrik TNB dikatakan tidak stabil & menjadi punca bacaan
meter laju & bil tinggi.
 
1) Jika benar, maka rakyat curi elektik ke atau TNB curi wang rakyat?
2) Adakah menggunakan voltage stabilizer menjadi kesalahan?
 
Harap daptlah pakar2 berikan penjelasan.. Poning den...
 
 
 
 

TNB rugi RM9j sindiket produk jimat elektrik


2011/07/04

JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.

Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.
Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.

"Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, " katanya.

Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.

"TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
"Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.

Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.

Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment