Monday, September 12, 2011

Re: RG2011... Fw: demam kuning, sebab, cara atasi, cara rawatan

 

Salam,

Salah satu herba yg boleh membantu

Dukung anak/ amin buah...

Below further details.... rebus bagi ibu minum dan buat mandian anak tersebut...InsyaAllah

DUKUNG ANAK  LEBIH DARIPADA RUMPAI HUTAN HUJAN
oleh: Benjamin Drewe
Satu lagi herba tempatan yang sedang menjana minat di kalangan golongan saintifik
ialah Dukung Anak (Phyllanthus Niruri atau P. amarus). Ditemui di serata hutan
hujan basah Asia dan Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan salah satu
daripada penawar herba paling berguna dan serba mujarab untuk melegakan sakit,
membantu tubuh melawan demam sejuk dan selsema, menghapuskan batu karang
(batu buah pinggang dan batu hempedu) serta mempercepat penyembuhan
daripada hepatitis dan jaundis (sakit kuning). Maka, herba ini kini digunakan untuk
menangani beberapa masalah yang sukar dirawati dengan kaedah perubatan
moden. Dukung Anak boleh tumbuh hingga mencapai 40 sm tinggi dan mudah
dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah
daunnya. Rakyat Malaysia akan mengenalinya sebagai rumpai yang sering mereka
dapati muncul dicelah-celah pokok berpasu sebagai tamu tak diundang di sekitar
halaman rumah mereka.
Perlindungan Hati
Herba in lazimnya digunakan untuk merawat jaundis (sakit kuning) dan hepatitis. Di
China dan India, kajian untuk menilai kesan pelindungnya terhadap hati dibuat
dengan mengenakan haiwan makmal kepada toksin hati (bahan yang meracuni hati)
seperti alkohol dan parasetamol. Dalam setiap kes, kesan pelindung telah terbukti.
Keputusan ini menyerupai kesan pelindung hati yang terhasil oleh sejenis herba
tempatan lain, iaitu Hempedu Bumi (Andrographis paniculata).
Anti-Hepatitis B
Pada lewat 1980-an, kalangan penyelidik dan pengamal perubatan herba telah amat
terangsang berikutan ujian yang berjaya terhadap herba ini dalam menentang virus
Hepatitis B, virus yang menyebabkan sejenis jangkitan beransur-ansur yang dikaitkan
dengan barah hati dan dianggarkan dihidapi oleh sekitar 300 hingga 500 juta orang di
seluruh dunia. Manakala sains masih sedang mencari-cari suatu rawatan yang mampu
melumpuhkan virus ini dan mencegahnya daripada merebak, beberapa kajian terhadap
Dukung Anak telah menunjukkan kesan antivirus yang memberangsangkan dalam
menentang Hepatitis B. Namun begitu, ujian selanjutnya di tempat lain menghasilkan
keputusan yang bertentangan tanpa sebarang perubahan dilihat. Perbezaan-perbezaan
ini mungkin di sebabkan oleh kelainan aras kandungan bahan aktif dalam contoh-contoh
yang digunakan. Dalam semua ujian ini, para penyelidik tidak mendapati sebarang
kesan sampingan atau tindak balas negatif dan merumuskan bahawa herba ini selamat
dan tak toksik. Sekiranya digunakan secara bergandingan dengan herba lain, Dukung
Anak sekurang-kurangnya menawarkan satu rawatan alternatif yang berpotensi untuk
merawat Hepatitis B.
Batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu)
Di Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan penawar yang digunakan dengan
paling meluas untuk merawat masalah batu karang, baik batu buah pinggang
mahupun batu hempedu, sehingga ia digelar oleh masyarakat tempatan sebagai
"Penghancur Batu". Dalam satu kajian klinikal pada tahun 1999 (Campos, A. H. dan
rakan-rakan), pati Phyllanthus Niruri telah menunjukkan kesan perencat tak berkait
kepekatan yang ampuh dan berkesan terhadap pembentukan hablur kalsium oksalat
(ketulan bahan bina yang menghasilkan kebanyakan batu buah pinggang). Ini boleh
menjelaskan penggunaannya dalam kaedah perubatan tradisional untuk mencegah
2
pembentukan batu buah pinggang. Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik
sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan
saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan
penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.
Antivirus
Penyelidikan terbaru terhadap Phyllanthus Niruri menunjukkan bahawa aktiviti
antivirusnya merangkumi 'virus kurang imun manusia' (human immunodeficiency
virus) atau HIV, iaitu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Sekumpulan
penyelidik Jepun menemukan sifat-sifat perencat virus HIV-1 pada tahun 1992
dengan satu pati ringkas daripada pokok ini. Pusat Penyelidikan Farmaseutik Bristol-
Myers Squibb telah mengasingkan sekurang-kurangnya satu daripada juzuk
(kandungan) pada pokok ini yang menyumbangkan kepada aktiviti ini – iaitu
sebatian unik yang mereka namakan "niruriside".
Manakala dianggarkan bahawa waktu yang lama lagi masih perlu dilalui sebelum
herba ini diambil masuk ke dalam senarai dadah farmaseutik piawai, ia kini
digunakan oleh para pengamal perubatan herba dan kesihatan alamiah di serata
dunia dalam pelbagai rumusan untuk masalah-masalah tersebut di atas.
Bagaimanapun, dalam bidang perubatan pencegahanlah barangkali herba seperti
Phyllanthus Niruri digunakan secara paling meluas. Keperluan ini kini menjadi
sekian menyerlah dalam menghadapi ancaman semakin membesar daripada
pelbagai penyakit virus yang kita tidak mempunyai sebarang rawatan ortodoks untuk
menentangnya. Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara
bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh
kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.
ETNOBOTANI: KEGUNAAN PHYLLANTHUS NIRURI/P. AMARUS DI SELURUH DUNIA
TEMPAT KEGUNAAN TRADISIONAL
Malaysia
Penyakit kulit, cirit birit, gatal, keguguran, masalah buah pinggang, gonorea, sifilis,
kehuyungan, batuk, selepas keguguran
Jawa batuk, gonorea, sakit perut
China
Hepatitis, jaundis (sakit kuning), konjunktivitis, cirit birit, jangkitan saluran kencing, penahanan
air
India
Anemia, astma, bronkitis, batuk, disentri, gonorea, hepatitis, jaundis (sakit kuning), kehausan,
tuberkulosis (batuk kering), ketumbuhan, diabetes (kencing manis), di sapu di kulit untuk kudis
Amazonia Batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang)
Kepulauan
Bahama
Sakit perut, demam sejuk, sembelit, demam panas, selsema, demam kepialu, sebagai julap
Brazil
Sakit sendi, antikejang, pepundi kencing, sistitis, diabetes(kencing manis), demam panas,
pepundi hempedu, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang), hepatitis, penahanan
air, hati, prostat
Haiti Sakit perut, kembung, demam panas, malaria, masalah usus
Peru
Hepatitis, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang)
Kepulauan
Mariana
Disentri, gatal, jangkitan faraj
Tempat-tempat
lain
Jangkitan saluran kencing, diabetes (kencing manis), cirit birit, penahanan air, disentri,
dispepsia, demam panas, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang), gonorea, malaria
Benjamin Drewe ialah seorang Pengamal Perubatan Herba.
Untuk maklumat selanjutnya, sila berhubung dengannya di
03-7847 1662, atau lawatilah www.rainforestherbs.com


From: TheMax <transmax73@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, September 13, 2011 10:56 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: demam kuning, sebab, cara atasi, cara rawatan

 
Si Bapak Kena Lahh MandiKan Anak Dgn Air Batu Jemala Patik dlm Kuali  Tapi Si Bapa Mesti Power Baru Boleh Jadi Mandian Tu

2011/9/8 ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg>
 
----- Original Message -----
 

Jaundis atau demam kuning, sebab, cara atasi, cara rawatan

gengcyber
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

  1. Bayi lahir pra matang
  2. Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  3. Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  4. Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  5. Etnik Asia
  6. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Fisiologi jaundis

Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
Patologi jaundis
Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah 'O').
G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
 Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika :
  1.     Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
  2.     Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
  3.     Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
  1.     Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  2.     Peningkatan kekuningan yang cepat
  3.     Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
  4.     Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
  5.     Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  6.     Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat
Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.
Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
  1.      Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  2.     Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)
Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
 1.    Rawatan foto
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.
Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.
 2.   Pertukaran darah.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.
Pencegahan jaundis
  •  Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.
  •  Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.
Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.
Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

NOTA

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:
  1.      Makanan : kacang parang
  2.     Herba cina yang tertentu
  3.     Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
  4.      Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
  5.     Bahan kimia
  6.      Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)

 AMALAN SEMASA MENGANDUNG

  1. Makan kurma ketika umur kandungan 6 hingga 9 bulan
  2. Amalan makan jus pegaga
  3. Amalan minum susu kambing
  4. Jangan makan makanan segera, mee segera
  5. Elak minum kopi dan teh
  6. Jangan ambil herba
  7. Amalan makanan sihat
  8. Baca Quran dan doa semasa mengandung
  9. Sikap positif dan jangan stress
 

PETUA RAWATAN TRADISIONAL

  1.  Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .
  2.  Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  3.  Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.
  4.  Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
  5.  Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.
  6.  Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.
  7.  Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan.
  8. Setengah orang petua bagi anggur hitam, jus sahaja



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


How Bad is Your Score? Use this Free, Easy Way to See Your Score. freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment