Harap Man Trex berikan petua2 dari ulama2 silam yang dikatakan bidaah tersebut untuk kita sama2 berbincang dan menyelami ilmu yang berbeza hasil dari hidayah dan taufik yang diberikan Allah kepada ulama2 tersebut. Kedapatan hari ini banyak ajaran2 songsang dan sesat yang langsung tidak berpandukan Al-Quran dan Hadis dan disebarkan secara meluas walhal ia ibadat palsu. Tidak kita disini menolak semua yang ada dibentangkan dan tidak kita menerima tanpa soal..si penyebar wajiblah bertanggungjawab dalam hal2 penyebaran amalan2 Islam dan membuat rujukan atau memberikan rujukan kerana ada ramai disini yang mungkin memerlukan usaha yang lebih sedikit sebelum menerima amalan2 yang belum pernah mereka dengar.
Tidaklah boleh disalahkan org Islam sekirannya mereka tidak mengikut amalan2 yang disarankan atas pelbagai alasan, dan si penyebar kena tetap tenang kerana hidayah dan taufik hanya urusan Allah SWT. Semua org Islam mahukan diri jadi lebih baik dari hari semalam dan zaman Internet ini amat mudah amalan2 yang diragui disebarkan dgn alasan ia dari ulama2 silam padahal ulama2 tersebut tidak pernah menyatakan sedemikian.
Penerangan yang jelas adalah jalan terbaik tetapi sama ada ia akan diikuti adalah perkara berbeza. Kita semua tahu teknologi dan hampir kebanyakan ilmu datang hasil dari tamadun Islam lampau dan tidak dinafikan ramai antara kita yg masih memuja saintis2 barat kerana kurangnya pendedahan terhadap kegiatan dan ilmu2 ulama silam. Silap siapakah ini? Umat Islam amat lemah sekarang sehingga solat sunat dan menghadiri masjid solat 5 waktu pun payah apatah lagi menghadapi amalan2 yang dibentangkan. Sampaikan walau satu ayat Insya'Allah usaha kita akan berhasil. Kenali ulama2 silam dan sumbangan2 mereka dalam dunia ilmu Islam. Sesudah kenal pastilah buku2 dan pendapat2 mereka akan mudah diikuti dan senang dilaksanakan. Wallahulam.
2011/9/27 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Salam alaik,Kebanyakan petua-petua datang dari Ulama atas dasar kajian dan pantauan mereka sendiri. Banyaknya juga berasaskan pula daripada cicit Rasulullah, iaitu Sayyed Jaafar As-Sadiq, saintis terulung. Dan selalunya ada kaitan dari kajian para Muhadithin dalam hal kesihatan.Ramai Muslim yang dok pakai petua-petua yang datang dari Management Guru - Peter Drucker, Industrialist - Henry Ford, Politician - Winston Churchill dan Philosoph - Socrates.Tapi bila petua datang dari Ulama, mereka ketepikan atas dasar Bid'ah. Walhal kebanyakan petua adalah perihal kesihatan, yang telah lama diselidiki dan dipantau oleh para Ulama zaman-berzaman.Rugi ... beb.Tahu tak bahawa kebanyakan ilmu di dunia ini berasaskan para Ulama yang juga saintis dan strategist?- Military, Sociology, Psychology, Astronomy, Mathematics, Medicine, Naturopathy, Biology, Perubatan, Kimia, Physics, Animal Science, Agriculture, Geology, Geography, Science of Matters dan Light & Lense.
Adakah ilmu yang memberi manfaat kepada manusia dimukabumi di atas semua ini BID'AH? Sedangkan Allah memerintahkan kita meneliti keadaan di dunia ini sebagai perbuatan melihat kebesaran Allah dan mensyukuri.
Setelah Umat Islam jadi pemalas atas sebab dah jadi kaya, lupa daratan dan suka menzalimi antara satu sama lain, maka datanglah balasan Allah dalam bentuk kaum yang sangat zalim - serangan MONGOL ( dan keturunan mereka yang berbahasa Turki iaitu Seljuk ).Setelah Mongol/Seljuk masuk Islam, setelah sekian lama merekapun lupa daratan, maka datanglah kaum yang lagi zalim iaitu British, Belanda, Portugis, Perancis, German dan Sepanyol.Dari situ, Umat Islam terus menerus bergaduh, pemalas dan takzub dengan perangai buruk iaitu asabiyah ( semangat kebangsaan, keturunan dan bahasa ). Oleh kerana sibuk semua perkara yang mudarat, mana ada masa untuk memperkembangkan ilmu yang manfaat. Mana ada masa !
Sedangkan Allah berjanji untuk menaikkan DARJAH sesuatu bangsa itu di dunia dengan ilmu. Di sini kaum Perancis dan British AMBIL HAK UMAT ISLAM dan memperkembangkan ilmu sehingga ke bulan dan langit pada hari ini.Malahan Umat Islam tak suka Ilmu Perniagaan, sebab sibuk nak kerja Gomen - tetap dan berpencen, sehinggalah banyak DNA babi di sana dan sini bertong-tong masuk dalam perot berketurunan lamanya.
Namun begitu dalam keadaan yang sudahpun hina, lemah, miskin dan rugi, para Muslim masih terus merugikan diri sendiri dengan menolak apa saja tulisan Ulama atas dasar BID'AH.
Ini jelas pengaruh dari penyesat yang bernama AL-BANI yang disanjung oleh sebahagian daripada mereka yang INGIN SANGAT dikenali sebagai SALAFI, sedangkan mereka tidak sedikitpun mempaparkan sifat SALAFI.Sifat utama SALAFI ( para sahabat Rasulullah, tabi dan tabi-tabiin ) selain daripada keimanan mereka yang tinggi ialah :-> SILLATUR-RAHIM ( kasih sayang antara mereka )-> KURANG MAKAN ( malahan ramai meninggalkan makan daging )-> MEMENTINGKAN orang lain daripada diri sendiri-> SENTIASA MEMPERTINGKATKAN ILMU ( yang bermanfaat )-> ADIL dan TIDAK MUDAH MENGHUKUM kerana takut menzalimi orang dan takut pada api neraka-> MESYUWARAH ( dalam segala hal )-> TIDAK ASABIYAH ( tidak mementingkan bangsa, keturunan dan bahasa )-> MENGUTAMAKAN YANG UTAMA ( waras dan bijak memilih di dalam membuat keputusan )-> PEMURAH ( segera membantu si-miskin tanpa mengira bangsa dan agama )-> BERKATA BENAR ( tidak berbohong dan memfitnah )-> INGATAN YANG SANGAT KUAT ( sehingga boleh menghafal Al-Quran dan ribuan Hadith )HASIL semua sifat di atas ialah JUTAAN MANUSIA masuk Islam dari China sehingga ke EROPAH sehingga ke AFRIKA sehingga ke AMERIKA ( sebelum kedatangan Amerigo dan Columbus ). Akhlak mereka adalah dakwah utama yang mencairkan hati manusia. Belum lagi kata-kata mereka yang manis lagi ikhlas.
Namun sifat yang dipaparkan oleh yang kononnya SALAFI kini, lebih banyak menimbulkan BENCI di dalam hati Umat Islam dan juga yang bukan Islam. Malahan kebanyakannya gemok bulat, bergelumang dengan kekayaan, memperkayakan kafirin untuk tujuan politik serta asabiyah. Pengikut yang miskin, kurus lagi bodoh pula diberi syiar benci-membenci sehingga ingin sangat jadi pengebom berani mati serta membunuh sana-sini.Saya mencadangkan agar jangan mudah menolak tulisan Ulama atas dasar apa sekalipun. Tingkatkan ilmu, iman dan amal supaya lebih banyak untung dari rugi.-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/
--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------
.-------------------------www.KENALI.net
------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------
..--------------- -....www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
From: "Geng@yahoo.com" <Geng@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 27, 2011 11:53 AM
Subject: RG2011... Respons RG: 43 Perkara Ringan Yg Menyekat RezekiFrom: Khairul Izwan izwansc@gmail.comSalam, Aku tanya bagi pihak semua..ko nak marah asal lak? Kalu tak tahu hujung pangkal jgn sebarkan :) sbb nie bab agamaFrom: Mohd Fazli Rahim fazli_rahim@yahoo.combab2 ilmu agama ni.. lebih baik rujuk kepada org2 yg berilmu seperti :mufti2,jabatan fatwa, ustadz2 yg di iktiraf.. atau rujuk kepada jabatan agama.jgn terlalu percaya apa yg disampaikan melalui laman2 internet atau blog yg meragukan..From: xstream pejal71@gmail.comBukan komen...hati2 sebarkan perkara2 yang mengelirukan, bertanya dulu kepada yang arif dan jangan senang2 sebarkan..hati2.. banyak sangat perkara bidaah dan pelik tidak mengikut fitrah manusia. Kalau ada yang percaya dan berguru dgn email akan jadi masalah pulak..dan anda yang sebarkan tanpa usul periksa akan dapat saham pulak. Wassalam
--
Xstream-BOP
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment