"Anjalkanlah cita-citamu..."
Kebijakan ajaib Tok Guru antaranya dalam soal Fiqh al-Islami. PAS bertuah kerana mempunyai seorang tokoh seperti Tok Guru.
Salah satu disiplin usul fiqh yang menarik untuk kita perbincangkan adalah mengenai al-hukmu 'ala at-tarakhi dan al-hukmu 'ala al-fauri.
Al-hukmu 'ala at-tarakhi dalam konotasi yang mudah bermaksud hukum secara berlambatan.
Al-hukmu 'ala al-fauri pula bermaksud hukum secara bercepatan.
Perbincangan mengenai kedua-dua hukum ini berlaku apabila berhimpun lebih dari satu kewajipan dalam satu-satu kondisi baik (1)masa atau (2)tempat.
Kes 1:
(a) kewajipan solat Zohor & Asar di dalam waktunya.
(b) kewajipan doktor menyelamatkan nyawa pesakit di kamar bedah bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 5.30 petang.
Dalam konteks atau kondisi kes 1 ini, kewajipan (a) adalah al-hukmu 'ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan secara menghimpunkan solat (jama') Zahor dan Asar selepas jam 5.30 petang.
Berbanding dengan kewajipan (b) adalah al-hukmu ala al-fauri kerana kewajipan itu mungkin akan gagal ditunaikan (disebabkan pesakit hilang nyawa) disebabkan doktor berkenaan melengah-lengahkan soal menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.
Kes 2:
(a) Kewajipan menunaikan haji & umrah (kali pertama) pada bulan November ini oleh pengundi berdaftar.
(b) Kewajipan menolak kezaliman Umno BN di PRU13 (katakanlah rasmi) SPR umum pada bulan November ini.
Dalam konteks kes 2 ini, kewajipan (a) adalah al-hukmu ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan pada tahun ini atau tahun depan sekiranya tidak ada berhimpun dengan kewajipan yang bersifat sebagai al-hukmu 'ala al-fauri seperti (b) yang mesti ditunaikan pada waktu pilihan raya itu diadakan sahaja, tidak boleh ditunaikan pada waktu lain.
Kes 3:
(a) Kewajipan menunaikan Umrah oleh Rasulullah s.a.w selepas mendapat wahyu (dalam bentuk mimpi) pada tahun ke-6 Hijriah.
(b) Kewajipan mememeterai Perjanjian (bertulis) Hudaibiyah.
Dalam konteks kes 3 ini, kewajipan (a) adalah al-hukmu 'ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan pada tahun tersebut.
Yang menarik, Rasulullah s.a.w menangguhkan kewajipan (a) untuk melaksanakan kewajipan (b) kerana kewajipan (b) dalam konteks ketika itu adalah al-hukmu ala al-fauri.
Rasulullah s.a.w sanggup menggugurkan kalimah Basmalah dan 'Rasulullah' seperti yang diminta oleh Suhail demi menjayakan kewajipan (b) yang nyata adalah al-hukmu 'ala al-fauri.
Rasulullah s.a.w berjaya memeterai Perjanjian Hudaibiyyah walaupun ketika itu Rasulullah s.a.w mempunyai 'masdaqiyyah al-ijtima'iyyah (mandat sosial masyarakat) di Madinah.
Mengapa Rasulullah s.a.w tidak regid dalam melaksanakan cita-cita Islam yang wajib (iaitu umrah) sedangkan ketika itu Rasulullah s.a.w merupakan seorang 'Menteri Besar' Madinah al-Munawwarah?
Mengapa keanjalan pada sunnah Rasullah s.a.w dalam konteks memeterai perjanjian Hudaibiyyah itu memberi isyarat bagi mendapatkan 'masdaqiyyah al-ijtima'iyyah' Makkah?
Kes 4:
(a) Kewajipan PAS melaksanakan hukum Allah di Kelantan dalam konteks Malaysia
(b) Kewajipan PAS menolak kezaliman Umno BN di PRU13 bersama-sama DAP & PKR di PRU13 dalam konteks Malaysia
Dalam konteks kes 4 ini, kewajipan (a) adalah al-hukmu 'ala at-tarakhi yang boleh dilunaskan sekarang atau dilaksanakan selepas PRU13 kelak.
Berbanding kewajipan (b) adalah al-hukmu 'ala al-fauri yang yang mesti direalisasikan bersama di PRU13, iaitu kezaliman Umno perlu ditumbangkan dengan muafakat DAP (termasuk Karpal Singh), PKR hatta rakyat sendiri yang terbatas pada masa sebelum dan ketika musim PRU13 sahaja.
SEJARAH BUKAN SUMBER HUKUM
Perjanjian Hudaibiyyah tidak boleh dijadikan sumber hukum kerana sejarah bukanlah tidak boleh dijadikan sumber hukum.
Sejarah Rasulullah s.a.w adalah sekadar suatu penjelasan atau gambaran di sebalik satu-satu sumber hukum yang diistinbatkan.
Sebab itu, lihat tindakan Rasulullah s.a.w mengikut disiplin fiqh, kerana ia berlegar pada proses melaksanakan kewajipan berasaskan pada sumber hukum yang qat'i (al-Quran dan as-Sunnah) mahupun dzonni (al-Qiyas & al-ijma').
al-Ijtihad al-maslahi 1:
Ibrah dari tindakan Rasulullah s.a.w dalam konteks Perjanjian Hudaibiyyah antaranya:-
(a) Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a.hum tetap melaksanakan 'Umrah al-Qadha' pada tahun berikutnya.
(b) Genjatan senjata selama 10 tahun.
(c) Ruang dakwah dan dialog secara terbuka di Makkah. 3 perkara dilakukan oleh Rasulullah.
- Mengerjakan ibadat solat & umrah secara terbuka (syiar Islam)
- Membebaskan warga Arab Makkah yang diyang berhutang (kebajikan)
- Menebus dan membebaskan hamba-hamba yang dizalimi oleh pemerintah Makkah (imej keamanan & keadilan)
(d) Ruang membina pengaruh di kalangan kerajaan-kerajaan lain seperti Raja Gassan, Abbessinia, Persia dan Romawi yang diusahakan sejak selepas Perang Badr (2H) lagi.
(e) Bani Khuza'ah di Makkah berjaya dipujuk memeterai perjanjian damai dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dipersetujui bersama melalui Perjanjian Hudaibiyyah.
(f) membawa pada pengislaman beberapa wira musyrikin Makkah seperti Amru bin al-A'as, Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah. Setibanya mereka di hadapan Rasulullah, Baginda bersabda: "Ini dia Makkah telah mencampak kepada kita buah hati kesayangannya".
al-Ijtihad al-maslahi 2:
Ibrah di sebalik tindakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam konteks sekarang menyuarakan cita-cita melaksanakan Hudud di Kelantan.
(a) Semua pemimpin PAS yang bercita-cita melaksanakan hudud bersatu mempertahankan cita-cita Tok Guru walaupun terpaksa berpecah dengan mereka DAP (dan mungkin PKR) dalam menentang kezaliman di PRU13 (sebagaimana menjelang PRU11 lalu).
(b) 'Masdaqiyyah al-ijtima'iyyah' PAS di Kelantan mungkin kian kukuh dengan representasi Dun atau Parlimen di Kelantan bertambah walaupun 64 kerusi sasaran PAS untuk kuasai Putrajaya akan yang kebanyakannya di luar Kelantan mungkin ditolak disebabkan regid dengan cita-cita islam.
(c) Hudud mungkin boleh dilaksanakan selepas berjayanya referandum di Kelantan dalam penggal ini & depan, tetapi referandum ini mungkin mengakibatkan perbezaan yang tajam (baca: al-ikhtilaf at-tanaqud) di peringkat nasional dalam kalangan Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak boleh dilaksanakan secara referandum pun kerana gagal menumbangkan Umno dalam PRU depan kelak.
(d) Memanjangkan kezaliman Umno sepenggal atau lebih lagi disebabkan PAS regid dalam melaksanakan cita-cita Islam bersama PKR dan DAP. Menumbangkan kezaliman lebih diutamakan dari pelaksanaan hukum syara'.
Zainulfaqar yaacob
Wartawan
0194241583
Hudud: Masalahnya Bukan MCA/Gerakan Tapi PAS/DAP
Penulis ada sedikit tidak fahamlah dengan balaci PAS ini semua. Apa yang masalah bila MCA dan Gerakan masing-masing keluar kenyataan tidak setuju hudud dilaksanakan di Malaysia yang sampai berebut-rebut balaci kutip kenyataan masing-masing Chua Soi Lek dan Tsu Koon?
Pokok persoalannya ialah PAS kejap nak laksana hudud, kejap kebajikan, kejap komunis dan sekarang hudud balik. Itu isunya, MCA dan Gerakan apa pulak kena mengena? UMNO dari azali dah kata hudud tak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Nak tuduh UMNO kafir sebab berpendirian sedemikian? Cerminlah diri sendiri dulu.
3 tahun kebelakangan ini memang banyak perkara menarik tentang PAS. Sampai satu tahap, PAS setaraf macam PKR, perjuangannya ntah apa-apa. Oleh itu, toksahlah nak mengalih tajuk perbincangan dengan campur aduk kenyataan MCA dan Gerakan bila setiap kali isu hudud timbul balik.
Kedua parti ini memang menentang hudud, satu parti cina, satu lagi parti campur-campur, takdak beza dengan DAP yang kini jadi kawan PAS. Apa mau kondem? Hudud ini isu dimulai PAS, masalah PAS, so apa nak dikaitkan dengan MCA dan Gerakan termasuk UMNO?
Dalam Islam memang hudud soal perundangan tapi di Malaysia hudud adalah modal politik PAS nak dapatkan undi, tidak lebih dan tidak kurang. Macam-macam alasan beri kenapa tak mahu laksana tapi macam-macam janji beri macamlah nak buat sangat setiap kali ada pilihanraya atau dalam hal sekarang, dekat nak pilihanraya.
Cerita sebenarnya, MCA dan Gerakan mengaji hudud lebih baik dari PAS, sama juga DAP. Mereka tahu dan rujuk kepada negara-negara di dunia yang melaksanakan hudud sekarang. Tidak ada antara negara tersebut yang mengasing-ngasingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam.
Arab Saudi sebagai contoh, kalau orang Islam bunuh orang, bukan Islam bunuh orang, hukumnya tetap pancung, mana ada beza-beza? Inilah situasinya yang berlaku dalam kes pembunuhan jururawat warga Britain Yvonne Gilford pada 1996 oleh Debbie Perry di Arab Saudi pada 1996. Pengakhirannya hukuman pancung tidak dilaksanakan, sebab keluarga Yvonne sanggup terima wang pampasan ganti darah – bukan sebab dia kristian, baca lanjut sini.
PAS saja dalam dunia yang mengasing-asingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam. Islam mencuri potong tangan, kristian curi bayar denda.
Kaedah ini reflek keadilan Islam ka?
Ini tidak ikut Islam sama sekali, sebab itu kita kata hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia, tidak bermakna kita menolaknya. PAS saja dah tolak nak laksana hudud berapa kali dalam 3 tahun kebelakangan ni? Penulis rasa sudah beberapa kali, antaranya sebab ekonomi (Hadi Awang, 28 Disember 2008), paling banyak sebab perlembagaan (tapi dia janji boleh laksana), adakah itu menjadikan PAS tidak Islam dan balacinya murtad?
Cubalah PAS berhenti jadi bodoh dan belajar menerima kesilapan. Kesilapan pertama kerana menjadikan isu agama sebagai isu politik, kedua kerana cuba mengalih tumpuan kepada pihak lain setiap kali tidak boleh menjawab perkara asas yang dibincangkan.
MCA dan Gerakan tidak bersekutu dengan PAS, sebaliknya DAP. Jadi apa sahaja bantahan oleh 2 pihak ini sepatutnya tidak memberi kesan kepada politik PAS, sebaliknya pulak bila DAP yang buat bantahan. Gerakan dan MCA memberikan pendirian masing-masing yang jelas konsisten, bukan macam PAS. Kejap nak buat, kejap taknak buat, kemudian nak buat balik.
Kenyataan itu pulak diluar konteks politik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS dan DAP.
Dan berbincang tentang hudud ni pun (dalam konteks politik Malaysia) adalah satu pembaziran masa. Yang berjanji pun tak pernah nak melaksanakan walaupun dah berkuasa di beberapa negeri. Kelantan dan Terengganu ada draf, Kedah? Siapa ada dengar pasal draf hudud di Kedah? Seingat penulis tak pernah sekali dibangkitkan soal nak laksana hudud di Kedah, apatah lagi nak buat draf.
Pendek kata hanya modal politik, maklum, pilihanraya nak mula tak berapa lama lagi. Kita dok bincang panjang lebar, siap tuduh sana sini orang sebagai kafir, rupanya, hanya modal PAS nak dapat undi, nak dapat kuasa. Bila menang dan tak boleh nak buat, tuduh perlembagaanlah itulah inilah.
Ini semua skrip lama lah dei.
21 Responses for "Hudud: Masalahnya Bukan MCA/Gerakan Tapi PAS/DAP"
wan says:salam.PAS dh hilang pngaruh org2 melayu.sb tu dia cuba nk alih isu hudud.kalau ya pon.knp nk tggu sbb DAP.DAP sah2 nk bubarkan ngra islam dan hak2 melayu.ji PAS nk tggu apa lagikan.jaid semua ni isu sgaja dimainkan oleh PAS.
ciku says:lagu lama di dendangkan kembali.. akan ada hujah2 untuk mengkafirkan UMNO.. ini yang baguih tetang kesengalan pas, perjuangannya konsisten untuk menggunakan hudud sebagai tools untuk meraih undi simpati sebanyak mungkin, orang kata "nyawa" terakhir.. kesian bila tgk pas cenggini.. mengelupur ( ngelupo kata orang perak ) selalu demi survival politik.. yang pengikutnya pulak tak pernah serik dengan mimpi fantasi yang dihidangkan oleh puak mereka.. bangun la pas, berjuangla dengan lebih bermaruah.. sekurang2nya kaum lain respek sikit kat melayu kerana punya pemimpin yang hebat, lihat seperti perjuangan Umno ( kecuali paklah ), telah banyak rintangan besar berjaya di hadapi ( yang kebanyakan pemimpin lain gagal ), dan pernah dijadikan rujukan… bukan macam pas, melalak, melolong, mengelupur kata merekalah "terhebat" walhal puak hangpala yang "lembik"… cermin diri dulu sebelum melalak dengan meletakkan diri hangpa lebih hebat dari UMNO.. setaraf pun tidak.. dalam puak pembangang pun hangpa kena sepak terajang je .. jadi lauk..
yeop says:adakah nik aziz "dibayar" rm 2 juta oleh umno untuk bangkitkan isu hudud? konspirasi umno? agen umno? haha..minta harakah tolong bongkar…
Anti Ungrateful Immigrants says:PAS anjeng yang dungu! Bodo nak mampos!
tengkudin says:ikut kata hadi boroi…0.00001% je dalam islam..jadi kalau nak tipu totok PASS…inilah jadinya…
DRAMAKING PAS pasal hudud!!Tun mahathir dah cabar soh laksanakan..silakan la PAS!!
jangan lupa..draft hudud PAS berbeza2 dengan kelantan dan terengganu dulu masa PAs perintag terengganu…
p/s: sian ayam yang nak berkokok tu dah mati …janji hadi boroi..sebelum ayam berkokok..hudud dah terlaksana..tapi ayam entah kemana..hudud PAs entah kemana..
wayang kulit PAS dah kembali lagi…hehehe
shahrul says:isu lama diulang kembali demi untuk menarik undi melayu setelah mereka mengetahui yang orang melayu kini majoritinya hampir 80% tidak menyokong mereka…..sama la macam si aljuburi cepat2 mengeluarkan kenyataan menyokong hudud apabila si n.ajis kata nak laksanakan hudud…piiiirrraaaahhh….kenapa sekarang dah terdesak baru nak buat ni semua…..kenapa masa menang pru12 dulu tak nak laksanakan….siap kata itu hanya 0.000001% dari hukum Al-Quran ? mana isle nya yang sebenarnya yang diamalkan ? orang macam ni kita nak jadikan pemimpin ke ?
kun aguero says:ambik artikel dri utuseks malaysia..dh xde sumber lain ker?hahaha..sian..
yeop says:sibuk dgn sumber orang lain. sumber DNA kat saiful tak nak tau ke dari mana?
bujuk says:Apapun korang kata, PAS tetap perjuangkan hudud sebagai hukum Allah yg. sesuai di mana2 dan bila2 masa. Persoalan tak mampu laksanakan dengan taknak laksanakan ada perbezaan. Allah pun uji kita sekadar kemampuan kita.
PAS dah draf hudud di k'tan dan t'ganu sebagai usaha dan kesungguhan untuk laksanakan hukum Allah ini. kita kata m'sia ni negara Islam tapi hukum Islam diketepikan. Apakah Islam itu hanya Solat, puasa, zakat dan haji ajeee..?
Ye.. Kedah belum draf hudud, ini kerana mereka hanya menang majoriti mudah jadi perlukan strategi untuk draf hudud. Tak guna draf kemudian gagal diluluskan di DUN.
Aku tak nafikan hudud sebagai senjata politik PAS, tapi lebih dari itu ialah menjalankan perintah Allah sebagai hambanya. Sama seperti UMNO perjuangkan melayu, adakah sekadar politik? tentulah lebih dari itu untuk memartabatkan maruah orang melayu.
Aku hanya harap hudud dapat dilaksanakan di negara Islam M'sia. sebagai umat Islam kita sepatutnya menyokong mana2 pihak yg. nak laksanakan hudud dan saling membantu supaya cita2 ini tercapai. Pedulikan DAP,MCA,Gerakan dan lain2… kalau benar mereka semua tolak, ini peluang UMNO dan PAS bergabung dan mamacu kerajaan MELAYU DAN ISLAM di M'sia. Kita boleh buat banyak kemajuan dan kepada bangsa dan agama. Bolehkah UMNO dan PAS tinggalkan rakan kafir untuk ISLAM. Kerana ada satu hadis lebih kurang "Allah rahmati/berkati dua orang yg. bertemu dan berpisah kerana Allah".
yeop says:PAS ada 2 pilihan sbg strategi awal untuk melaksanakan hukum hudud..
Pilihan pertama:
Bergabung dgn UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan.
Mengapakah PAS tak mahu bersatu dgn UMNO? bukankah ini strategi yang lebih memudahkan untuk menjalankan hukum hudud? Sesudah bergabung kelak, andai kata hudud tetap tidak dapat dilaksanakan kerana halangan dan kekangan dari UMNO , kita fikir umat Islam akan tolak UMNO dan beralih sokongan kepada PAS.
ATAU
Pilihan ke-2
Tinggalkan Pakatan bersama DAP dan berjuang atas landasan sendiri
Sekiranya PAS berasa tidak yakin atau serik bergabung dgn UMNO ( kita yakin PAS akan berhujah bahawa dulu pun PAS pernah bergabung dgn UMNO ), mengapa tidak mahu berjuang bersendirian?
Cerdikkah PAS untuk terus berada dalam Pakatan, yang mana di situ juga ada DAP yang terang2 menolak hukum hudud? Tak pernah rasanya sekalipun pemimpin DAP berlembut tentang hukum hudud sepanjang kewujudan parti itu. Dimanakah maruah pemimpin PAS apabila perjuangan hudud PAS ditentang secara konsisten oleh DAP?
Sekiranya pemimpin PAS berhujah bahawa pemimpin UMNO juga tolak hudud ( walaupun tiada bukti kukuh, jelas dan nyata UMNO tolak hudud, hanya berprasangka buruk), maka dalam sifir politiknya ia adalah logik kerana UMNO musuh politik PAS. Tetapi jika rakan sebantal PAS pun menolak perjuangan PAS, dan PAS masih boleh tidur sebantal dengan mereka, maka di mana asas kemunasabahan laungan PAS itu?
Menyalahkan musuh politik mereka (UMNO) kerana terhalangnya perlaksanaan hukum hudud, tetapi masih berada dalam satu kelambu dengan pihak yang tanpa ragu-ragu lagi menentang hukum hudud (DAP), bukankah ini tindakan tidak masuk akal?
Kalau bukan hanya untuk mengejar kuasa dan kedudukan, kita tidak nampak sebarang relevansi untuk PAS terus memperjuangkan hukum hudud atau dengan kata lainnya hanya untuk dijadikan modal politik dan bukan perjuangan hakiki.
Bukankah itu lebih mempersenda hukum Allah?
c5 says:Pilihan tiga : PAS, UMNO, MCA, GERAKAN, DAP gabung .. tak yah ada PRU !!!
ciku says:pejuangkanlah bujuk dengan cara yang lebih profesional dan bermaruah, orang kata " nak seribu daya, taknak seribu dalih".. bukannya "kesungguhan" untuk melaksanakannya timbul bila tarikh pilihanraya dah dekat.. sekadar "draf" dan tak menyeluruh macam "melepaskan batuk ditangga", janji ada ( tangkap muat ) baik rentikan la dulu bujuk.. pusingla sampai tunggang terbalik dunia hingga semua bintang kat milky way nih pecah pun semua orang dah tau takda menda yang hangpa cuba tegakkan bujuk.. tempo dia sama ja tak pernah berubah, pas ja yang betui, suci dan waaaww.. inilah kelebihan pas, mereka tak pernah merasa salah dan tak pernah rasa bersalah, den kagum atas keslambalan mereka walaupun rata2 tindakan pemimpin mereka tidak bermaruah tapi masih tebalkan muka untuk menjilat lagi.. aku kagum.. heheh
Tubir says:Sekarang kita dah tau siapa diantara parti komponen bnyangmemakai dewi toping untukkelansungan kaum merika.Kaum cina ni tamak dan kedekut .Diantara MCA dan DAP serta gerakan tiada bezanya .Tidak macam umno dan pas yang sungguh berbeza .Orang orang islam tidak akan sehaluan dari dulu sehinga lah sekarang .walaupun umat islam diambang kemusnahan yang dicipta oleh umat islam sendiri .Kenapa umat islam tidak boleh bersatu?Setiap ketua atau ulamak mempunyai pandangan serta tafsiranya sendiri tentang sesatu hukum ,maka dari berbezaan itu yang membuat serta menimbulkan perbalahan atau lebih malang lagi perpecahan serta perperangan.Ingatkahkita macam mana empat mazhab ini ujud?
Brother_Borak says:Salam. Alahai! Tiada modal lain ke? Hudud lagi. Graf hudud oleh Pas ini kalau kita perhatikan ianya akan menaik dan turun. Sekejap nak buat sekejap kata tidak. Sekejap kata nak buat juga sekejap lagi babi-babi ini bising dia kata tidak ada dalam Al-Quran pulak. Pas secara rasminya telah meninggalkan Hudud dan negara islam dalam satu ucapan pada muktamar Pas. Dia tukarkan dengan negara kebajikan. Sekarang ini timbul lagi cerita Hudud ni. Kalau mengikut kata Ketua Dewan Pemuda Pas, isu ini adalah isu bermusim. Isu ini adalah untuk musim pilihanraya nak dekat. Ini orang Pas sendiri yang cakap bukan kita. Jelas disini Hudud ini adalah mainan politik Pas untuk mendapatkan kembali sokongan ahli-ahli mereka sendiri yang mulai ragu-ragu untuk mengundi Pas. Dalam erti kata lain ini adalah sandiwara Pas. Apabila Pas menukarkan dasar mereka kepada negara kebajikan dan mereka didapati gagal bertindak dalam urusan kebajikan kepada rakyat maka mereka mendapati sokongan rakyat semakin berkurang kepada mereka. Buktinya di pilihanraya negeri Sarawak. Mereka kecundang dalam semua kerusi. Maka dengan itu satu langkah drastik terpaksa dilakukan dengan mengwujudkan semula isu Hudud yang mereka telah tinggalkan dibelakang. Malangnya isu ini tetap menjadi duri dalam daging kepada mereka kerana rakan mereka peluk dalam tidur tidak mahu menyokong mereka. Orang kurang upaya yang paling lantang bersuara. Sehingga sekarang ini pun Nik Aziz tidak dapat nak mendakwah mereka ini. Zaman Saidina Umar Al Khatab BUKAN 'Saidina' LGE ya, ketika sahabat berperang dan mendapati mereka masih belum mencapai kemenangan berita ini telah disampaikan kepada Saidina Umar. Selepas berfikir sejenak Saidina Umar bertanya, adakah sunah rasulullah yang tertinggal dalam amalan mereka ketika berperang? Jawab mereka ada iaitu bersugi. Selepas itu sahabat mendapat kemenangan dengan mudah selepas bersugi. Moralnya disini, Saidina Umar bermuhasabah diri dalam mencari penyelesaian. Tidakkah Nik Aziz juga patut bermuhasabah diri kenapa sehingga sekarang ini Pas masih gagal dalam melaksanakan hukum Hudud. Kenapa Hudud? Kenapa tidak hukum Qisas dan Ta'jiz? Apakah Qisas dan Ta'jiz ini bukan hukum syarak? Apakah hukuman yang kerajaan gunakan sekarang iaitu pembunuh dihukum mati ini tidak berada dalam amalan Hudud, Qisas dan Ta'jiz?
SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.
BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU
BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA
Observer says:Hudud ni kalau di bahasa cinakan, membawa maksud "kelam kabut, kucau kacir", tak caya, copy dan paste tulisan ni…糊塗的
Gi tanya org Cina.
c5 says:kalau mandarin, maksudnya rasanya maksud "Ha ha ha"
tak caya, go tanya C4 observer as well says:Observer 24/9 7.299pm
Bila guna page http://translate.google.com.my/
糊塗的 maksudnya "stupid" bukan yang kamu katakanKawan2 boleh guna address tu nak "baca" suratkhabar china dan ketahuai apa yang mereka siarkan(selain dariguna option "translate" dari google search)
__._,_._
--
_______
Zainulfaqar Yaacob
Editor
Penangdaily
No. Mobile: +601 942 415 83
Sesawang : http://penangdaily.com | http://notamerah.wordpress.com
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment