----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Memalukan, Kerajaan Malaysia Sekali Lagi Membenarkan Rakyat Israel Memasuki Negara Ini Tanpa Halangan Dek Kerana Sertai Acara Sukan !!
PDO
Sungguh mengejutkan apabila heboh diperkatakan bahawa Kerajaan Malaysia kini sudah semakin berlembut dan mempunyai hubungan tidak rasmi dengan negara Yahudi iaitu Israel. Malah sungguh mendukacitakan apabila kerajaan terlepas pandang dan membenarkan seorang warga Israel datang Ke Malaysia dan menyertai satu acara suka di negara ini. Umum mengetahui Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel. Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Penampilan peserta dari Israel yang menyertai satu pertandingan sukan antarabangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini amatlah mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Tambah memalukan, acara sukan itu diadakan di sebuah pusat pengajian tinggi tanpa mengambilkira tujuan program itu. Tindakan ini jelas sekali sengaja mahu merosakkan nama institusi terbabit apatah lagi bila peserta dari Israel pula dibawa masuk menyertai pertandingan sukan tersebut. Bukankah ini sungguh memalukan.
Kenapa Warga Israel Di Benarkan Masuk Malaysia
Kenapa Warga Israel Di Benarkan Masuk Malaysia
Pertandingan yang dimaksudkan ialah 'Muaythai World Champion' terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC). Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za'aba, universiti terbabit dan dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai' Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran 'Muaythai World Champion' dijadualkan mula disiarkan mulai 15 Sept 2011 ini di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721). Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa. Mereka adalah Pinto Antoine 'The Phenom' (Prancis/Thai), Cedric Muller 'Underground Samurai' (Prancis), Cyrus Washington 'Black Dynamite' (Amerika), Fadi Merza 'The Beast' (Austria), Frank Giorgi 'The Italian Stallion' (Itali), Ilya Grad 'Archilles' (Israel), Jason Woodham 'The Handsome Hero' (British), Jesse Miles Lacombe 'Smiles' (Kanada), Jordan Watson 'Quadzilla' (British), Marco Pique 'The Sniper' (Belanda), Mostafa Abdollahi 'Persian Mos' (Iran), Pidsanu Kunchat 'Mardsua' (Thai), Michael Chase Corley 'Cool Hand' (Amerika), Moh. Faizal Bin Ramli 'Golden Elbow' (Malaysia), Vuyisile Colossa 'The Cheetah' (Afrika Selatan) dan juga Rhyse Saliba 'Poison Dart' (Australia).
Bukti. bendera Israel digantung pada dinding dewan Kolej Pendita Za'aba
Bukti. bendera Israel digantung pada dinding dewan Kolej Pendita Za'aba
Mengejutkan juga, apabila Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Ahmad Shabery Cheek turut hadir pada hari pelancaran tersebut. Adalah mustahil beliau yang merupakan pemimpin Melayu yang berugama Islam itu tidak menyedari akan kehadiran peserta dari Israel itu sedangkan beliau sendiri berada disitu ketika pelancaran. Persoalannya sekarang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri yang telah menetapkan bahawa negara Israel adalah haram untuk dilawati oleh rakyat Malaysia boleh membenarkan peserta dari Israael dan penyokongnya itu yang sudah tentu dari Israel juga memasuki Malaysia khususnya di Universiti Putra Malaysia sedangkan negara kita tidak pernah mengiktiraf Israel? Sekali lagi sensitiviti umat Islam Malaysia diinjak-injak oleh pemimpin terbabit sejak sekian lamanya.
[Apa yang memusykilkan dalam hal ini, bagaimana warga Israel terbabit boleh datang ke sini. Mana mungkin pihak Imigresem boleh terlepas pandang semua ini?. Apa yang berlaku pasti menimbulkan kontroversi yang lebih besar untuk rakyat sedar dan melihat bahawa kerajaan Malaysia sememangnya sudah mempunyai hubungan tidak rasmi dengan negara Yahudi terbabit?. Sebelum ini sudah banyak kontroversi yang berlaku tentang hubungan tersebut, malah ia dikejutkan lagi apabila bendera Israel dikibarkan pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan Ibu Pejabat UMNO disitu. Malah, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia. Biar pun ia dinafikan, namun terdapat bukti-bukti kukuh yang memang perkara itu berlaku. Apakah gara-gara APCO maka kini, warga negara Israel bebas untuk bertandang ke Malaysia?. Senario terbaru ini sungguh mengejutkan dan wajar dijadikan ikhtibar buat rakyat. Mana pergi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam insiden kontroversi seperti ini agaknya?]. sumber
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment