Monday, September 26, 2011

Re: RG2011... Fw: Lebih 170,000 pengundi kod 71, majoriti di negeri Pakatan

 

Kod tu kan tempat kelahiran, mana boleh diubah. Kalau dia lahir di Mekah maka kod dia adalah 71 bukan o1 atau 01 atau sebagainya. Itu pun payanh nak faham kah ? Atau nak susahkan orang sahaja buat pening orang yang tak kurang faham.


From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, September 27, 2011 5:17 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Lebih 170,000 pengundi kod 71, majoriti di negeri Pakatan

 
susah cakap dgn org otak kemetot ni,
bukan mengaku kalah, sebab belum kempen dah tentu umno bn dah dapat undi 170ribu, so.
 
----- Original Message -----
Sent: Monday, September 26, 2011 3:08 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Lebih 170,000 pengundi kod 71, majoriti di negeri Pakatan

 
kalu dh rasa nak tewas tu mcm2 la buat alasan. nmpaknya PR awl2 dh mengaku kalah nih. kenapa sikit sangat jumlah tu?? belum bertarung dh mengaku kahhkahhkahhh...

Pada 24 September 2011 10:04 PM, abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com> menulis:
 
Kalau dah selalu sakit, minta sajalah di"medical boarded out". Buat menyusahkan orang saja.

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 20, 2011 11:33 PM
Subject: RG2011... Fw: Lebih 170,000 pengundi kod 71, majoriti di negeri Pakatan

 
----- Original Message -----

Hadoiii, buat penat kempen jer nampaknya :Lebih 170,000 pengundi kod 71, majoriti di negeri Pakatan

Posted by KedahLaNie
 
KUALA LUMPUR: Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengesan kewujudan 170,818 pengundi misteri yang memegang kad pengenalan berkod 71, kata Pengerusinya, Suhaizan Kaiat.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 57.32 peratus atau 97,923 merupakan pengundi berdaftar di negeri Pakatan Rakyat.

"Masing-masing di Kedah seramai 5,793 orang, Pulau Pinang (12,799), Kelantan (15,345) dengan jumlah tertinggi berada di Selangor mencecah 29,758.

"Bagi Perak, yang dirampas Umno BN, jumlahnya juga tinggi iaitu seramai 16,680 selain Wilayah Persekutuan berjumlah 17,548," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Suhaizan berkata, kesemua pemilik nama sudah pun dimasukkan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi suku ke dua tahun ini.

"Berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasmi jabatan itu," katanya.
Oleh itu, beliau mendesak JPN memberi jawapan segera mengenainya.
"Penting diambil perhatian, angka ini tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah PAS Selangor berjumlah 1,597 orang sebelum ini," katanya.

Menurutnya, dalam Kes Mismah misalnya, individu itu juga memegang kod kad pengenalan 71 dan bukan 61 seperti sepatutnya.
Fakta itu boleh dirujuk di laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri.

Justeru itu beliau menjangkakan lebih ramai pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran wujud dalam DPI bagi suku ke-3 2011 dan akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Persoalannya, mengapa JPN menggunakan kod negara 71 padahal setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang ditetapkan JPN sendiri.

"Bilangan ini sangat mencurigakan dan ini mungkin satu lagi starategi terancang Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya 'dengan apa cara seklipun?'

"Pemuda PAS juga berharap Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Binti Mohd Said 'dalam keadaan sihat' bagi memudahkan menjawab persoalan ini," katanya.

Sebelum ini, Jariah memberi alasan 'sakit' selepas Suhaizan mendedahkan isu itu secara konsisten sejak beberapa bulan lalu.
 
 
 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment