Tuesday, September 13, 2011

Re: RG2011... Fw: Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta

Cuba buat undang-undang ketat,tentu tak ada siapa berani buat hal.
Di Saudi Arabia pendatang dan pekerja asing berkelakuan baik sebab kalau di tangkap,tiada siapa yang tahu nasib mereka di dalam penjara.
 


--- On Tue, 9/13/11, anis1222@yahoo.com <anis1222@yahoo.com> wrote:

From: anis1222@yahoo.com <anis1222@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, September 13, 2011, 2:25 PM

 
Pencuri kete tu nepal cam ne ramai sgt PATI n PADI ni patut naikkan cukai kat diaorg ni
Kalau ramai buat jenayah cukai diaorg kena naik lg sbb diaorg sendiri kena tanggung kawan diaorg dlm jel
So cukai rakyat msia boleh g kat subsidi etc
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: "::-eSpAcE 9808-::" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 13 Sep 2011 00:36:45 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta

 
----- Original Message -----
 

Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta

Posted by greenboc
 
Dua budak nyaris diculik

PONTIAN – Gara-gara tidak mematikan enjin kenderaan ketika berhenti membeli kuih di tepi jalan, seorang ibu muda nyaris kehilangan dua anak perempuannya apabila seorang lelaki tiba-tiba melarikan kenderaan tersebut di Pekan Nenas, di sini.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana kenderaan yang dipandu lelaki warga Nepal itu terbabas lalu merempuh tembok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari kelmarin ketika wanita berusia 30-an itu berhenti membeli kuih tanpa mematikan enjin kenderaan jenis pacuan empat rodanya kerana dua anaknya berada di dalam.

"Tiba-tiba seorang lelaki warga Nepal menaiki kenderaan tersebut dan melarikannya dengan kedua-dua anak wanita itu yang berusia 9 dan 11 tahun berada di dalamnya," katanya,

Menurut beliau, menyedari kenderaan dan kedua-dua anaknya dilarikan, wanita berkenaan cuba mengejar dengan menaiki kereta orang awam yang melalui jalan berkenaan.

"Bagaimanapun ketika sampai di hadapan asrama sekolah, kenderaan yang dipandu lelaki itu gagal dikawal lalu merempuh tembok sekolah berkenaan. Dia ditahan orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

Zahaliman berkata, kedua-dua kanak-kanak itu selamat dan diserahkan kepada ibu mereka yang sampai ke tempat kejadian sejurus selepas itu.

"Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan ringan akan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya ketika melakukan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberhentikan kenderaan dan pastikan enjin kenderaan dimatikan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

No comments:

Post a Comment