Monday, September 26, 2011

Re: RG2011... Fw: Trend Gadis Sekolah Ikut Boyfriend

        Kita sebagai ibu bapa kena selalu buat spot check . Anak perempuan selalunya banyak akal untuk menyeleweng. Kalau anak tahu ibu bapa akan buat spot check secara saikologi pergerakan anak akan terbatas. kalau anak confident ibu bapa sure kat rumah tidur maka terjadilah macam-macam. Juga ibu bapa kepada anak lelaki sepatutnya marah kalau anak lelaki membawa balik anak perempuan orang. Kita sebagai ibu bapa sepatutnya cemburu mereka berdua-dua. Biarlah kita duduk bersama mereka dan dianggap tidak spotting.
     Kalau diluar rumah susah sikit nak buat yang bukan-bukan tetapi kalau dirumah tiada pencegah maksiat atau individu yang akan buat laporan
 
rhirowati - rhirowati

From: suhaimi mohidin <suhaimimohidin@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, September 26, 2011 1:29 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Trend Gadis Sekolah Ikut Boyfriend
budaya drama indon @ drama luar yg byk dipapar ditv

SUHAIMI


--- On Sat, 24/9/11, <> wrote:

From: <>
Subject: RG2011... Fw: Trend Gadis Sekolah Ikut Boyfriend
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
Date: Saturday, 24 September, 2011, 6:44 PM

 
----- Original Message -----
 
Ada Kondom Dalam Beg Sekolah Anak Gadisnya
 
selatanonline
 
Hulu Selangor: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.


Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

"Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

"Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa," katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.
-hm/GB
 
Posted by tok_aji
 
 

Gejala Sosial Baru: Trend Gadis Sekolah Ikut Boyfriend Menjadi-jadi...

Posted by greenboc
Remaja hilang ikut teman lelaki

KUALA LUMPUR: Dua remaja perempuan berusia 16 tahun hilang dari rumah mereka di Felda Kemasul, Temerloh, Pahang sejak 12 September lalu dan sehingga kini, masih gagal dikesan.

Kedua-dua mereka iaitu Nurmuniera Farisha Nizam, dan Siti Noor Atika Hamzani (gambar), pelajar sebuah sekolah menengah di Felda Chemomoi, dipercayai mengikut teman lelaki Nurmuniera. Bapa saudara mangsa, Faizal Mohd Lazim, 30-an, berkata, anak saudaranya, Nurmuniera berkenalan dengan teman lelakinya yang belajar di sekolah sama sejak setahun lalu.

Katanya, mangsa tidak pernah berkelakuan pelik ketika berada di rumah dan dipercayai berjumpa teman lelakinya ketika keluar belajar bersama rakannya dikenali sebagai Atika yang turut hilang.

Menurutnya, pada hari kejadian, anak sauadaranya itu baru pulang dari rumah Atika kira-kira jam 4 petang sebelum keluar semula kira-kira jam 5.30 petang dengan alasan mengambil nota pelajaran.

"Kami hanya tahu dia berniat lari bersama teman lelaki selepas seorang jiran ternampaknya membawa beg sandang," katanya.

Faizal berharap dan merayu kepada teman lelaki anak saudaranya itu agar membebaskannya dan mereka mempunyai maklumat boleh hubunginya di talian 016-6745130 atau datuk mangsa, Muhamad Lazim Mat Sap di talian 011-2976711.

BERITA 2

Padah larikan teman wanita


KUALA KLAWANG - Kedegilan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang nekad melarikan diri bersama teman lelakinya akhirnya menerima padah apabila lelaki berkenaan ditahan polis di Balai Polis Kuala Klawang lewat petang, semalam.

Ketua Balai Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusoof berkata, remaja perempuan itu tidak pulang ke rumah setelah keluar bersama dua adik perempuannya ke Terminal One Seremban pada 10 September lalu.

Menurutnya, dia bersama dua adiknya pergi ke Terminal One. Namun hanya dua adiknya pulang ke rumah dan apabila ibu bapa mereka bertanya di mana kakaknya, mereka memaklumkan kakaknya mengikut teman lelaki.

"Selepas itu, bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Klawang sebelum menghubungi semua kawan-kawan anaknya.

"Semalam, ibu bapanya dapat mengesan anaknya berada di Selayang berdasarkan maklumat yang diberi rakan-rakan anaknya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Setapa berkata, ketika tiba di Selayang, ibu bapanya berjumpa dengan teman lelaki anaknya yang bekerja sebagai pembantu gerai buah di kawasan itu.

"Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan memaklumkan bahawa anak mereka berada di sebuah pusat siber di kawasan berhampiran.

"Remaja perempuan dan teman lelakinya dibawa pulang ke rumah datuk mereka di Lenggeng sebelum lelaki berkenaan diserahkan di Balai Polis Lenggeng," katanya.

Beliau berkata, Balai Polis Lenggeng kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihaknya dan lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Kuala Klawang sebelum ditahan untuk siasatan.

"Suspek bagaimanapun tidak melawan semasa ditahan berikutan tahu kesalahan yang dilakukannya. Polis bagaimanapun membebaskan remaja perempuan terbabit.

"Remaja perempuan ini tidak bersekolah dan sememangnya bermasalah dan sukar dikawal. Sejak berkenalan dengan teman lelakinya, dia sering keluar rumah," katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman selama empat hari daripada tarikh ditahan untuk siasatan lanjut.
-hm


BERITA 3

Nur Shafiqa gagal dikesan


KUALA KANGSAR – Tiada perselisihan faham mahupun pergaduhan berlaku di antara seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang gagal dikesan setelah keluar rumah awal pagi 12 September lalu dengan ahli keluarganya.

Nur Shafiqa Ismail, yang tinggal bersama keluarga ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, di sini, dikatakan keluar rumah sehelai sepinggang.

Ibu saudaranya, Zalina Shak, 43, berkata, dia menyangka Shafiqa ke sekolah seperti biasa tetapi tidak pasti sama ada kanak-kanak itu berpakaian sekolah kerana sibuk melakukan kerja rumah di dapur.

Menurutnya, dia mulai risau apabila anak saudaranya itu tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang dan bertanya kepada pihak sekolah tetapi dimaklumkan Shafiqa tidak hadir pada hari tersebut.

"Shafiqa tinggal bersama saya sejak Januari tahun ini selepas ayahnya tinggalkan dia di rumah saya setelah berpisah dengan isterinya.

"Saya juga ada menghubungi ibu kandung Shafiqa yang tinggal di Chuar Kati dan dimaklumkan Shafiqa ada datang pada hari itu serta diberikan sedikit wang," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Zalina berkata, ibu kandung Shafiqa menyuruh pulang semula ke rumahnya tetapi sehingga sekarang gagal dikesan walaupun sudah mencari di merata tempat.

Menurutnya, tiada perselisihan faham atau bergaduh dengan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Talang itu seorang sebelum kejadian.

"Jika keluar dia akan balik juga lewat petang tetapi saya hairan kenapa dia tidak pulang sehingga sekarang.

"Dia jenis yang matang dan suka membuat hal sendiri, kalau dia nakal saya tegur seperti anak sendiri tetapi dia tidak pernah seperti ini sebelum ini," katanya.

Katanya, berikutan itu satu laporan polis dibuat pada 16 September lalu dan dia turut mendapat khidmat bantuan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) kawasan itu untuk membantu mencari Shafiqa.

"Biasanya dia ke sekolah menaiki basikal tetapi ia masih ada ditinggalkan berhampiran masjid dan dia juga memakai pakaian biasa kerana baju sekolah serta peralatan lain ditinggalkan di rumah.

"Berdasarkan maklumat orang ramai, ada terlihat Shafiqa di kampung berhampiran tetapi apabila ke sana, kami tidak menemuinya," katanya.

Tambahnya, diharap orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah ternampak kanak-kanak itu segera menghubunginya di talian 012-465 1869 atau hubungi balai polis berhampiran.
-hm

No comments:

Post a Comment