Tuesday, September 13, 2011

Re: RG2011... Fw: Warga Asing Sudah Jadi Anak Emas di Bumi Malaysia...

 

dah dibagi lesen utk mereka tentu ada masyuk  tu...akhir nya jadi penduduk tetap lah...kerana lebih 10 tahun disini......

From: ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, September 14, 2011 2:13 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Warga Asing Sudah Jadi Anak Emas di Bumi Malaysia...

 
den agreed dgn ko warigh...yg kayokan diorg pun bkn org lain. kito2 gak.
so, apsal nak sakit hati? kok kito org melayu meniago ado sajo nak santau la, nak pedajal la.

2011/9/14 HANZ <hanzedison@gmail.com>
 
apa punya crita la ni. org kita sendiri yg malas nk bniaga. gajikecik nk blanka besar pastu kata duit x cukup.
eh, elok la dorang tu bniaga ada gak la nampak pniaga MELAYU dari indonesia n sng ckp dari org ISLAM.
elok la dorg niaga sbb dorg je yg pndai niaga n layan customer
mcm korg kalo g kdai melayu kita ni, ade je yg xkena kan. lambat la,xmesra la, apa la. ade je complain.
plus nk cakap kat sini, dorg cari rezeki kita bising, dorg buat jenayah kita lg mloncat.
buang la sifat perkauman nih, kalo dorg buat benda elok xpa la.bniaga pun untuk kperluan kita gak. kalo dorg xniaga sapa nk nk jual brg kita nak??? nk bg cina niaga suma kita pun bising. APA NI???
PUNCANYA ORG KITA SENDIRI XNK NIAGA & XPANDAI NIAGA

2011/9/13 ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg>

 
----- Original Message -----

Warga Asing Sudah Jadi Anak Emas di Bumi Malaysia...

Posted by KedahLaNie

Mudahnya warga asing dapat permit niaga

WARGA PRIHATIN
Puchong, Selangor
PROGRAM 6P iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran merupakan langkah pengampunan berskala besar yang digerakkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengurangkan pendatang tanpa izin di negara ini yang dianggarkan kira-kira 2.3 juta orang.
Angka ini mungkin hanya melibatkan anggaran 30 peratus daripada jumlah sebenar pendatang asing di negara ini. Dahulu mereka datang sebagai pekerja ladang dan buruh kasar. Tetapi sekarang, warga asing ini datang ke Malaysia untuk meraih kekayaan berganda dengan membuka perniagaan. Malaysia menjadi lubuk kekayaan bagi warga asing ini.
Kebanyakan premis perniagaan di Kuala Lumpur seperti di Jalan Masjid India, Chow Kit, Bukit Bintang dan Nilai 3 di Negeri Sembilan dimonopoli peniaga warga asing, sama ada peniaga atau pekerja kedai.
Rata-rata kedai di tempat tersebut dimonopoli warga asing dari Indonesia, Pakistan, India dan China. Mereka berniaga karpet, tudung, kain, keperluan am dan sebagainya.
Begitu juga lot-lot di pasar tani, pasar borong dan pasar malam. Mereka menguasai perniagaan borong dan runcit negara dan hidup senang-lenang dengan kekayaan yang ada. Dari sekecil-kecil perniagaan dan sebesarnya seperti pemborong dikuasai oleh warga asing.
Saya hairan bagaimana mereka dengan mudah mendapat lesen perniagaan dan meraih keuntungan berlipat kali ganda di negara kita tanpa sekatan? Di samping itu, premis terutama di Jalan Masjid India, Chow Kit, Petaling Street dan Nilai dimiliki oleh warga asing ini. Mereka kemudian menyewakan lot-lot kedai kepada orang Malaysia dengan sewa yang amat tinggi.
Saya selalu membeli-belah di Jalan Masjid India. Rata-rata pekerja dan pemilik kedai di sana juga adalah warga asing. Sekarang, pencambahan perniagaan warga asing bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di segenap penjuru negara seperti di Kuching, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Pulau Pinang serta semua bandar besar dan luar bandar di Malaysia.
Implikasi daripada situasi ini berbagai-bagai. Antaranya:
n Wang yang diperolehi oleh warga asing ini dihantar pulang ke luar negara dan menyebabkan pengaliran wang ke luar negara yang besar. Ini akan menjejaskan ekonomi negara.
n Menutup peluang peniaga tempatan disebabkan peniaga asing bijak memainkan harga. Contohnya, peniaga asing sanggup menyeludup barangan jualan dan boleh menjual barang dengan harga yang lebih murah.
n Tempat-tempat perniagaan strategik dimonopoli oleh warga asing dengan mewujudkan koloni perhubungan di mana premis kosong dengan mudah direbut warga asing berdasarkan jaringan koloni ini.
n Peningkatan kadar jenayah dan sosial disebabkan kebanjiran warga ini yang kerap terlepas tindakan polis akibatnya kurangnya pemantauan.
Saya ingin penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Imigresen, Kastam dan pihak berkuasa lain, bagaimana warga asing ini dengan mudah berniaga dan mendapat lesen berniaga di negara kita?
Bagaimana mereka dengan mudah membentuk syarikat 'Sendirian Berhad' dan berniaga tanpa sebarang sekatan juga pemantauan?
Mengenai permit kerja dan visa untuk tinggal di Malaysia, mengapa mereka dengan mudah tinggal di Malaysia sehingga ada yang tinggal melebihi 10 tahun di sini tanpa sebarang masalah? Kenapa tiada serbuan dilakukan oleh pihak Imigresen dan berwajib?
Penguasaan warga asing dalam perniagaan telah menjadi isu hangat yang masih tiada kesudahannya. Terlalu ramai telah bersuara tetapi tiada tindakan konkrit diambil. [utusan]
 
 



--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment