Monday, September 12, 2011

RE: RG2011... PM Najib Nafi,

Ya betul..saudara tak mampu bayar charge per minit yang tinggi..
tapi sedara mampu mebayar cukai 6% utk KERAjaan...

isu skarang dulu cukai tu takda..
yang pakai postpaid dah sememangnya ada cukai.
tolong paham...

0
________________________________________
From: respeks_group@yahoogroups.com [respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Shuhaime Hashim [stoke_my@yahoo.com]
Sent: 13 September 2011 8:09
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... PM Najib Nafi,

Kita asik membincangkan tentang cukai 6% bagi prepaid. Adakah kita sedar yang bayar bulan (postpaid) dah lama dikenakan 5% dah kini 6%. Mengapakah tiada yg membantah sedangkan penggunaan perkhidmatan adalah sama. Alasan yg diberikan mengatakan yg prepaid adalah bagi yang kurang mampu adalah andaian saja. Bagi saya postpaid adalah bagi yang kurang mampu kerana mereka adalah yang tidak tahan dengan charge per minit yang tinggi pada plan prepaid. Itu apa yg saya buat mengambil plan postpaid.

________________________________
From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 12, 2011 10:50 AM
Subject: Re: RG2011... PM Najib Nafi,

Seseorang mesti menjadi hero. kalau tidak tak nampak macam bekerjalah..

From: `«€« þûßLïç Vì§iT°® »§»` <ah_jid@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 12, 2011 10:13 AM
Subject: Re: RG2011... PM Najib Nafi,

logiknya mcm tu lah.. buat gimik.. then kerajaan datang tolong...
startegi nie jadi macam kat sabah n sarawak dah...
Diorang biarkan rakyat sana terus miskin.. then kononnya kerajaan akan datang beri bantuan..tu dah biasa dah..
benda nie jadi sesiapa saja memerintah negara.. sama jek.. itulah jalan dorg..
So dalam kes nie.. mmg semua dirancang..

ada 1 lagi kes kekadang kita terlepas pandang.
cuba korang tengok Menteri..
Kalau menteri kesihatan bukan org melayu.. ko tgk ada tak org bangsa dia sakit2?? but kalau melayu sakit.. asyik kuar bersamamu lah.. mcm2 lagi.. Kalau bangsa dia.. senyap jek.. semua sihat.. hidden files .. hehehe

So nie adalah gimik kerajaan pemerintahan saje. So apa2 keputusan korang tak bleh buat apa.. ko tgk jek.. So pandai2 koranglah masa mengundi nnt..

From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 12, 2011 9:45 AM
Subject: Re: RG2011... PM Najib Nafi,

Pungkoq depa aih
buat2 tak tahu le plak
dah mentedarah duit rakyat tak cukup2
lagu ni le kerja depa menambah kantung kroni2


From: ayah ngah <ayohngohh@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 12, 2011 2:55 AM
Subject: Re: RG2011... PM Najib Nafi,

ITU TAKTIK. BILA RAKYAT BISING KERAJAAN MASUK CAMPUR MAKA TAK JADI NAIK. RAKYAT DIDAHULUKAN. MEREKA DAH BERPAKAT. DGN TAIKO2 TELEKOMUNIKASI BUAT GIMIK. MAKA RAKYAT PUN KATA KERAJAAN MENOLONG RAKYAT.

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, September 11, 2011 11:20 AM
Subject: RG2011... PM Najib Nafi,


----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::<mailto:rienacom@gmail.com>

Rakyat kecewa Cukai Telco Membebankan
selatanonline
[cid:1.927962851@web111416.mail.gq1.yahoo.com]
Reaksi rakyat kebanyakan sudah dijangkakan. Rata-ratanya melahirkan kekecewaan apabila kerajaan dan syarikat telekomunikasi (Telco) memutuskan untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.Malah pendapat itu turut dikongsi oleh agen tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad SIM, Roslinda Samad yang menyifatkannya sebagai beban kepada pengguna.
"Kenaikan caj perkhidmatan enam peratus ini bagi tambah nilai bagi saya satu kadar yang tinggi, sebelum ini pun caj untuk seminit mencecah 30 sen, ditambah dengan caj enam peratus itu jelas sangat membebankan kepada pengguna, saya sebagai agen telekomunikasi sejujurnya rasa ini tidak wajar, bagi syarikat telekomunikasi itu sendiri caj yang dikenakan untuk masa berbual pun sudah menguntungkan,"katanya kepada media.
Syarikat telekomunikasi melalui satu kenyataan semalam memberitahu, kadar cukai perkhidmatan enam peratus itu bukan sesuatu yang baru.
Namun yang pasti, seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal menerima kesan akibat pertambahan kadar enam peratus setiap kali membeli kad tambah nilai.
Cukai perkhidmatan ini meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
Sementara itu menurut Rosmaharza Zainuddin, seorang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di bandar ini, turut melahirkan rasa kesalnya di atas caj tambahan ini.
"Bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku, saya yang masih belajar sedia maklum memerlukan banyak perbelanjaan untuk pelbagai keperluan,"katanya lagi.
Manakala bagi seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Khairul Anwar Musa yang masih belum berpeluang menyambung pengajian berkata, walaupun pertambahan caj hanya enam peratus namun bagi pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah, ia cukup membebankan.
Apatah lagi katanya, penggunaan telefon bimbit merupakan satu keperluan asas pada hari ini.
"Saya sejujurnya tidak setuju sekirannya kadar ini dinaikkan, keadaan ini agak membebankan,"katanya. - kltoday<http://www.kl-today.com/2011/09/rakyat-kecewa-cukai-telco-membebankan/>
Posted by patriot<http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=8535>

PM Najib Nafi, Kerajaan Luluskan Cukai Perkhidmatan 6% Dan Ia Dilakukan Oleh Syarikat Syarikat Telekomunikasi Itu Sendiri Sebenarnya !<http://pahangdaily.blogspot.com/2011/09/musykil-najib-kata-kerajaan-tidak.html>
PDO

[cid:2.927962851@web111416.mail.gq1.yahoo.com]<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgI4fjLWyNjPd1v6_2jqPnuQGs0SqB0XmxPZJqhUWEbcYcJzeis3qaYqd8L7kYNaGaY4L5_tCY4WJLp8Wi0COjE24YZyPpIx9kHQqnID1QhYm_v43oyA7bjlEgpB1VLeE8HU0wPEuMwfjW/s400/najib-razak1012.jpg>
Sungguh mengejutkan, selepas kita dikejutkan dengan keputusan untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan syarikat telekomunikasi semalam, tiba-tiba terkini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (foto) pula menafikannya. "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," kata Najib. Malah, beliau juga meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia kini dilihat membebankan rakyat.

Kerajaan juga katanya tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri. Persoalannya yang timbul, apakah benar keputusan itu dibuat oleh syarikat telekomunikasi sendiri tanpa mendapat "greenlight" daripada kerajaan. Apakah logik syarikat swasta boleh sewenang-wenangnya mengenakan cuka-cukai tertentu kepada rakyat tanpa pengetahuan kerajaan?.

Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Kenyataan Najib ini dilihat sebagai langkah terdesak selepas melihat rakyat secara keseluruhannya bangkit membantah cadangan tersebut. Mungkinkah beliau gusar mereka akan menolak BN pada pilihanraya umum akan datang jika langkah ini diteruskan. Soalnya, apakah Najib akan mengeluarkan kenyataan yang sama jika rakyat tidak membantah. Kenapa dalam soal kenaikan harga minyak, gula dan yang lainnya beliau tidak mahu dengar rintihan rakyat.

[Apakah ini cara pemerintahan yang betul?. Sengaja memperbodohkan rakyat dengan satu keputusan yang jelas dibuat oleh mereka sebenarnya. Jika tidak, mana mungkin syarikat telekomunikasi terbabit boleh mengumumkan cukai 6% itu akan bermula pada 15 September ini. Sudah pasti ia mendapat mandat daripada kerajaan sendiri sebenarnya. Kerana semua mereka pasti tertakluk kepada undang-undang dan peraturan, malah selam alebih 10 tahun beroperasi kenapa tiba-tiba perkara ini dibangkitkan. Apakah syarikat telekomunikasi kini mengalami kerugian, lantaran mahu menyusahkan rakyat?. Inilah yang perlu difikirkan oleh kita sekarang ini. Maka ubahlah segera dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti].

DISCLAIMER: The information and attachments contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or action taken in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and delete it from your system. Hicom Teck-See Manufacturing (M) Sdn Bhd neither warrants the integrity of the information transmitted nor accepts liability for the proper and complete transmission of this communication.

------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment